NAIK GABUNGKAN DUA BAKAT SEGAR BELAINAN GENRE

 



Bakat berjiwa besar naungan Def Jam Malaysia bernama Abubakarxli ini bukan nama asing di kalangan rapper atau dunia muzik hip hop.Mula berkongsi bakatdi zaman 'underground' sejak tahun 2013, pemilik nama penuh Mohamad Faiz Mohamad  Yusuf  ini  antara  pelopor  terkini  yang  memperjuangkan  genre  muzik  sinonim  dengan kebanyakan rapperdi luar negara.Pernah menghasilkan beberapa buah  single sebelum ini selainalbum EP, EXACXLI, jejaka berusia 25 tahun  dari  Ipoh,  Perak  kali  ini  mempertaruhkan  lagu  berjudul NAIK.  Tidak  bersendirian,  lagu ciptaannya  bersama  Shazee  Ishak  dan  Tilla  Hanna  itu  turut  menampilkan  penampilan  istimewa 'sekuntum bunga' bernama Shalma Eliana.Lagu bergenre adunan hip hop dan pop itu mengangkat perkataaan NAIKsebagai satu ruang semangat meneruskan perjuangan hidup."Lagu  itu  umpama  motivasi  dan  penyuntik  semangat  untuk  saya  dan  mereka  yang  menikmatinya. NAIKitu  seperti  kita  berusaha  terus  tanpa  mengalah  dan  endahkan  bualan  orang  yang  skeptikal mahupun  meraguinya. NAIKitu  juga  umpama  satu  kata  ganti  kepada  maju  ke  depan.  Orang  bilang kata kata itu doa. Semua yang hidup nak maju dan berjaya. Pilihan kita untuk jadi lebih baik ialah kuat.”"Benar kejayaan itu tak datang sekelip mata. Pasti ada laluan berliku yang datang silih berganti. Saya harap lagu ini dapat dijadikan pembakar semangat semua yang hampir rasa mengalah," katanya.

 


Kata  penyanyi  yang  popular  dengan  lagu  NiNiNi  itu  lagi,  karya  terbaru  berkenaan  juga  cukup  dekat dengannya."Sebagai penyanyi, saya cuba sebaik mungkin untuk bawa muzik yang boleh kita 'relate'. Tambahan dengan situasi getir pandemik COVID-19 dan isu semasa lain, saya harap lagu ini dapat menyuarakan isi  hati  kita.  Satu  cabaran  juga  menulis  lagu  ini  pada  awalnya  kerana  ia  lebih  sarat  dengan  mesej berguna.  Saya ambil  masa dua  minggu juga  untuk memikirkan  rangka dan  bait  lirik.  Namun  apabila sudah datang semangat, semua proses jadi mudah.”"Menerusi lagu ini juga saya buat  kali pertama bekerjasama dengan  Shazee  dan juga Altimet  untuk proses penerbitan. Malah kami masing masing terbuka berkongsi ilmu dan pendapat," katanya.Ditanya  mengenai  Shalma,  Abubakarxli  melihat  penyanyi  dan  pelakon  berkenaan  sebagai  pilihan tepat."Tona suaranya memang saya mahukan dalam bayangan penyanyi wanita yang dicari. Malah saya tak nampak sesiapa lagi selain dia. Kami pantas mencipta keserasian. Ia secara tak langsung memudahkan proses rakaman selain jadi lebih organik," katanya.Kata  Abubakarxli  lagi,  rakaman  video  muzik  juga  sudah  siap.  Manakala  proses  pembuatan  lagu  dan rakaman sekitar September tahun lalu."Video  muzik  lagu  ini  antara  yang  paling  cepat  disiapkan  dan  ia  dibuat  di  dalam  studio.  Kami lakukannya  pada  31  Mac  lalu dengan  menggunakan  konsep  latar  skrin  hijau  dan  diarahkan  Thaqif Saadon. Dia boleh saya sifatkan sebagai pengarah yang genius dan tahu apa yang dimahukan," katanya yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa artis tanah air.Sementara itu, Shalma pula secara peribadi menganggap NAIKsebagai sebuah lagu 'catchy'.



"Sekali dengar terus rasa 'vibes'. Ia lagu yang berbeza pernah saya nyanyikan sebelum ini. Lagu ini ada macam  magnet  kuat  yang  buat  saya  sendiri  terpegun.  Liriknya  juga  sangat  bermakna  danboleh dikaitkan dengan saya untuk terus melangkah dan terbang tinggi walau apa jua cabaran mendatang," katanya.Kata Shalma lagi, sebelum Abubakarxli, dia pernah bekerjasama dengan penyanyi Farriz Jabba."Jadi ini kerjasama sulung saya dengan Abubakarxli. Sebelum ini pernah terbabit dengan penyanyi lain seperti Yonnyboii untuk projek kempen dan juga artis luar negara. Jujur saya senang bersatu dengan Abubakarxli dalam lagu ini. Dia jenis sempoi. Kami pun berkawan, jadi keserasian itu cepat wujud. Dia punjenis membakar semangat kalau saya 'lost'," katanya.Lagu NAIKkini sudahpun tersedia di kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX,  KKBOX,  Deezer  dan  YouTube  Music  manakala  video  muziknya  boleh  ditonton  di  saluran YouTube Abubakarxlipada hari yang sama mulai jam 9 MALAM.TENTANG DEF JAM RECORDINGS SOUTH EAST ASIADef Jam telah tiba di Asia Tenggara secara rasmi. Hip hop telah wujud di Asia Tenggara sejak beberapa dekad,  dan  mengubah  alur  budayanya  bersesuaian  dengan  konteks tempatan,  namun  syarikat rakaman gah ini adalah pemacu dan pembimbing yang diperlukan untuk membawa budaya ini ke aras yang  lebih  tinggi.  Hip  Hop  Asia  kini  satu fenomena global  dan sudah  tiba masanya untuk kita   turut sama beraksi.Def  Jam  Asia  Tenggara  meliputi  Malaysia,  Indonesia,  Thailand,  Philippines,  Vietnam  dan  Singapura, dengan senarai artis seperti Joe Flizzow (MY), SonaOne (MY), Abubakarxli (MY), Yonnyboii (MY), SYA (MY), DABOYWAY (TH), Ziggarice (TH), A. Nayaka (ID), Rayi Putra (ID), MukaRakat (ID), Ben Utomo (ID), VVS Collective (PH), ALYPH (SG), ABANGSAPAU (SG), Yung Raja (SG), dan Fariz Jabba (SG

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL