Skip to main content

Jagoan Hip Hop Malaysia DJ CZA, TUJULOCA dan MK Lancarkan Lagu Penuh Makna dan Video Muzik, “VETO”

 


Hip-hop boleh dianggap seperti satu genre muzik yang mampu ‘menyelamat’. Ia adalah bunyian yang membina sehingga menjadi kukuh dan tidak termusnah. Ia mampu menaikkan semangat dan mengajar untuk menentang rintangan. Di kala dunia dilanda pandemik, keselamatanlah yang paling penting untuk kita semua. Oleh sebab itulah  DJ CZA, TUJULOCA dan MK, barisan hadapan jagoan hip hop masa kini telah bersetuju untuk melancarkan “VETO”, keluaran Def Jam Recordings Malaysia.

 

Mereka memberitahu bahawa: Setiap seorang daripada mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan untuk berada di tahap yang mereka kecapi sekarang. Dan satu perkara yang membezakan perjuangan mereka adalah semangat kental yang menghalang mereka dari berputus asa. Saat ditanya apa erti “VETO” pada mereka, mereka semua sepakat mengatakan ia membawa erti ‘kuasa”.

 

Jika fokus untuk mencapai tujuan dan matlamat, sesukar mana pun cabarannya, kita akan berjaya. Seperti yang dijelaskan DJ CZA, “VETO adalah lagu berunsur motivasi, dan rimanya membangkitkan semangat. Ia seolah-olah menciptakan sesuatu daripada kosong dengan cara berfikiran positif dan tidak menoleh ke belakang”. Semangat kental ini ketara dalam lagu ini sehinggalah irama muziknya. Menurut TUJU, “VETO” diilhamkan dari lagu “Dior” oleh bekas bintang hip-hop Pop Smoke. Sebab itu anda akan mendengar gaya dan lenggok dari ‘Brooklyn drill’ dalam “VETO”. Sulaman bass dan perkusi yang digabung dengan baik digarap dengan perisa Asia Tenggara menjadikannya satu karya penuh jiwa yang hebat dengan bunyi yang luar biasa.



 

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan, “VETO” adalah satu peringatan bahawa harapan masih ada. Wakil-wakil K-Clique MK dan TUJU memberikan persembahan terbaik dengan sedikit sentuhan nada gospel, sementara LOCA B menyelitkan secebis keindahan dalam kuasa persembahannya.

 

Korusnya, "Ku memveto, veto / Pusing bulatan metro / Selok belok yang bahaya /Jangan tergopoh-gopoh”, adalah satu peringatan bahawa masa depan di tangan kita. Inilah muzik yang berlanjutan seiring pergerakan badan dan jiwa dengan pelbagai pesanan.

 

“VETO” juga diiringi video muzik arahan Shahrin Bahar, yang juga menghasilkan visual hebat lagu CIAO oleh Joe Flizzow. Dengan tetapan LED 360 darjah, video ini berjaya menzahirkan impak lagu ini ke dalam bentuk visual dengan penuh jaya. Seperti kehebatan audionya, seni visualnya juga canggih dan luar biasa. Ia pasti menarik perhatian dunia umum.

 

“VETO” kini boleh didapati di semua platform pengstriman:

https://DefJamMY.lnk.to/VETO

 

 

TENTANG DEF JAM RECORDINGS SOUTH EAST ASIA

 

Def Jam telah tiba di Asia Tenggara secara rasmi. Hip hop telah wujud di Asia Tenggara sejak beberapa dekad, dan mengubah alur budayanya bersesuaian dengan konteks tempatan, namun syarikat rakaman gah ini adalah pemacu dan pembimbing yang diperlukan untuk membawa budaya ini ke aras yang lebih tinggi. Hip Hop Asia kini satu fenomena global dan sudah tiba masanya untuk kita  turut sama beraksi.

 

Def Jam Asia Tenggara meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, Philippines, Vietnam dan Singapura, dengan senarai artis seperti Joe Flizzow (MY), SonaOne (MY), Abubakarxli (MY), Yonnyboii (MY), SYA (MY), DABOYWAY (TH), Ziggarice (TH), A. Nayaka (ID), Rayi Putra (ID), MukaRakat (ID), Ben Utomo (ID), VVS Collective (PH), ALYPH (SG), ABANGSAPAU (SG), Yung Raja (SG), dan Fariz Jabba (SG).

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam