Skip to main content

ASTRO CITRA TAMPILKAN DRAMA HEBAT DARIPADA SINGAPURA, FORENSIK


 “Forensik Angkat Kisah Penyiasatan Daripada Kes-Kes Jenayah Sebenar”


Astro terus menyajikan konten-konten hebat dan berkualiti tinggi

serantau Asia istimewa buat penonton dalam menikmati pengalaman tontonan bertaraf premium.

Selepas drama Projek: Anchor SPM melabuhkan tirainya pada minggu lalu, saluran Astro Citra

membawakan sebuah lagi drama terbaik daripada Singapura, berjudul Forensik untuk tontonan

penonton di Malaysia. Menariknya, drama bersiri lapan episod ini menampilkan kes-kes jenayah

sebenar yang sering berlaku di negara tersebut dan ia adalah hasil gabungan sentuhan pengarah

terkenal Faisal Ishak yang juga merupakan pengarah karya Aliff Dalam 7 Dimensi, KL Gangster:

Underworld 1 & 2, Afi & Abah, Juvana, Nur Kasih, bersama pengarah amat disegani di Singapura, Lee

Thean-jeen.


Forensik bakal menemui penonton bermula 10 Mei, setiap hari Isnin, jam 9 malam, di Astro Citra,

saluran 108 (HD) / 128 (SD). Setiap babak dan adegan penuh saspens digerakkan dengan baik oleh

pelakon-pelakon hebat Singapura seperti Yuslina Yussof, Fauzie Laily, Hamidah Salim, Erwin Dawson,

Sharon Ismail dan turut menampilkan pelakon cukup berkaliber Malaysia yang juga pemenang

Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Pembantu Drama Bersiri di Pesta Perdana 2021, Singapura, iaitu

Wan Hanafi Su sebagai teraju utama. Forensik merupakan pelibatan sulung pelakon Wan Hanafi Su

bersama produksi Singapura.


Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina

Raja Arshad berkata, “Astro komited menyajikan konten-konten hebat

dan berkualiti tinggi serantau Asia. Kali ini pihak kami dengan rasa teruja

menyajikan salah satu drama terbaik dari Singapura untuk tontonan

penonton di Malaysia. Menariknya, Forensik adalah adaptasi daripada

siri popular bahasa Inggeris dengan empat musim di Singapura, iaitu

Code of Law dan ia merupakan drama Melayu No.1 paling tinggi ditonton

di penstriman video-on-demand di Singapura, iaitu meWatch bagi tahun drama tersebut ditayangkan.

Seiring dengan format Astro Citra yang menampilkan filem hebat blockbuster, kami percaya drama


Forensik mampu memberi kepuasan berganda kepada penonton dengan menikmati variasi

kandungan daripada negara-negara Asian.”


Drama aksi thriller ini mengisahkan tentang keluarga Ketua Pakar Siasatan Jenayah, Juliana Hamid

(lakonan Yuslina Yussof) menangani kes pembunuhan dan berusaha untuk menjaga hubungan dengan

Inspektor Razali, (Fauzie Laily). Ayah Juliana (Wan Hanafi Su) seorang pesara polis yang berjuang

menyimpan rahsia tersembunyi. Selain menyelesaikan kes-kes jenayah yang ditugaskan, Juliana juga

ingin membongkar misteri di sebalik kematian ayahnya sendiri.


Jangan lupa untuk saksikan drama Forensik di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD), bermula 10 Mei

ini, setiap hari Isnin, jam 9 malam. Anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Ikuti info dan

klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba