Skip to main content

NAUFA TAMPIL DENGAN “PUKAU”



 “PUKAU”, taruhan kedua Naufa untuk berkongsi bakatnya ke dalam industri muzik tanah air. Naufa atau nama penuh beliau Nor Fatihah binti Taib, berkata beliau mula meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi dan banyak menyertai pertandingan-pertandingan nyanyian untuk mencuba nasib dalam industri muzik. Naufa juga merupakan pemenang tempat ketiga rancangan TV3 Malaysia iaitu Lagu Cinta Kita 1 yang berjaya melahirkan sebuah keluarga melalui program tersebut. Tampil dengan genre pop dangdut, lagu dan lirik daripada El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd) ini mengisahkan tentang unsur nasihat kepada gelaran suami di luar sana. Perwatakan Naufa sebagai seorang gadis yang menarik perhatian. Bahasa kasarnya seseorang yang boleh membuat orang tergoda dengan kecantikannya. Disini, menggambarkan mana-mana lelaki yang “mata keranjang” pantang melihat wanita cantik diluar sana walaupun sudah berumahtangga. Mesej yang ingin disampaikan adalah hargai pasangan/isteri yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk menjadikan sebuah keluarga yang bahagia. Disamping, tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Bercerita mengenai single kedua Naufa, beliau berharap lagu ini diterima pendengar dan menyokong permulaan beliau untuk mengembangkan bakat di persada seni. Lirik video rasmi Pukau edaran Media Asia Production Sdn Bhd (Map Music) ini bakal menemui pendengar pada 4 Jun 2021 di saluran Youtube dan juga boleh didapati di kesemua platform digital muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, dan juga Apple Music.



 Kenali Naufa :

1. Merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik.

 2. Tempat kedua dalam Pertandingan Nyanyian Solo Jalan-jalan Sepahtu Sinar Johor tahun 2016 

3. Juara Kategori Duet “Jalan-jalan Sepahtu Sinar Ipoh Perak tahun 2017

 4. Finalist Top 5 RTM Bintang P Ramlee dan Saloma tahun 2014

 5. Tempat ketiga Rancangan TV3 Duet Lagu Cinta Kita tahun 2019 

6. Pernah berlakon dalam Cerita Hantu Malam Raya

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba