KLfm Raikan Aidilfitri Warga Kota, Raya Pertama Hingga Raya Keempat
Tradisi yang sudah
sinonim dengan amalan beraya warga kota berhibur dengan program-program
menarik yang disediakan menerusi saluran TV dan radio. Tahun ini, saluran radio
RTM, KLfm-Rentak Interaktif Kota (97.2) turut mengambil peluang
menghiburkan seluruh warga kota dengan program bakal keudara sepanjang
Aidilfitri ini.
Lapan program
termasuklah bual bicara, nyanyian live artis terkenal, drama muzikal, dan
permintaan lagu pendengar dibawakan bermula raya pertama hingga raya keempat
khas untuk pendengar setia stesen pilihan warga kota ini.
“Al-Zikra Istimewa Aidilfitri” (13 hingga 15 Mei
ini, pukul 6.30 pagi)
Menampilkan barisan
pendakwah terkemuka iaitu Ustaz Muhadir Hj Joll, Ustaz Wan Shohor Bani Leman
dan Ustazah Nurul Hidayah. Berkongsi mengenai adab dalam Islam sirah Rasulullah
SAW dan perkara-perkara sunat ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri.
“Diari Raya Mualaf” (13 hingga 15 Mei ini, pukul
11.10 pagi)
Memaparkan kisah
perjalanan seorang mualaf yang baru mengenali Islam dan melalui pengalaman
pertama menyambut Ramadan dan meraikan Syawal.
“Live@KLfm Istimewa Aidilfitri” (15 hingga 22 Mei
ini, pukul 10.00 pagi)
Program berkonsepkan
nyanyian lagu-lagu raya secara live daripada artis undangan Mimifly dan Ronnie
Hussain serta penyampai KLfm.
“KLfm Orkestra Raya” (13 hingga 15 Mei ini, pukul
2.00 petang)
Sebuah rancangan khas
Syawal 2021 yang mempersembahkan lapan buah lagu diiringi para pemuzik daripada
Band Akustik secara akustik. Artis undangan Black dan Aina Abdul.
“Raya Barisan Hadapan” (13 hingga 15 Mei ini,
pukul 4.00 petang)
Menceritakan kisah
petugas barisan hadapan yang tetap berjuang untuk memutuskan penularan pandemik
Covid-19 serta cabaran yang dihadapi sepanjang bulan Ramadan dan Syawal 2021.
“Coklat Chip Boom Boom!” (13 hingga 15 Mei ini,
pukul 6.15 petang)
Drama muzikal yang
menyelitkan mesej-mesej bermanfaat yang telah disesuaikan dengan konteks
masyarakat majmuk Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri. Senario yang berlaku
dalam drama ini dilakonkan dalam bentuk muzikal diringi oleh live band yang
bertemakan lagu Hari Raya. Bersama-sama barisan artis Nabila Razali, Zizi
Kirana, Aiman Tino, Raja Azura, Saiful Apek, Bell Ngasri, Sangeeta Krishnasamy
dan Douglas Lim.
“Teh Tarik 1 KLfm Istimewa Raya 2021” (13 hingga
15 Mei ini, pukul 9.30 malam)
Menampilkan persembahan
nyanyian daripada artis-artis tempatan seperti Tajul, Yonny Boy, Luqman Faiz, Ramlah
Ram, Neeta Manis dan Radityo yang mendendangkan lagu-lagu raya klasik dan
terkini.
“Laguku@KLfm Istimewa Raya 2021” (16 Mei ini,
pukul 10.00 malam)
Program yang memberi
peluang kepada pendengar KLfm yang bertuah menyampaikan permintaan lima lagu kegemaran
untuk disiarkan. Penyampai radio yang bertugas juga akan berinteraksi secara
langsung bersama pendengar tersebut.
Comments
Post a Comment