Skip to main content

“Kuali Sejoli” dan “Choco Hunter”, Terbaharu di TV Okey

 


Sepanjang bulan Jun ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan pengisian program-program yang bakal menyuntik inspirasi anda semua dan menambah info dalam diri anda tentang bermacam perkara termasuklah kemahiran memasak juga info menarik berkaitan tentang produk koko yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia.

 

Kedua-dua program terbaharu ini disiarkan RTM menerusi saluran TV Okey yang boleh diikuti menerusi platform Astro Saluran 146 dan MYTV Saluran 110.

 

Menggabungkan konsep percutian dan masakan bersama-sama selebriti tempatan, saksikan program majalah “Kuali Sejoli” yang telah pun bersiaran episod pertamanya mulai 29 Mei lalu, setiap Sabtu, pukul 10.00 malam.

 


Menampilkan pengacara Qi Razali, program ini mengundang selebriti jemputan dan pasangan termasuklah Wani Hasrita, Didi Astilah, Erwin Dowson, Zulin Aziz, Reen Rahim, Adeline Tsen, Adam Lee, Fizo Omar, Hafidz Roshdi, Farah Hazel, Raja Ilya, Sweet Qismina dan Fikry Ibrahim.

 

Tidak kurang menariknya program diberi tajuk “Choco Hunter” menemui penonton bermula 22 Jun ini, setiap Selasa, pukul 11.00 pagi. Penonton berpeluang mengikuti hos Viviena Alfred mengembara hampir ke seluruh negara untuk mendapatkan maklumat proses penanaman dan pemprosesan koko serta pembuatan coklat.

 

Luangkan masa menyaksikan dua program ini yang juga boleh diikuti menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam