Skip to main content

BUDAK TEBING 2 BERHADAPAN ISU KEKELUARGAAN DAN PENDERAAN





 Mencatatkan rekod gemilang dengan 10 juta penonton sepanjang siaran 13 episod di slot Lestary TV3 dan melebihi 9 juta jumlah tontonan digital di Youtube TV3 Malaysia dan Drama Sangat ketika bersiaran dari 11 Mac hingga 9 April 2020, Budak Tebing terbitan Country & Universal Sdn. Bhd. kembali dengan musim baharu bersama-sama barisan pelakon utamanya.


Budak Tebing 2 akan mengisi slot Lestary bermula 18 Jun, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9:00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3. 

Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader, nukilan skrip oleh Janjira, PGR’s team dan Sofia Aliza menyaksikan reunion Adam Lee (Arif), Aedy Ashraf (Tongki), Eyka Farhana (Ira), Bella Dowanna (Laura), Fariz Isqandar (Yoyol) dan Firdaus Ghufran (Talam). Musim baharu ini turut dijayakan oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Fauzi Nawawi (Afendi), Pablo Amirul (Pablo), Syafie Naswip (Paan), Zarina Zainuddin (Sabrina), Nellisa Nizam (Maria), Imran Aqil @ Ijeebster (Pijoy) dan ramai lagi. 


Drama bersiri Budak Tebing yang mengambil pendekatan masalah sosial dalam kalangan remaja mendapat perhatian dan ikutan ramai sejak disiarkan. Menurut Feroz Kader, pengarah Budak Tebing 2, “Sebenarnya saya terkejut mendapat tawaran untuk mengarahkan musim kedua. Saya tidak sangka bahawa Budak Tebing mendapat sambutan hebat ketika disiarkan pada tahun lepas. Terima kasih atas penghargaan yang diberikan kepada semua yang terlibat dalam produksi Budak Tebing. Di musim baharu ini, kami dapat melihat perubahan watak-watak budak tebing yang lebih matang dan penambahbaikan kepada watak Afendi lakonan Fauzi Nawawi dan memperkenalkan watak Pablo yang dijayakan oleh Pablo Amirul.”


“Budak Tebing yang dilabel sebagai budak bermasalah, jika diberikan bimbingan, mereka pasti akan kembali ke jalan yang benar. Itulah mesej utama yang kami ingin sampaikan. Kami difahamkan Budak Tebing amat diminati dalam pelbagai lapisan umur. Jadi, kami berharap Budak Tebing 2 dapat membuka mata penonton tentang isu penderaan kanak-kanak, jenayah dan kekeluargaan yang kami paparkan,” tambah Feroz. 


Budak Tebing 2 ialah kisah kesinambungan Budak Tebing dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba. 

Laura membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Budak Tebing 2 menerusi slot Lestary TV3 mulai 18 Jun 2021, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9:00 malam dan perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama ia ke udara di seluruh Malaysia. Apabila disiarkan kelak, siri drama ini berserta sari kata dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan dapat diakses untuk ditonton oleh semua untuk percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store atau melalui http://bit.ly/iQIYI.


Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQiyi telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan mencapai pertumbuhan pengguna lebih 15 kali ganda berikutan sambutan hangat yang diterima selepas memulakan penstriman kandungan tempatan. Dengan hasrat untuk menjadi platform destinasi bagi para pengguna yang mencari hiburan yang berkualiti serta topikal dan pengalaman digital yang lancar, para penonton juga berpeluang mengakses koleksi persembahan Korea, China dan tajuk-tajuk anime yang terkini dan paling popular.


Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 


Comments

  1. So in case you are a fan of playing and play on the newest on-line casinos often, then we've ready for you ten excellent playing films. Internet casinos provide various extras – deposit/no deposit/welcome, etc. It’s important to keep in mind that|do not forget that} to withdraw them, gamblers are to 1xbet korea wager a definite quantity.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam