HASIL TERBARU KOPRATASA RAKAMAN SEMULA LAGU RAYA PERTAMA 1936 “SELAMAT HARI RAYA”
Membaharukan sesebuah lagu lama bukanlah sesuatu yang baru dan ianya juga bukanlah
mudah. Pelbagai sebab kenapa sesebuah lagu lama itu diperbaharukan semula.
KOPRATASA – turut menambahkan khazanah lagu-lagu hari raya tanahair apabila mereka
merakamkan semula lagu Selamat Hari Raya yang dipercayai adalah lagu hari raya terawal di
negara kita berdasarkan sumber yang layak dipercayai.
Kopratasa merasakan lagu lama mempunyai nilai sejarah tersendiri.
Inilah juga terdapat dengan lagu Selamat Hari Raya ciptaan Tengku Ali Basha @ Cik Ara
Bangsawan. Lagu ini dipercayai lagu raya pertama untuk umat melayu di Nusantara dan juga
dunia amnya. Lagu yang dicipta pada tahun 1936 ini , telah membuka sejarah pada sambutan
hari raya pada zamannya. Kopratasa merasakan adalah sangat rugi jika lagu ini dibiarkan lenyap
ditelan zaman.
Berdasarkan kepada perpatah ‘ Yang buruk ( lama ) diperbaharui, Yang usang dikajangi’ ,
Kopratasa merasakan merakamkan semula lagu tersebut merupakan satu aktiviti melestarikan
satu khazanah lama untuk tatapan semula generasi terkini.
Kopratasa telah mencadangkan kepada pihak Luncai Emas untuk merakam semula lagu ini.
Persetujuan dicapai dan syarikat telah memberi kepercayaan kepada Hanafi Spider sebagai
produser dan kerja menyusun semula muzik lagu ini. Manakala Kopratasa menambah sedikit
melodi baru di bahagian korus lagu ini dan menyanyikan dengan cara Kopratasa sendiri.
Biarpun rakaman semula lagu raya tersebut terdapat tambahan melodi , ia bukanlah bertujuan
merosakkan lagu tersebut , tapi bertujuan memeriahkan lagi melodi tersebut untuk menepati
konsep bergembira dihari raya. Namun inovasi melodi tersebut tidak menganggu nilai asal lagu
tersebut. Melodi asal tetap dijaga, senikatanya pun tetap dipakai seperti yang asal.
Ini menjadikan lagu ini lebih catchy’ . Hasilnya menarik !
Kesemua rakaman di buat di Studio Ronggeng, Luncai Emas dengan pemuzik undangan - Tony
Iskandar (bass), Mohar (seruling) dan Hanafi Spider sendiri. Mastering dibuat oleh Hafiz Studio.
Kopratasa sangat berharap dengan lagu ini dapat diterima dan memberi sesuatu yang unik
sempena sambutan Aidilfitri tahun 2021 ini. Setelah lama ketiga-tiga ahli kumpulan ini membawa
haluan masing masing. Mereka kembali dengan projek istimewa ini dibawah payung Luncai Emas
Sdn Bhd untuk peminat, sahabat dan juga rakan-rakan mereka yang sentiasa memberi dorongan
untuk mereka terus berkarya .
Single ini juga telah menjalani penggambaran video muziknya pada awal Ramadhan lalu.
Kesemua penggambaran dibuat di dalam studio dan persekitaran pejabat Luncai Emas sendiri
memandangkan kita masih lagi dalam fasa pemulihan PKP akibat wabak pandemik Covid-19 ini.
Video muzik ini diarahkan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik – Juril Jumali yang
banyak mengarahkan video muzik beberapa penyanyi popular sebelum ini dan sudah pun berada
di saluran youtube Luncai Emas . Antaranya video muzik Mus May - Mencari Kaseh , Nash, One
Nation Emcee Ft Dato’ Jeffrydin – Debaran Rindu
Luncai Emas juga turut bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform
streaming, Youtube dan iTunes mulai 9 Mei ini
Semoga lagu nafas baru SELAMAT HARI RAYA oleh Kopratasa ini dapat mengubat kerinduan
peminat-peminat Kopratasa dan menarik perhatian generasi baru juga dalam kemeriahan kita
menyambut kehadiran Syawal pada tahun ini dalam suasana norma baharu hidup ini !
Sekian, terimakasih. Selamat Hari Raya !
Comments
Post a Comment