Skip to main content

Syawal Kita Mesti Menang




 

Raikan Syawal yang dinantikan dengan penuh kesyukuran setelah sebulan menjalani Ramadan dengan penuh ketakwaan. Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengetuk pintu satu Syawal di mana seluruh umat Islam meraikan kemenangan dan kejayaan selepas 30 hari berpuasa dengan pelbagai program khas yang disiarkan secara eksklusif di TV1, TV2 TV Okey, Berita RTM dan Sukan RTM juga menerusi kesemua 34 stesen radio RTM.

 

Ketibaan Syawal membawa makna kemenangan yang wajar dihayati dan RTM terus menceriakan suasana Hari Raya Aidilfitri kepada penonton TV dan radio RTM yang telah diberi suntikan nafas baharu lebih segar berkumandang, menarik didengar, dan imej baharu melalui logo stesen terkini.

 

Tahun ini, RTM Teman Setia Anda memperkenalkan tema “Indahnya Syawal” yang menandakan indahnya memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja terutama dalam bulan penuh keampunan ini.

 

Perkara itu dijelaskan Allah SWT dalam al-Quran dalam Surah As-Syura Ayat 40, bermaksud... “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim”.

 

Ikuti siaran langsung “Gema Takbir 2021” terbitan JAKIM pada malam raya di TV1 yang memaparkan topik sambutan raya daripada sudut pandangan Islam bersama tetamu undangan khas. Program diselangi dengan takbir dan nasyid raya.

 

Program majalah dan dokumentari kerohanian dibawakan TV1 menerusi tajuk “Cerita Raya Di Bawah Bayu”, kisah empat orang artis Sabah yang terjejas dengan pandemik Covid-19 namun masih bersemangat membuat persiapan raya bersama keluarga. Dalam “Sehening Syawal” terbitan RTM Sarawak pula berkongsi kisah sedih Aida Nabila yang kehilangan lima orang ahli keluarga akibat Covid-19.

 



Tiga majalah khas bertajuk “Raya Cara Kita”, “Lensa Deko” dan “#HOTD-House of The Day” turut disiarkan TV Okey. Antara pengisian menarik dalam Raya Cara Kita berkongsi cerita sambutan raya artis bersama keluarga tersayang antaranya Azad Jasmin, Aiman Tino dan Ruhainies.

 

Menerusi saluran Berita RTM (123 my Freeview) pula dihadirkan program majalah khas “Cerita Kita” yang berkongsi pengalaman tahun kedua bertugas di musim perayaaan bersama petugas-petugas barisan hadapan dalam sektor media termasuklah menemubual juruhebah radio, wartawan, pengacara, penerbit, petugas teknik dan pengawal keselamatan.

 

Saluran sama turut memaparkan kisah kegembiraan sambutan Syawal antara pasangan campur lelaki Nigeria dan wanita Malaysia dalam “Pesona XY Raya”, kisah raikan raya pelbagai bangsa dalam “Fresh Brew Raya”, “Lebaran @SPM”, “What Say You Edisi Raya” dan “Vasantham Edisi Raya”. 

 

Koleksi filem-filem tempatan, cereka Asia dan antarabangsa juga bakal menemani penonton sepanjang Aidilfitri ini di TV2 seperti “Terminator Genisys”,“Bumblebee”, “Upin & Ipin : Jeng Jeng Jeng!”, “Mat Biec A.K.A Dreamy Eyes”, “Railroad Tiger”, “Cinta Laki-Laki Biasa”, “Bikers Kental 2” dan “Mujhse Shaadi Karoge”. Manakala TV Okey pula tampil dengan filem “Untuk Tiga Hari” dan TV1 menyiarkan filem “Kung Fu Panda 3”.  

 

Penonton akan dihiburkan dengan sketsa Islamik, “Riang Syawal” menerusi TV1 dijayakan oleh Ustaz Rahmat Ikhsan, Zila Bakarin, Roy Azman dan Mamak Puteh yang berkongsi situasi sambutan raya yang lazimnya dilakukan masyarakat kita namun boleh menimbulkan konflik antara tuntutan budaya dan agama. Saksikan juga drama pendek terbitan Unit Drama TV RTM bertajuk “Che Milah Raya”, kisah Nek Nab, yang Alzheimer sering berkelakuan misteri membantu cucunya menyediakan menu Rendang Cili Padi.

 

Tidak terhenti di situ, pelbagai program hiburan dan muzikal bakal disajikan istimewa di TV2 iaitu “Padi Reborn”, sebuah persembahan konsert solo Kumpulan Padi di Kuala Lumpur. Dua program terbitan Unit Hiburan TV RTM masing-masing disiarkan menerusi TV1 dan TV2 iaitu “Temasya Aidilfitri #gengrayaKL” menampilkan Dato’ M.Nasir, Jalil Hamid, Ifa Raziah, Dayangku Intan, Hael Husaini, dan Kristal X juga program “Kome Nak Raya”, perkongsian kenangan raya bagi yang tidak dapat balik beraya akibat pandemik COVID-19 bersama artis Kazar, Fikry Ibrahim, Sissy Iman, Afieq Shazwan, Dolla, dan Datuk Jamal Abdillah.

