Skip to main content

JARAK TIDAK MEMISAHKAN KITA SEMUA, JIKA SEMUA ADA, MAKA #SEMPURNABERSAMA



 Sungguhpun ramai yang kecewa kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk meraikan hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, namun semangat beraya harus perlu diteruskan juga. Tidak dapat pulang ke kampung bukanlah alasan untuk kita tidak meraikannya kerana dunia kini penuh dengan teknologi dan kemajuan. Kita sudah boleh berhubung dengan orang yang jauh hanya dengan menggunakan telefon bimbit atau teknologi lain dimana dan bila masa sahaja. Tahun 2021 ini, Todak Music membawakan kempen #SempurnaBersama bagi menguatkan lagi semangat kebersamaan dalam sambutan hari raya, khususnya dalam suasana pandemik yang mencabar ini . Kempen #Sempurnabersama ini dihangatkan lagi dengan penghasilan sebuah lagu dan musik video yang baru sahaja dilancarkan. Lagu ini merupakan lagu raya lama yang popular dan masih lagi dimainkan setiap kali hari raya menjelang, namun Todak Music mengambil pendekatan dengan merakam semula lagu ini tapi diberikan nafas baru. Susunan muzik lagu ini menggabungkan beberapa elemen dan genre muzik yang berbeza seperti ballad, pop, rock, tradisional dan ska. Ianya sungguh berbeza dari kebiasaan yang didengari pun begitu originaliti lagu ini masih tetap dikekalkan. Tajuk lagu ini adalah “Senandung Hari Raya Untukmu 2021” yang menggabungkan 6 orang artis iaitu Shiha Zikir, Fadh Majid, Razak A’ai, Dina Nasz, Muzza & kumpulan Gerhana Skacinta. Lirik lagu ini masih dikekalkan dan tiada perubahan cuma susunan muziknya sahaja yang berbeza. Bercerita tentang musik video pula, Leman menjadi watak utama dan juga sebagai narrator. Leman sebenarnya merupakan seekor ayam kampung di dalam sebuah kampung yang bernama Kampung Fusion. Di kampung itulah semua orang berkumpul untuk meraikan hari raya bersama. Jadi, Leman lah yang akan memperkenalkan setiap ahli keluarga Fusion yang masing-masing mempunyai ragam dan gaya yang berbeza.

 Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Muzik, Encik Ikmal Fareeq berkata, “ Kita tidak akan membiarkan apa pun menghalang kita dari meraikan hari raya Aidilfitri. Sungguhpun seluruh negara terkesan dengan pandemik ini dan terkawal didalam suasana PKP, tidak bererti kita kalah dan perlu duduk bersedih. Kita harus menang dalam membawa pelbagai cara untuk berhubung melalui teknologi komunikasi dengan keluarga yang jauh kerinduan dan jangan biarkan mereka kesunyian.Sungguhpun hanya melalui panggilan video, atau panggilan telefon, apabila semua ada maka #SempurnaBersama. Ini adalah masa untuk kita menilai dan menghargai individu yang ada disekeliling kita.Itulah mesej yang cuba ditonjolkan melalui musik video lagu ‘Senandung Hari Raya Untukmu 2021’ dan saya berharap semua yang menonton musik video ini akan terhibur dan sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan. “ Tambahan Encik Kamarul Arifin (Arul), Pengurus A&R Todak Muzik, “Lagu yang diberi nafas baru ini sangat berbeza dari biasa. Saya yakin dengan susunan muzik baru ini dapat memberikan semangat baru buat kita semua dalam meraikan hari raya yang penuh dengan cabaran ini. Sokongan dalam pengelibatan Gerhana Skacinta dan Muzza dalam projek ini juga banyak memberikan impak terhadap penghasilan lagu ini. Musik video ‘Senandung Hari Raya Untukmu 2021’, kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube, Facebook dan IGTV Todak Music



Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba