CERIA POPSTAR KEMBALI MEWARNAI INDUSTRI SENI TANAH AIR DENGAN PENGISIAN HIBURAN DAN KOMEDI TERHEBAT
Saluran
No. 1 Kanak-Kanak di Malaysia, Astro Ceria kembali menghiasi minggu anda dengan membawakan program
televisyen realiti bakat nyanyian kegemaran ramai, ‘Ceria Popstar’, pada
setiap hari Rabu mulai 9 Jun ini, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro
Ceria (611) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand
untuk pilihan yang lebih fleksibel. Menariknya lagi, konsert pembuka tirai pada
9 Jun ini juga akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Prima (105).
Pertama
kali dilancarkan pada tahun 2013, program yang bakal bersiaran di musim
kelima ini kekal menjadi platform utama pilihan bakat-bakat cilik tanah air
untuk mempersembahkan kehebatan nyanyian masing-masing seterusnya membantu
menggapai cita-cita mereka untuk menjadi sebahagian dari pelapis industri seni
di masa akan datang.
Seramai
10 orang peserta bakal beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat
nyanyian masing-masing seterusnya merebut gelaran terulung, ‘Juara Ceria
Popstar 2021’ dan membawa pulang hadiah kemenangan berbentuk wang tunai!
Juara musim ini akan membawa pulang wang tunai sejumlah RM20 ribu
beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua, ketiga dan
keempat pula masing-masing akan memenangi RM15 ribu, RM10 ribu dan
RM5 ribu beserta trofi. Terdahulu, Astro Ceria menerima lebih dari
seribu penyertaan dari pelbagai lapisan latar belakang bakat-bakat cilik berusia
di antara 7 hingga 17 tahun yang dihantar secara atas talian dari 23 Mac
hingga 3 April dengan menggunakan tanda pagar rasmi #CeriaPopstar2021.
Sesi uji bakat tertutup kemudiannya telah diadakan selama dua hari, 10 dan 11
April di sebuah hotel di ibu negara.
*Rujuk
lampiran untuk profil lengkap peserta ‘Ceria Popstar’ musim ini.
Tambah
menarik, ‘Ceria Popstar’ musim ini tampil lebih hebat dan
unik apabila menyuntik elemen kolaborasi mega dengan program-program terhebat
terbitan Astro seperti ‘Maharaja Lawak Mega’ dan ‘Gegar Vaganza’.
Menggabungkan genre komedi yang sarat dengan gelak tawa, program ini
menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih segar dan kompak serta diyakini
mampu menawan hati penonton yang sentiasa menginginkan pembaharuan dalam sajian
kandungan yang ditawarkan.
Dihoskan
oleh penyampai radio ERA, stesen nombor satu negara, Danial Zaini
bersama penyanyi, pelakon dan pengacara serba boleh, Shiha Zikir, ‘Ceria
Popstar’ turut membariskan nama-nama hebat sebagai tonggak utama di sebalik
produksi besarnya. Buat julung kalinya, pengacara, pelakon dan pengarah
versatil, Nabil Ahmad tidak lagi mengacarakan program ini, malahan kini
beliau berada di posisi Juri Tetap bersama Dato’ AC Mizal, Elly Mazlein dan
Ernie Zakri. Tugasan Guru Vokal pula dipertanggungjawabkan kepada penyanyi
dan ‘award-winning’ komposer, Hael Husaini dan Juara Gegar
Vaganza (GV) musim kelima, Noryn Aziz. Sentuhan GV terus diperlihatkan
lagi dalam ‘Ceria Popstar’ apabila dua juara (musim kedua dan musim keenam), Siti
Nordiana dan Naqiu diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai ‘Inspirer’
atau idola inspirasi kepada bakat-bakat yang terpilih. Dalam pada itu,
penyanyi, MimiFly pula ditugaskan sebagai Guru Koreografer untuk
membantu dari aspek gerak tari peserta.
