Skip to main content

Positif Covid-19, Aliff Iskandar makin pulih

 




Penyanyi Aliff Iskandar berkongsi khabar gembira apabila dirinya semakin sihat setelah positif Covid-19 kira-kira seminggu yang lalu. Dia yang kini sedang berada di pusat kuarantin di MAEPS Serdang, bagaimanapun masih perlu menjalani beberapa prosedur sebelum dibenarkan keluar sedikit masa lagi.

 

Mula mengadu demam dan tidak sedap badan sejak 28 April yang lalu, Aliff tidak menunggu lama untuk melalukan ujian calitan di sebuah klinik swasta pada keesokan harinya sebelum disahkan positif sehari kemudian.

 

“Memang saya alami demam panas, sesak nafas, batuk dan sakit kepala pada waktu itu. Saya pengsan tiga kali di rumah. Tapi saya tak tunggu lama dan terus melalukan ujian calitan memandangkan keadaan tersebut tidak pernah dialami sebelum ini.

 

“Bila dapat sahaja keputusan, klinik tersebut terus memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan saya “dijemput” ambulans malam itu juga untuk dikuarantin di MAEPS Sedang,” penyanyi baharu itu lagi.

 

Dalam pada itu, Aliff berkata rakan serumahnya juga sudah melakukan ujian calitan dan mereka didapati positif seminggu kemudian. Manakala pihak pengurusan tempatnya belajar juga sudah melakukan beberapa saringan untuk mengenal pasti kontak rapat.

 

Dalam pada itu, Aliff menyatakan yang dirinya sudah semakin sihat daripada wabak berkenaan. Gejala demam dan batuk yang dialaminya juga sudah pulih dan dia hanya menunggu masa untuk keluar daripada tempat tersebut.

 

“Memang keadaan saya agak lemah pada peringkat awal. Tapi beberapa hari kemudian semuanya semakin baik dan saya dapat rasakan perubahan itu. Saya beruntung kerana tidak mengalami komplikasi yang serius seperti segelintir orang.

 

“Di sini saya diberikan layanan baik dan kami sama-sama membuat pelbagai aktiviti seperti mana yang disarankan oleh petugas kesihatan. Jangan takut, semuanya akan baik-baik sahaja,” tambahannya lagi.

 


Pun begitu, sehingga ke hari ini dia sendiri tidak mengetahui punca bagaimana dia dijangkiti Covid-19.

 

Menganggap apa yang berlaku sebagai satu pengajaran untuknya berhati-hati pada masa hadapan, Aliff memohon maaf kepada semua kenalan dan kontak rapatnya yang terpaksa melakukan kuarantin kendiri setelah dirinya disahkan positif.

 

“Saya minta maaf kerana menyusahkan rakan-rakan yang lain. Tidak ada siapa mahu menerima dugaan sebegini tapi saya reda. Ramai yang menitipkan doa dan kata-kata semangat terutamanya keluarga dan sahabat yang sudah mengetahui perkara ini.

 

“Untuk mereka yang berada di luar sana, jaga diri, jaga jarak dan ikut SOP yang ditetapkan. Kalau kita jaga diri, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya yang baru sahaja melancarkan lagu Sedar Ku bersama Syahmi Irfan, Syafiq Naser dan Killa Driz sempena Ramadan.

 

Untuk rekod, Aliff merupakan artis naungan  Indigital Music yang popular dengan lagu Perit. Lagu tersebut juga menjadi runut bunyi lima buah drama popular tanah air.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam