BUKAN SUMBANG TAPI ‘CONFIDENT’ LEBIH HUJUNG MINGGU LEBIH ‘HAVOC’ DENGAN TRIO SUMBANG SUARA!
Sumbang dalam nyanyian tetapi bakal diberikan habuan hadiah wang tunai? Biar benar?! Ya, peyumbang suara yang mempunyai tahap konfiden tinggi dalam nyanyian berpeluang untuk memenangi hadiah dari TV3!
Namun, ia tidak semudah itu. Jika anda seorang penyumbang suara yang semulajadi dengan tahap konfiden yang tinggi serta dapat memberikan gaya persembahan yang mantap, barulah anda berjaya dapat ‘kelulusan’ daripada Dato’ Awie dan Hazama untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM500!
Program hiburan terbaharu di TV3, Sumbang Suara akan mula bersiaran pada malam ini, setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam dan live strim di www.tonton.com.my . Dihoskan oleh Elly Mazlein, program ini menampilkan Dato’ Awie dan Hazama sebagai Wakil Netizen untuk mengenalpasti pemenang yang dapat memberikan persembahan yang paling ‘meletop’ walaupun dia bersuara sumbang.
Program 30 minit ini menyiarkan video - video hantaran yang menghiburkan daripada orang ramai. Hanya 5 video terpilih akan disiarkan pada setiap episod dan hanya satu pemenang akan dipilih. Pemenang itu juga akan dihubungi menerusi panggilan video untuk berinteraksi dengan Tok Tizen (Dato’ Awie) dan Bang Tizen (Hazama).
Pencarian peserta Sumbang Suara telah berlangsung pada bulan March 2021 secara atas talian. Pihak produksi mencari bakat-bakat luar biasa berumur seawal 6 tahun hingga 60 tahun yang semulajadi ‘sumbang’ nyanyiannya. Dia perlu mempunyai keyakinan yang tinggi, yakin bahawa nyanyian itu boleh menghiburkan sehingga ramai yang tak keruan mendengarnya! Mereka yang berminat hanya perlu muat naik video nyanyian sumbang berdurasi 1 minit dan berserta #sumbangsuara di akaun Instagram dan pastikan tetapan akaun adalah umum.
Teruskan berhibur dengan trio Sumbang Suara iaitu Elly Mazlein, Datuk Awie dan Hazama pada setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam di TV3 dan live strim di www.tonton.com.my. Sumbang Suara menampilkan Hot FM sebagai Rakan Radio. Gunakan #SumbangSuara untuk merancakkan perbualan di laman media sosial.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.
Comments
Post a Comment