Sebelum
itu, di sesi uji bakat tertutup yang diadakan, pelakon dan pelawak popular yang
turut merupakan pemain utama pentas ‘Maharaja Lawak Mega’, Sharif ZERO
terlibat sebagai Juri Utama dan beliau telah ditemani penyanyi dan Naib Juara
GV5, Dia Fadila. Bersama mereka menjurikan sesi tersebut adalah Siti
Nordiana dan juga MimiFly. Episod istimewa ‘Uji Bakat Popstar’ telah
disiarkan secara eksklusif di Astro Ceria pada Rabu, 26 Mei dan 2 Jun, jam 9.00
malam.
KENYATAAN RASMI PENGURUS SALURAN ASTRO CERIA, CECILIA WONG
| ||||
“Sebagai peneraju utama kandungan
hiburan kanak-kanak di Malaysia, Astro Ceria sentiasa berusaha untuk menyajikan
kandungan terbaik bagi sajian seisi keluarga. Salah satu misi utama kami adalah
untuk mencungkil bakat-bakat baharu bagi mewarnai dunia si cilik seterusnya
menggilap bakat mereka ini untuk menjadi salah seorang pemain utama industri di
masa akan datang.
Di penganjuran ‘Ceria Popstar’ musim kali
ini, kami mencari yang terunggul di kalangan terbaik, justeru format kali ini
tampil sedikit berbeza dari musim-musim sebelumnya kerana kami menerapkan
banyak elemen baru yang lebih segar dan memiliki faktor komersial tambahan bagi
menambat hati penonton, bukan sahaja di kalangan kanak-kanak malahan mereka di
peringkat umur dewasa juga. Dalam pada negara kini dalam fasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Astro sebagai salah satu sektor
perkhidmatan penting negara atau ‘essential’ perlu terus berusaha menyajikan
program-program terbaik untuk pelanggan kami di luar sana. Kami perlu peka
dengan saranan pihak Kerajaan yang menyeru agar kita terus berada di rumah demi
mengekang seterusnya memutuskan rantaian COVID-19 yang dilihat semakin
membimbangkan saban hari. Justeru, sajian kandungan yang ditawarkan kepada
penonton perlu lebih segar, penuh variasi dan kreatif serta menarik bagi
membantu menghiburkan hati semua yang menontonnya. Kami juga turut teruja
apabila program ‘Ceria Popstar’ musim ini diraikan dengan kehadiran tenaga
pengajar yang cukup berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Selain dari itu, kami juga yakin,
keputusan produksi untuk menyuntik elemen komedi juga wajar dipuji kerana kami
lihat, aspek gelak tawa dalam sesebuah program memainkan peranan penting dalam
memenangi hati penonton terutamanya di kala dunia sedang mengharungi fasa
pandemik ini. Mudah-mudahan, dengan adanya ‘Ceria Popstar’, ia sedikit sebanyak
mampu mengukir senyuman di kalangan penonton dan mengurangkan sedikit keresahan
yang ada pada diri masing-masing.”
Konsert
Mingguan ‘Ceria Popstar’ akan berlangsung selama lapan (8) minggu, mulai 9 Jun
ini. Berdurasi selama
satu (1) jam untuk setiap episod, keempat-empat Juri Tetap, Nabil Ahmad, Dato’ AC
Mizal, Elly Mazlein dan Ernie Zakri bersama seorang Juri Jemputan akan mengadili setiap
persembahan peserta. Namun begitu, untuk Konsert Akhir kelak, format penjurian
akan dibahagikan kepada dua, yang mana nasib para peserta akan diadili
berdasarkan pemarkahan oleh barisan juri dan undian peminat secara atas talian
di www.astroceria.com.my/CeriaPopstar2021. Laman sesawang rasmi
‘Ceria Popstar’ akan menemui peminat pada akhir Jun ini dan anda boleh membuat
undian untuk Konsert Akhir bermula dari 21 hingga 28 Julai 2021.
Dalam pada itu, Radio ERA tampil
sebagai Rakan Radio Rasmi ‘Ceria Popstar’ untuk musim ini.
| ||||
Comments
Post a Comment