Skip to main content

LAGU RAYA TERKINI

 


Bulan Ramadan bulan mulia,

Masa untuk kumpul pahala,

Syawal dinanti riang gembira,

Lagu raya Hot FM, 17 Eleven Music pelengkap suasana.

 

Buat julung kalinya, stesen radio popular tanah air, Hot FM bekerjasama dengan syarikat rakaman 17 Eleven Music menghasilkan dua lagu raya iaitu Salam Dari Jauh dan Indahnya Syawal yang dilancarkan secara rasmi sejak 30 April lalu.

 

Menariknya, menerusi projek ini menyaksikan barisan penyanyi terkenal merakamkan lagu dan menyanyi bersama barisan penyampai radio Hot FM.

 

Penyanyi terdiri terdiri daripada Shila Amzah, Siti Nordiana, Ezwan Ariff, Adzrin, Achey, Zulin Aziz, Amylea Azizan dan Achey. Sementara penyampai pula adalah Mark Adam, Fizie, Riena Diana, Haziq, Deen, Fad dan Zetty.

 

Lagu Salam Dari Jauh dan Indahnya Syawal adalah ciptaan sepenuhnya Rudy Nastia, Shamin Nazri, Hafiz Karim dan Mubin Ismail.

 

Ketua Audiens Melayu Hot FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood berkata, projek ini sesuatu yang istimewa sekali gus dapat memeriahkan lagi sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.

 

“Ini adalah projek khas bersama syarikat 17 Eleven Music untuk kami memeriahkan lagi raya tahun ini walaupun dalam keadaan pandemik. Kami nak bersama pendengar meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan lagu raya istimewa, Salam Dari Jauh dan Indahnya Syawal walaupun mungkin tak dapat beraya bersama kaum kelurga.

 

“Kami mendapat kerjasama yang baik daripada barisan artis yang terbabit serta semua penyampai Hot FM. Terima kasih juga kepada Rudy Nastia selaku Komposer juga penulis lirik untuk projek istimewa ini,” katanya.

 

Menurut Azura, projek lagu raya itu mengembalikan semua kenangan Hot FM yang pernah menghasilkan lagu raya bersama beberapa artis terkenal lain pada 2012.

 

“Sebelum ini Hot FM pernah bekerjasama menghasilkan lagu raya. Ketika itu zaman penyampai Faizal Ismail, Fara Fauzana, AG dan ramai lagi. Kiranya, untuk tahun 2021 ini kami mengembalikan semula nostalgia itu dengan berkolaborasi pula dengan 17 Eleven Music.

 

“Apa yang penting, projek sebegini sedikit sebanyak mengeratkan lagi silatutahim kedua pihak sekali gus dapat memeriahkan industri hiburan tempatan dengan penerbitan lagu raya. Walaupun setahun sekali, tapi ia keceriaannya akan kekal diingati,” katanya.

 

Boleh saksikan video muzik lagu Salam Dari Jauh dan Indahnya Syawal di Instagram TV (IGTV), Facebook Hot FM dan saluran YouTube 17 Eleven dan boleh didengar di frekuensi Hot FM juga platform muzik yang lain.

Sementara itu, Pengarah syarikat rakaman 17 Eleven Music, Roslan Bin Adlie berkata, kerjasama dengan Hot FM memberikan satu lagi pengalaman berharga buat mereka.

 

Malah, Lan berharap kedua lagu raya itu menjadi evergreen seperti kebanyakan lagu raya lain.

Terima kasih buat pihak Hot FM yang sudi untuk berkolaborasi dan bekerjasama dengan pihak kami.

 

“Sempena Syawal ini, dua lagu raya ini adalah hadiah buat semua peminat yang sentiasa menyokong lagu dan artis di bawah 17 Eleven Music selain menjadi pendengar setia Hot FM. Idea ini timbul apabila memikirkan raya tahun ini disambut dalam suasana sederhana. Ditambah apabila kerajaan melaksanakan larangan rentas negeri atau balik kampung.

 

“Tentu saja situasi ini akan menggamit memori beraya di kampung bersama keluarga dan sanak saudara. Jadi, kami menghasilkan dua lagu yang menggambarkan situasi semasa. Sekurang-kurangnya, lagu ini dapat menceriakan suasana.

 

“Paling penting, apa yang diharapkan juga adalah kedua lagu ini dapat diterima baik peminat dan pendengar sekali gus menjadi lagu malar segar sampai bila-bila. Terima kasih kepada penyanyi dan penyampai yang terbabit,” katanya.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba