Skip to main content

RAYA TETAP OHSEM BERSAMA FILEM MENARIK DI AWESOME TV




Raya tahun ni masih tak dapat balik kampung sebab PKP, siap kena berkurung di rumah. Namun raya tetap ohsem dengan Awesome TV! duduk di depan kaca televisyen bersama keluarga layan filem pecah panggung Abang Long Fadil, Abang Long Fadil 2, KL special Force, Sembilu dan Sembilu II pada Hari Raya ini di Awesome TV.

Abang Long Fadil ialah sebuah filem komedi aksi Malaysia arahan Syafiq Yusof. Dibintangi oleh Zizan Razak, Tauke Raja Lawak, Kamal Adli, Soffi Jikan, Aaron Aziz, Yassin Yahya, Syamsul Yusof dan Harun Salim Bachik.



Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia kongsi gelap setelah sahabat baiknya Malik dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Fadil mahu bebas daripada geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir untuk membebaskan diri daripada kumpulan gangster tersebut.

Saksikan filem Abang Long Fadil pada Hari Raya Pertama, Khamis, 13 Mei 2021 jam 10.00 malam.

Manakala Abang Long Fadil 2 akan ditayangkan pada Hari Raya kedua, Jumaat, 14 Mei 2021, jam 9.00 malam. Merupakan filem aksi komedi Malaysia arahan dan lakon layar oleh Syafiq Yusof. Mengisahkan perjalanan hidup Fadil (Zizan Razak) yang terjerumus ke dalam dunia kongsi gelap, didalangi oleh Taji Samprit (A. Galak) dan anaknya Wak Doyok (Wak Doyok). Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab (Syamsul Yusof) dan Inspektor Shuib (Shuib Sepahtu) sebagai pengganas upahan kejam bernama Tiger

Selain itu, KL Special Force yang merupakan sebuah filem aksi Malaysia arahan Syafiq Yusof akan disiarkan jam 3.00 petang, Sabtu, 15 Mei 2021. Ia dibintangi oleh Dato' Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof. Mengisahkan tentang sekumpulan unit khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh DSP Roslan yang berusaha untuk menumpaskan sekumpulan mafia yang diketuai oleh Asyraff. Kumpulan mafia yang dikenali sebagai 'Geng Anarkis' melaksanakan pelan rompakan dengan begitu licik dan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak polis.

Saksikan filem KL Special Force, pada Hari Raya Ketiga, Sabtu, 15 Mei 2021 jam 3.00 Petang di Awesome TV.



Sempena Hari Raya ini Awesome TV akan menayangkan filem Sembilu dan Sembilu II di slot Istimewa Retro pada hari Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Mei 2021, jam 6.00 petang. Dibintangi oleh Erra Fazira, Awie, Ziana Zain dan Mustapha Kamal.

Sembilu menceritakan tentang Wati yang merupakan kekasih hati Awie, seorang penyanyi rock terkenal. Hubungan mereka yang bermula daripada zaman persekolahan itu mendapat restu orang tua mereka masing-masing, kecuali Azman, iaitu abang kepada Wati.  Azman sentiasa mencari jalan untuk memisahkan dua insan yang sedang hangat bercinta itu.

Sembilu II merupakan kesinambungan kisah hubungan Awie dan Wati. Mereka merancang untuk bertunang. Tetapi, kerana terlalu sibuk mereka menangguhkan pertunangan tersebut. Azman yang sememangnya masih menaruh dendam terhadap Awie berusaha untuk memisahkan Awie dan Wati. Ziana meneruskan rancangan untuk menggoda Awie untuk jatuh ke dalam perangkapnya lagi.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam