‘RAMBANG’SERLAHKAN VERSATILITI SHALMA ELIANA
Tiada istilah puas dalam kamus hidup penyanyi yang
juga pelakon, Shalma Eliana, 21. Baginya setiap hari menjadi ruang meneroka
benda dan pengalaman baru.Malah
sejak tiga tahun
berkecimpung di arena
seni dan kini
melancarkan single keempat
berjudul RAMBANG, adik kepada Shalma Ainaa ini terus tegar ingin
membuktikan survival dan bakat dimiliki.Katanya, selepas single Janji Terindah,
Mahukah Kamu dan Aroma,si cantik manis mesra dengan nama Yana ini enggan statik
di zon selesa. Bahkan dia mahu menyerlahkan sisi versatilnya."Saya macam
orang lain juga akan cuba buat benda yang kita suka. Itulah prinsip dan
pegangan saya. Insya-Allah saya takkan
buat sesuatuhanya kerana orang
lain mahu atau sebab
nak tular mahupun mengecap populariti sekelip
mata.”"Cukup saya kongsi atau bentangkan muzik untuk halwa telinga
pendengar dan peminat yang diriini dengari
dan dinikmati. Jika
ia mengambil masa
sekalipun untuk saya
mencuri perhatian, itu
tidak sesekali mengubah niat perjuangan seni ini," katanya.Mengenai
buah tangan terbarunya bergenre balada itu, ia menjadi karya kedua dendangannya
selepas lagu Aroma yang masih mengekalkan khidmat duo komposer, Mas Dewangga
danFirdaus Rahmat."Tahun lalu, pertaruhan lagu Aroma menggunakan duo
komposer berkenaan ternyata memikat hati saya. Jika Aroma seakan mengangkat
pemerkasaan wanita, RAMBANGpula masih dalam acuan sama cuma membezakannya ialah
cara penyampaian.
Dalam ertikata lain, ia diserlahkan dengan
'attitude' saya sendiri melagukan karya itu dengan penuh keberanian. Seperti saya
berani bersuara dan pilihan
yang ada adalah untuk
terus jadi kuat. Ia juga
secara tidak langsung
menjadikan saya lebih
kuat dan tidak
pantasmengalah dalam apa
saja yang melemahkan,"
katanya.Merakamkan lagu itu
pada 8 Mac
lalu di studio
komposer terbabit di
Damansara, RAMBANG disifatkannya sebagai satu eksperimentasi baru
buatnya."Seperti pemahaman tepat
judul lagu ini
seolah rambang mata atau
dikaburi dengan 'kebaikan' seseorang, RAMBANGboleh saya
katakan bersifat 'dark' namun ada mesej bermakna. Jujur tak sangka yang saya
mampu mengalunkan lagu berentak balada. Lagu ini seolah olah mengeluarkan aura
yang baru dalam diri saya," katanya.Katanya lagi, RAMBANGturut membuka
ruang untuknya jadi lebih terbuka dan
kreatif."Tak saya boleh
nafikan proses rakaman
untuk lagu ini
amat mencabar. Tapi
saya berjaya menghabiskan proses
rakaman dalam tempoh yang tidak lama sekitar dua jam lebih. Kebetulan saya sudah
menghafal lagu itu sekian lama, jadi hanya menyerap emosi dan roh saja dalam
menghidupkan karya berkenaan."Malah
ada melodi tertentu
dalam lagu itu
juga saya tukar
ikut keselesaan dan
kesesuaian. Ada bahagian tertentu
yang buat saya sedikit canggung, namun saya cabar diri untuk melunaskan proses
rakaman sebaik mungkin," katanyaShalma juga optimis buah tangan terbarunya
itu akan diterima. Lebih manis, lagu berkenaan juga bakal menjadi runut bunyi
drama Dia Isteriku di TV Al Hijrah.
"Harapnya
lagu ini boleh
diterima dan dekat
kepada mereka yang
pernah terluka atau
melalui fasa kekecewaan. Namun
harus diingat kesedihan itu jangan terus dijadikan ruang untuk mengalah. Moga
RAMBANGakan menyebelahi nasib saya untuk tahun ini,"
katanya.RAMBANGkini sudah tersedia di
kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX,
Deezer dan YouTube
Music manakala video
liriknya pula boleh
ditonton di saluran YouTube Shalma Eliana mulai jam 12 TENGAH
MALAM pada hari yang sama
Comments
Post a Comment