Skip to main content

NASKHAH ADAPTASI ‘LOVE, ELSA’ TARUHAN TERBAHARU ASTRO RIA

 


Penampilan julung kali Zul Ariffin dan Uyaina Arshad jayakan kisah fantasi cinta di slot Megadrama Astro Ria

FORMAT DAN INFO SIARAN DRAMA ‘LOVE, ELSA’ 

Drama bersiri ‘Love, Elsa’ ialah sebuah karya adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan Acik Lana yang mengangkat genre fantasi cinta terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn Bhd. Drama 24 episod ini diarahkan oleh pengarah prolifik Michael Ang serta turut menampilkan Nadia Khan dan Mamu Vies selaku penulis skrip. Drama ‘Love, Elsa’ bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 15 Jun 2021 menerusi slot Megadrama secara secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.



PETIKAN KENYATAAN RASMI 

Pn Emarina Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria, Berkata biasanya drama cinta yang biasa disajikan kepada penonton sebelum ini, keunikan naskhah ‘Love, Elsa’ terletak kepada konsep kisah cinta santai dengan suntikan elemen magis yang sering diketengahkan dalam drama Korea atau istilah lebih dekat, K-Drama. Penceritaan kisah cinta fantasi seperti ini pastinya memberi kelainan kepada para penonton yang pastinya tertunggu-tunggu buah tangan terbaharu daripada kami selepas berakhirnya drama sensasi ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’. Kesemua barisan pelakon yang membintangi drama ini juga telah memainkan peranan yang cukup bermakna dengan lakonan mantap yang mampu mengagumi khalayak penonton melalui pembawaan watak yang cukup berkesan. Drama ‘Love, Elsa’ juga menjanjikan paparan yang menarik dengan olahan plot penceritaan yang menyeronokkan. Tambah menarik lagi, single terbaharu ciptaan penyanyi dan pelakon terkenal Marsha Milan featuring Fanzi Ruji Khan berjudul ‘Ika Noh’ juga turut diangkat menjadi lagu tema untuk drama bersiri ini. Kami berharap gabungan kesemua elemen-elemen ini mampu meletakkan ‘Love, Elsa’ sebagai sebuah drama yang paling ditunggu sekaligus mencetuskan fenomena yang tersendiri dikalangan peminat drama Melayu. Semoga terhibur!”

Michael Ang, Pengarah Drama ‘Love, Elsa’ “

Keunikan drama ‘Love, Elsa sebenarnya terletak kepada ‘chemistry’ lakonan di antara Zul Ariffin dan Uyaina yang merupakan penggerak utama yang memberi warna kepada drama ini. Pada mulanya saya agak gementar kerana ‘chemistry’ di antara mereka agak lambat untuk muncul. Namun perasaan tersebut tidak lama kerana kegusaran tersebut terus hilang apabila kedua-dua teraju utama saya saling ‘memberi’ dan memudahkan keseluruhan penggambaran. Begitu juga dengan barisan pelakon lain yang masing-masing memberikan kerjasama penuh untuk mendapatkan hasil lakonan yang mantap. Sepanjang penggambaran dijalankan, pelbagai cabaran pahit manis telah kami tempuhi bersama sebagai satu pasukan. Cabaran paling getir adalah kekangan masa dan keselamatan. Pihak produksi juga harus mengejar masa yang terhad kerana kesibukan jadual kerja Zul dan Uyaina yang banyak terikat dengan komitmen kerja yang lain. Kekangan seperti ini memberi impak besar daripada segi jadual dan lokasi. Walau bagaimanapun, kami bersyukur kerana segala cabaran dapat diatasi dan penggambaran juga dapat diselesaikan seperti yang dirancang.”



 TRIVIA DRAMA ‘LOVE, ELSA’ 1

Penggambaran drama ‘Love, Elsa’ mengambil masa 65 hari untuk diselesaikan di sekitar Kuala Lumpur, Perak dan Langkawi. 2. Drama ‘Love, Elsa’ menyaksikan gandingan julung kali Zul Ariffin dan Uyaina Arshad selaku teraju utama. Watak Ammara yang digalasnya merupakan seorang yang ‘introvert’, sering berpakaian pelik dan sentiasa memakai sarung tangan. Untuk mendapatkan ‘look’ yang dikehendaki untuk watak ini, ‘styling’ Uyaina mendapat sentuhan tata rias oleh ‘fashion stylist’ Abu Shaef Hamza. Abu juga turut menyediakan 18 jenis sarung tangan unik yang berbeza untuk mewarnai watak tersebut. 3. Sebelum ini, Uyaina Arshad sudahpun mempunyai pengalaman bekerja di bawah Michael Ang menerusi drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ yang pernah ditayangkan menerusi slot Megadrama sekitar bulan Oktober tahun lalu. Menurut Uyaina, sepanjang bekerjasama dengan pengarah tersebut, Michael merupakan seorang yang amat mementingkan kualiti kerja dan banyak berkongsi ilmu mengenai teknik lakonan yang berkesan. Uyaina juga berasa cukup bertuah kerana mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada beliau. 4. Menurut Zul Ariffin yang melakonkan watak Ridza, antara pengalaman paling manis sewaktu menjayakan penggambaran drama ‘Love, Elsa’ ialah sewaktu babak selam untuk montaj pembukaan yang dilakukan di Langkawi. 5. Drama ‘Love, Elsa’ ini turut menampilkan lagu istimewa bertajuk ‘Ika Noh’ nyanyian Marsha Milan feat Fanzi Ruji sebagai lagu runut bunyi. Lebih istimewa lagi, lagu tersebut juga merupakan ciptaan Marsha sendiri.

BARISAN PELAKON

 ‘LOVE, ELSA’ Zul Ariffin sebagai RIDZA Uyaina Arshad sebagai AMMARA Riz Amin sebagai KAMARUL Ramona Zam Zam sebagai RAMONA Badrul Muhayat sebagai ELYAS Ku Faridah sebagai NENEK AMMARA Zeera Azizi sebagai SOFEA Ikhram Juhari sebagai IMRAN Azhar Amir sebagai TUAN ZAMIR Mona Allen sebagai MADAM QISTINA Iman Suhana sebagai HAMIDAH Nasz Sally sebagai HABSAH Mustapha Kamal sebagai WAHID 

SINOPSIS DRAMA

 ‘LOVE, ELSA’ Alahan? Kedengarannya seperti keadaan biasa yang berlaku pada banyak orang tetapi tidak kepadanya kerana ‘alahan’ itu mengubah hidupnya. Ammara alahan terhadap sentuhan manusia, setiap kali dia bersentuhan dengan kulit manusia lain, dia akan melihat masa lalu seseorang itu. Alahannya menjadi seperti musibah bagi Ammara, penyakit itu tidak ada penawar atau ubat. Ammar membesar menjadi seorang gadis yang mengalami masalah kemurungan. Keluarganya tidak dapat menerima keadaannya dan membiarkannya bersendirian untuk menghadapi dunia. Ketika Ridza muncul, hidupnya mula berubah. Dia mula bercakap dengan orang dan merasa gembira buat pertama kalinya dalam hidupnya. Ridza adalah satu-satunya rakan yang pernah dia ada. Ketidaksempurnaannya menjadi kekuatannya ketika dia menggunakan kelebihannya untuk menolong Ridza dalam menyelesaikan kes pembunuhan ayahnya. Satu demi satu misteri dapat diselesaikan olehnya. 



Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam