Skip to main content

NORANIZA IDRIS NYANYIKAN SEMULA LAGU TERBITANNYA ‘CINTA LEBARAN’





 Lagu Cinta Lebaran adalah lagu ciptaan sepenuhnya Mohammad Ihab Ismail

atau lebih senang dikenali sebagai Ihab Ismail. Beliau merupakan artis di

bawah Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd semenjak 2012 hingga kini.

Biarpun kerjaya professional sebagai pakar perubatan dalaman di sebuah

hospital kerajaan membataskan pergerakannya dalam bidang seni, namun

beliau sering menjadikan bidang seni ini sebagai tanggung jawab sosial yang

perlu digalas oleh setiap pihak agar terus menyokong kesinambungan Irama

Malaysia untuk memastikan tidak terus mati ditelan zaman.

Lagu Cinta Lebaran ini pernah dirakamkan buat pertama kali pada tahun

2009 nyanyian bersama Noraniza Idris dan kumpulan Akasia. Setelah 11 tahun,

lagu ini dinyanyikan semula oleh Noraniza Idris bersama Ihab Ismail dan Azmir

Ariff pada tahun 2021. Lirik masih mengekalkan hasil penulisan Ahmad Fedtri

Yahya.

Single Cinta Lebaran ini masih kekalkan susunan muzik asal Eddie Marzuki dan

disusun secara LIVE bersama pemuzik-pemuzik terkemuka tanahair seperti

Ujang, Mohar , Allahyarham Kelly dan ramai lagi. Single ini terbitan Noraniza

Idris Production Ventures Sdn Bhd dan edaran secara digital oleh Luncai Emas

Sdn Bhd . Single ‘Cinta Lebaran ‘ ini mula berada di semua saluran digital

seperti Spotify , JOOX , Apple Music dan lain – lain pada 5 Mei 2021 ini .

Sengaja tidak menggunakan susunan muzik baru, Noraniza selaku penerbit

asal single ini ingin mengekalkan sentuhan keunikan gabungan muzik hasil ide


P2021 LUNCAI EMAS SDN BHD / NIPV / CINTA LEBARAN 2021 / NORANIZA IDRIS , IHAB ISMAIL, AZMIR ARIF

dan inspirasi dari setiap pemuzik profesional terlibat yang diangkat menjadi

nostalgia dan kenangan terindah setiap kali menjelang hari raya. Terima kasih


kepada Azmir Ariff dan Ihab Ismail yang sudi menyumbangkan tenaga dan

suara dalam pembikinan semula rakaman single ini bagi sambutan Hari Raya

ini.

Pemilihan Ihab Ismail dan Azmir Ariff untuk nyanyikan semula irama ini adalah

kerana latar belakang dua penyanyi ini sangat mudah memberi kerjasama

dan sering memberi tenaga dalam setiap nyanyian mereka dalam

menggayakan lenggok irama Malaysia yang unik dengan kreativiti sendiri.

Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bakal melancarkan single duo

pertama berkonsep etnik kreatif selepas hari raya nanti nyanyian Ihab Ismial

dan Azmir Ariff. Single Cinta Lebaran ini merupakan langkah pertama mereka

bagi tahun 2021 ini sebelum lancarnya single sebenar mereka. Ihab dan Azmir

pernah keluar dengan single masing-masing berjudul Puncak Gapura dan

Empayar. Single Noraniza Idris juga akan menyusul selepas Hari Raya ini.



Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam