DRAMA BERSIRI ROMANTIK ARAHAN OSMAN ALI AKASIA: MASIH ADA RINDU BERMULA 2 JUN 2021



Insan yang dicintai dengan sepenuh hati, jiwa dan raganya hanya meninggalkan memori indah dalam hidup gadis muda ini. Mereka telah disatukan dalam ikatan yang sah tetapi dipisahkan dengan kematian. Apabila sinar bahagia kembali hadir dalam hidupnya, bersediakah dia membuka lembaran baharu? 


Terbaharu di slot Akasia, drama bersiri 'Masih Ada Rindu' gandingan Farid Kamil dan Mimi Lana akan bersua dengan penonton TV3 bermula pada hari ini (2 Jun 2021), setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. 


Akasia: Masih Ada Rindu diterbitkan oleh Nuansa Sdn. Bhd. merupakan adaptasi daripada novel karya Mimie Afinie. Drama bersiri 16 episod ini diarahkan oleh Osman Ali menampilkan barisan pelakon tanah air


hebat seperti Mimi Lana, Farid Kamil, Dayang Areeda, Halim Radzi, Aishah Ilias, Fahmy Reza, Aleza Shadan, Rahim Jailani dan Kuna. 




Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas, apatah lagi isterinya hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya. Bagaimanakah Hadi dan Syafika mengharungi dugaan dalam melayari bahtera perkahwinan itu?

Hakim melamar Syafika pada hari graduasinya. Ibu Syafika, Zaleha tidak bersetuju kerana tidak mahu apa yang berlaku padanya dahulu, berlaku pada anaknya pula. Ayahnya Saifuddin merestui tetapi Zaleha memutuskan hubungan dengan Syafika. Hakim memberitahu berita perkahwinannya kepada abangnya Hadi. Melihat pada Syafika, Hadi merasakan ada sesuatu yang istimewa. 


Syafika dan Hakim berbulan madu. Hakim menunjukkan sisi romantiknya untuk sambutan hari lahir Syafika yang ke-21. Malangnya, Hakim diserang asma dan menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital. Syafika berada dalam kesedihan yang amat besar atas kematian Hakim. Ibu Hakim, Hajjah Noraini menjaga Syafika dengan baik. Syafika sering salah anggap bahawa Hadi adalah Hakim. 


Hadi semakin tertarik dengan peribadi Syafika. Suatu hari Syafika yang kepenatan pengsan. Hadi menghantar Syafika ke hospital dan doktor memberitahu Syafika sudah mengandung. Syafika mula merasakan Hadi sudah jatuh hati padanya. Syafika cuba untuk melawan perasaan itu kerana masih rindukan Hakim. Hajjah Noraini merestukan, akhirnya Syafika membuka pintu hatinya untuk Hadi. Sudah bersediakah Syafika ‘melepaskan’ Hakim? Bagaimanakah Hadi membuktikan cintanya kepada Syafika?


Lebih istimewa, lagu “Cinta” yang dicipta oleh Hang Nadim dan Bunga Cantik iaitu Akim dan Stacy, nyanyian oleh Marsha Milan Londoh akan menjadi salah satu lagu soundtrack bagi drama Akasia: Masih Ada Rindu.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE