Doktor Peribadi Pantau Aurel Hermansyah - Krisdayanti



    

 Penyanyi popular Krisdayanti teruja apabila anaknya, Aurel Hermansyah disahkan hamil anak pertama.

Krisdayanti berkata, dia tidak menyangka bakal memiliki cucu sekali gus bergelar nenek tidak lama lagi.

"Menjadi satu kebahagiaan buat semua orang apabila melalui proses ini, menjadi isteri kemudian bergelar ibu dan sekarang bakal menjadi nenek.

"Tak kisah apa sahaja jantina bayi itu nanti asalkan selamat dilahirkan. Dia (Aurel) pernah tanya berapa usia saya semasa melahirkan dia. Saya kata 21 tahun sama seperti usianya kini. Mudah-mudahan perjalanannya lebih baik," katanya.

Menurut Krisdayanti, bagi memantau kandungan anaknya itu dia sudah meminta doktor peribadinya untuk sentiasa memberikan nasihat dan tips kehamilan.

Ini kerana dia bimbang Aurel sebelum ini pernah menjalani rawatan masalah cyst.

"Saya sentiasa berpesan kepada Aurel supaya lebih proaktif berkomunikasi dengan doktornya bagi memantau kandungan.

"Saya juga sudah mohon doktor peribadi yang boleh membantu 24 jam untuk memberi apa-apa tips yang berguna kerana mereka ini adalah pasangan masih muda.

"Tambahan pula Aurel ada cyst, mudah-mudahannya semuanya baik-baik sahaja," katanya.

Aurel selamat bergelar isteri kepada YouTuber terkenal Atta Halilintar pada 3 April lalu di Hotel Raffles, Jakarta.

 


     SUMBER

- Harian Metro -

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL