Skip to main content

Posts

Aqeesh Aleeya Lelah dengan hubungan cinta...

Bakat penyanyi muda ini tidak boleh dipandang sepi. Aqeesh Aleeya, 20 atau nama sebenarnya Nur Balqis Aleeya Shahrom mula membabitkan diri dalam industri hiburan tanahair sejak berusia 9 tahun lagi ketika menyertai pertandingan 'Bintang Kecil 2013' dan selepas itu, pertandingan ‘Bintang Kecil 2014’ di mana dia dinobatkan sebagai naib juara. Pada tahun 2017, Aqeesh menjuarai pertandingan bakat dalam talian ‘Bakat Ohsem Malaysia’ (BOM) 2017 anjuran hurr.tv ketika berusia 13 tahun. Sejurus selepas kemenangan itu, Aqeesh mengeluarkan single sulung berjudul “Aku Malu” ciptaan komposer ternama, DJ Fuzz dan Hez Hazmi. Pada tahun 2022, Aqeesh tampil dengan single ke-2 berjudul, “Kau Ada”, sebuah lagu duet bersama Momo, salah seorang anggota kumpulan Unknown yang popular dengan lagu “Jangan Marah (Baby Sayang)”. Kemunculannya dalam program realiti nyanyian ‘Terpaling Juara’ yang disiarkan di TV3 pada 2022 mencuri perhatian ramai. Di bawah bimbingan artis dan komposer muda be
Recent posts

Insomniacks Ingin Menemani Dengan Teman

Nama kumpulan Insomniacks memang sudah tidak asing lagi di dalam dunia muzik Malaysia masa kini. Sejak memasuki industri muzik, lagu-lagu mereka kerap menjadi siulan anak-anak muda tempatan serta tular di pelbagai wadah media sosial. Kini mereka kembali dengan sebuah lagi karya menarik berjudul ‘Teman’. Melodi muzik dan lirik ditulis oleh ahli kumpulan ini sendiri iaitu Iqie, digubah dan dibantu oleh Bajai, penerbit yang tidak asing lagi bersama Insomniacks. “Lagu ini tentang sentiasa berada di sisi orang yang kita sayang. Ia ditulis dengan niat untuk menemani mereka yang sukar tidur di waktu malam,” ujar Iqie “Kami mendapat ilham untuk menulis lagu ini selepas ramai pendengar kami memberitahu bahawa muzik kami sering menemani mereka dalam pelbagai aktiviti, seperti dalam perjalanan ke tempat kerja atau belajar, selain waktu mengulang kaji pelajaran dan juga saat masih terjaga di waktu malam. Kami mahu diskografi kami mengandungi lagu-lagu yang boleh menjadi lagu pengantar

BY YOUR SIDE’ Taruhan Terbaharu DISTORTED

‘BY YOUR SIDE’ Taruhan Terbaharu DISTORTED Kuala Lumpur, 27th Februari 2024 - Selepas memperkenalkan diri melalui single sulung mereka 'Switch' tahun lalu, kumpulan tempatan yang sedang meningkat naik DISTORTED kembali dengan sebuah lagi karya yang berjudul 'BY YOUR SIDE'. Digubah dan diterbitkan oleh ahli kumpulan ini sendiri iaitu Sino, Eneyeqay dan Balo bersama Joseph Chua, lirik lagu ini ditulis oleh ahli DISTORTED juga. “Single ini menceritakan tentang kesedihan, mengenang dan berkhayal tentang seseorang yang akan sentiasa berada di sisi anda walaupun mereka sudah tiada lagi bersama. Justeru, saya berharap orang yang mendengarnya akan dapat merasai pesan lagu tersebut. Terpulang kepada mereka untuk mengambilnya dan mengaitkannya dengan cara mereka yang tersendiri tetapi nikmatilah seperti mana kami menikmati saat menghasilkannya,” jelas Sino mengenai trek itu. Lagu yang pada asalnya merupakan selingan untuk album mereka yang akan datang itu juga telah d