 

Slot Panggung Syawal disiarkan TV1 terus memberikan plot kisah bermanfaat buat semua dibintangi pelakon terkenal tanah air antaranya “Kami Datang Nak Raya” (Azhan Rani, Zarynn Min), “Kalut” (Mimi Ernida, Nafiz Muaz), “Aku Bukan Malaikat” (Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda), “Keliru Ibu” (Sherie Merlis, Zila Bakarin, Fazlina Ahmad Daud), “Cikgu Amy” (Elisya Sandha, Sharifah Sakinah), dan Doa Terindah” (Remy Ishak, Aida Aris).

 

Mewarnai slot Layar Okey di TV Okey pula barisan telemovie terbaik seperti “Aya” (Elvina Muhammad, Nazrief Nazri), “Tuhan Masih Ada” (Shah Jaszle, Nad Zainal), “Sinar Yang Dinanti” (Beto Kusyairi, Tiz Zakiah), “Najiha” (Nad Zainal, Hafidz Rosdhi) dan “Grumpy Grampas” (Shaharuddin Thamby, Chew Kim Chuah, Faradhiya). 

 

Tiga koleksi throwback artis terkenal iaitu “Istimewa Bersama KRU”, “Istimewa Bersama Liza Hanim” dan “Istimewa Bersama Realiti TV” mengisi slot Retro di TV2 juga program bual bicara hiburan RTM iaitu “#HTV! Seronok Weyy Raya” dimana hos Nana Mahazan mengundang artis Intan Ladyana, Harris Alif dan Wany Hasrita ke studio.

 

Istimewanya Aidilfitri tahun ini turut menarik penglibatan saluran Sukan RTM berkongsi dua program khas iaitu bual bicara “Planet Sukan Khas Raya” dan “Interaktif Sukan Khas Edisi Raya” di Saluran 111 my Freeview.

 

Dengan kelebihan sebagai medium yang boleh didengari di mana-mana sahaja, 34 stesen radio RTM menawarkan pelbagai rancangan menepati citarasa semua pendengar sepanjang bulan lebaran ini.  

 

Istimewa malam raya stesen NASIONALfm, Sentiasa Di Hati tampil meriah menerusi program “Syawal 7 Frekuensi”, yang menggabungkan penyampai-penyampai dari tujuh stesen di ibu pejabat dengan tema “Tak Balik Kampung Lagi”.

 

Selain itu NASIONALfm juga menyenaraikan empat lagi program bersiaran hari raya pertama hingga ketiga iaitu “Pujaan 10 Raya”, “Drama Khas Aidilfitri”,”Seloka Raya NASIONALfm” dan “Raya Norma Baharu”.

 

Terus menghimpunkan program hiburan, drama dan sketsa yang mengundang artis popular tanah air, stesen Radio KLASIK menganjurkan program “Jalinan Kasih Aidilfitri Radio Klasik”, “Puisi Khas Raya”, “Cubit-Cubit Manja Raya The Muzikal”, “ADILA Khas”, “Mustaqeem Khas Hari Raya Aidilfitri” dan “Drama Khas Raya”, kisah konflik ibu anak lakonan Liza Abdullah dan Delimawati.

 

TRAXXfm, stesen radio Inggeris mengetengahkan seleksi program yang antara lain menggabungkan elemen hiburan, drama, jenaka juga pesanan supaya mematuhi SOP dalam situasi semasa yang masih dibayangi Covid-19. Perdengarkan program “Titian Senada”, “Captain Zeal”, “Spectrum”, “What Matters” dan “Raya Extravaganza @ TRAXX”.

 

Stesen Aifm menarik tumpuan pendengar dengan rancangan temu bual antaranya “Ai Topik”, “Ai Relaks – Interaksi bersama pendengar”, “Ai Melancong”, sketsa “Kasih Sayang Di 893” dan “Carta Lagu Pujaan Kita”.  

 

Stesen MINNALfm juga menghidupkan sambutan Aidilfitri dengan siaran program bual bicara “Marhaban Yaa Syawal”, ceramah “Sinar Syawal”, “Drama Raya”, forum “Syawal Yaa Syawal”, temu bual dan lagu dalam “Cahaya Aidilfitri”, dan “Salam Aidilfitri”.

 

Sementara itu stesen ASYIKfm mengajak orang ramai berhibur dengan rancangan “Jok Ler Raya”, “Sketsa Ke’er Ke’er Ce’et” (sketsa dalam dialek Semai, Temiar, Temuan dan Jakun), drama “Syawal Yang Terindah”, “Menjelang hari Raya”, dan “Unplugged D’Raya” (lagu-lagu nyanyian belia Orang Asli).

 

Stesen KLfm pula menarik pendengar dengan enam program khas termasuklah “Al-Zikra Istimewa Aidilfitri”, “Diari Raya Mualaf”, “Live@KLfm Istimewa Aidilfitri”, “KLfm Orkestra Raya”, “Raya Barisan Hadapan”, drama muzikal “Coklat Chip Boom Boom Raya”, dan “Teh Tarik 1 KLfm Istimewa Raya”.   

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam