Siti Nordiana salur rintihan penuh beremosi menerusi ‘Cukup Derita Itu’ sentuhan Tam Spider dan Siti Rosmizah
Penghasilan lagu
runut bunyi sememangnya
menuntut penjiwaan yang selari
dengan jalan cerita
sesebuah drama mahupun filem.
Hakikatnya, perjalanan ceritanya perlu cukup jiwa dan rasa untuk melengkapkan
keseluruhan moodnaskhah berkenaan.Justeru,
Siti Nordiana yang
tampil dengan lagu
baharu berjudul Cukup
Derita Itu menyalurkan sepenuh emosi dan rintihan dalam
lagu berkenaan. Mendapat sentuhan komposer hebat, Tam Spider dan
liriknya hasil nukilan
Siti Rosmizah, ternyata gabungan
mereka cukup kuat
untuk memberi kelebihan terhadap lagu ini.Lagu ini
menjadi runut bunyi drama
yang menggunakan judul
sama, Cukup Derita
itu lakonan bintang ternama
Hisyam Hamid, Ruhainies,
Chacha Maembong, Jasmin
Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh
Semundur Khan, dan ramai lagi. Arahan Along Kamaludin
SIARAN
MEDIAdan ceritanya diadaptasi
daripada novel Siti
Rosmizah sendiri.Drama Cukup
Derita Itu akan ditayangkan di Slot Samarinda TV3 pada
May 2021. Meskipun memang sudah diakui kehebatan nyanyian dengan cara
tersendiri, Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana tetap berdepan cabaran
tersendiri melunaskan lagu itu. Apalagi, diasendiri tahu betapa
pentingnya lagu runut
bunyi yang menjadi
nadi kepada keberkesanan
sesuatu drama.“Lagu runut bunyi perlu ada pendekatan tersendiri dan itulah
cabaran yang saya hadapi untuk memastikan
Cukup Derita Itu
menjadi. Pertama sekali,
semestinya saya kaji
terlebih dahulu keseluruhan plot cerita
drama berkenaan untuk memastikan dapat gambaran tepat.“Memandangkan drama itu
adalah naskhah yang menuntut permainan emosi dan ada babak kesedihan, saya kena
tekankan daripada segi itu juga. Justeru, untuk lagu ini, saya cuba salurkan
corak penceritaan dengan nada merintih terhadap setiap bait liriknya.“Paling
penting, secara peribadi saya memang sangat berbesar hati dapat menyanyikan
karya nukilan Tam. Dia
sememangnya komposer yang
begitu teliti dan banyak
membantu saya mendalami lagu berkenaan
dengan emosi tepat,” katanya.Sentiasa mengutamakan ketelitian dalam karyanya,
Tam pula mengakui lagu Cukup Derita Itu satu tugasan cukup besar. Sebelum
beralih kepada proses rakaman, perbincangan mendalam dengan Siti Rosmizah
dibuat untuk memastikan aura lagu terbabit mampu setanding jalan cerita drama
itu sendiri.“Walaupun runut bunyi
itu hanya berdurasi
beberapa minit, penghasilannya perlu
dilakukan dengan begitu teliti. Terutama daripada segi melodinya, kena
menepati keseluruhan mood serta perjalanan kisah yang ingin disampaikan dalam
drama berkenaan.“Saya harus puji
bagaimana Siti Rosmizah
menerangkan secara mendalam
dan terperinci berkenaan aspek
penceritaan itu. Sekali gus, ia sangat membantu saya untuk menghasilkan lagu
yang boleh meruntuh jiwa ramai sebaik mendengarnya serta menghayati baik
liriknya,” katanya.
SIARAN MEDIACukup meledak
sekitar 1990-an, Nana
membuktikan dirinya adalah
antara penyanyi terbaik wanita tempatan.
Meskipun pernah berehat
dalam bidangseni, Nana
kembali memeriahkan industri
apabila menyertai sekali gus menjuarai Gegar Vaganza 2 pada 2016. CUKUP DERITA
ITUkini sudah tersedia
di semua pelantar
penstriman digital seperti
Spotify, Apple Music, JOOX,
KKBOX, Deezer dan
YouTube Music mulaijam 12
TENGAH MALAMmanakala video
liriknya pula boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada
hari yang sama jam 9 MALAM
Comments
Post a Comment