Akhir Cerita Cinta Anggi Marito Dalam Lagu “Kisah yang Lain

Setelah berjaya dengan lagu hit “Tak Segampang Itu” dan mengeluarkan lagu kolaborasi bersama Mario G. Klau berjudul “Tak Ingin Kau Terluka”, Anggi Marito kembali dengan karya terbaharu berjudul “Kisah yang Lain”. Masih sama dengan sebelumnya, single ini diterbitkan di bawah label rakaman Universal Music Indonesia. Single “Kisah yang Lain” masih menyajikan nuansa muzik pop balada yang manis dengan mengambil tema berkisah percintaan. Di dalam lagu ini, Anggi Marito bekerjasama dengan salah satu pencipta lagu-lagu hit industri muzik Indonesia, Clara Riva. Anggi Marito menjelaskan bahawa single “Kisah yang Lain” menceritakan tentang seseorang yang sudah tidak kuat lagi berada dalam hubungan di mana pasangannya sudah tidak lagi mencintai dirinya. “Jadi, orang tersebut memutuskan untuk pergi dari hubungannya kerana dia percaya bahawa suatu saat nanti, pasangannya itu akan digantikan oleh orang dan kisah yang lebih baik serta membahagiakan dirinya. Intinya bagaimana kita harus mel

Datin Alyah Duta TWOMEE

Majlis pelancaran produk terbaru oleh Syarikat TWOMEE HEALTH & BEAUTY (M) SDN. BHD. Majlis yang dirasmikan oleh pengasas produk kosmetik TWOMEE iaitu Dato Suraya Binti Hj Semaru ini berlangsung di Royale Chulan Damansara. Majlis yang diadakan hari Sabtu, 9 Mac 2024. Turut dimeriahkan dengan kehadiran duta TWOMEE iaitu Datin Noor Hasliah Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Datin Alyah. Beliau turut menyampaikan sebuah lagu tema TWOMEE pada hari tersebut. Lagu tersebut dicipta oleh komposer Exactesy dan Rudeen manakala lirik pula dicipta oleh a a a cm. Tidak terkecuali beberapa artis dan pempengaruh media sosial tempatan turut menjadi tetamu di majlis perasmian tersebut, antaranya, Nadia Brian, Luqman Podolski, Adira Suhaimi, Ani mayuni, Yasmin Aziz, Sarah Suhairi dan ramai lagi. “Bukan mudah untuk menghasilkan produk kosmetik yang berkualiti, kerana ia perlu melalui pelbagai ujian klinikal termasuk proses penyelidikan dan pembangunan yang berulang kali sehingga mendap

Khai Bahar Pilihan Inteam Untuk Rabiatul Adawiyah 2024

Selepas 23 tahun lagu berjudul Rabiatul Adawiyah dipopularkan oleh kumpulan Inteam, kini mereka memilih Khai Bahar untuk tampil bersama dalam pembikinan nyanyian semula lagu ini dengan judul Rabiatul Adawiyah 2024 (RA24) "Kami pernah bekerjasama dengan Khai Bahar di dalam 'remake' lagu Setanggi Syurga sebelum ini pada tahun 2020, dan kami melihat kerjasama tersebut sangat serasi dan mendapat sambutan hangat dari peminat serta suara Khai juga sesuai dengan lagu-lagu Inteam" Ujar Syah Inteam apabila ditanya kenapa memilih Khai Bahar untuk berduet dalam lagu Rabiatul Adawiyah 2024. Apabila ditanya kepada Khai Bahar pula, mengapa beliau bersetuju berkolaborasi dengan Inteam untuk lagu ini, beliau menjawab:  "Saya memang meminati lagu-lagu Inteam dan pernah menyanyikan lagu-lagu mereka secara 'cover' di media sosial. Lebih istimewa lagi, lagu Rabiatul Adawiyah ini adalah di antara lagu yang sangat disukai oleh arwah Ibu saya, dan pastinya ia mengga

Akhir Cerita Cinta Anggi Marito Dalam Lagu “Kisah yang Lain

Setelah berjaya dengan lagu hit “Tak Segampang Itu” dan mengeluarkan lagu kolaborasi bersama Mario G. Klau berjudul “Tak Ingin Kau Terluka”, Anggi Marito kembali dengan karya terbaharu berjudul “Kisah yang Lain”. Masih sama dengan sebelumnya, single ini diterbitkan di bawah label rakaman Universal Music Indonesia. Single “Kisah yang Lain” masih menyajikan nuansa muzik pop balada yang manis dengan mengambil tema berkisah percintaan. Di dalam lagu ini, Anggi Marito bekerjasama dengan salah satu pencipta lagu-lagu hit industri muzik Indonesia, Clara Riva. Anggi Marito menjelaskan bahawa single “Kisah yang Lain” menceritakan tentang seseorang yang sudah tidak kuat lagi berada dalam hubungan di mana pasangannya sudah tidak lagi mencintai dirinya. “Jadi, orang tersebut memutuskan untuk pergi dari hubungannya kerana dia percaya bahawa suatu saat nanti, pasangannya itu akan digantikan oleh orang dan kisah yang lebih baik serta membahagiakan dirinya. Intinya bagaimana kita harus mel