Skip to main content

RTM Terus Tayang Siri Korea dan Kali Ini Siri Melodrama Romantik “Mask”

 


Menggantikan siri Korea bertajuk “Terrius Behind Me” yang bakal berakhir pada 21 Jun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus komited memenuhi citarasa penggemar siri Korea di Malaysia dan kali ini telah memilih tajuk “Mask”.

Memenuhi slot Asian Screen On 2 setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang, siaran pertamanya pada 22 Jun depan menyaksikan lakonan mantap Ju Ji-Hoon, Soo Ae dan Jeong-Hun Yeon.

Ikuti kisah Byun Ji-sook adalah pekerja di kedai serbaneka dimana keluarganya sedang terbelit dengan hutang. Manakala Seo Eun-ha adalah gadis kaya yang telah bertunangan dengan Choi Min-woo. Mereka kini ditunangkan tanpa adanya perasaan cinta dan semata-mata hanya ingin menyatukan bisnes keluarga mereka.

Namun, walaupun sudah terikat dalam pertunangan, Eun-ha ternyata masih mencintai Min Suk-hoon yang sebenarnya adalah suami kepada Choi Mi-yoon, dimana dia adalah adik tiri kepada Min-woo.

Suk-hoon adalah seorang lelaki yang pandai berpura-pura selalu berusaha terlihat baik di luar tapi dalam diam selalu berusaha membuat Min-woo gila dengan membuat ilusi melalui ahli hipnotis, bahkan memberinya ubat yang membuatnya tak bisa mengawal dirinya. Disebabkan hal itu, Min-woo bahkan sering dianggap tidak waras oleh keluarganya.

Konflik bermula ketika Min-woo sedang makan bersama Eun-ha di tepi kolam renang, Eu-ha tiba-tiba tenggelam di kolam renang dan jatuh koma. Sebelum koma, Eun-ha mengatakan pada Suk-hoon jika dia pernah melihat wanita yang seiras wajahnya dengan dia di sebuah di kedai serbaneka bernama Ji-sook.

Merasa bisnesnya bakal terancam dengan komanya Eu-ha, Su-hoon mencari Ji-sook dan meminta Ji-sook untuk menyamar sebagai Eun-ha. Suk-hoon bahkan mengancam Ji-sook dan menjanjikannya sejumlah wang. Dengan keadaan keluarganya yang dikelilingi hutang, Ji-sook pun menerima tawaran Suk-hoon. Ji-sook pun menjadi boneka Suk-hoon untuk memanfaatkan Min-woo. Ji-sook harus membuat Min-woo jatuh cinta, sehingga apapun yang dia katakan akan diikuti oleh Min-woo.

Suk-hoon yang tidak mahu rancangannya itu gagal, dia kemudian mencampakkan tubuh Eun-ha sebenar yang masih dalam keadaan koma ke dalam laut. Ketika setelah tubuhnya ditemukan, Eun-ha yang sudah jadi mayat kini dikenali sebagai Ji-sook yang sudah lama menghilang. Keluarga Ji-sook pun merasa tertekan dengan kematian orang yang mereka sangka sebagai Ji-sook itu.

Ji-sook yang kini menyamar sebagai Eun-ha, telah pulih sepenuhnya dan akhirnya berkahwin dengan Min-woo. Perkahwinan mereka pun dilakukan hanya demi kepentingan bisnes tanpa adanya rasa cinta. Namun seiring berjalannya waktu, Min-woo merasakan perubahan dalam diri Eun-ha yang dulunya dingin dan angkuh, kini menjadi peramah dan ceria. Min-woo pun dalam diam mulai menyukai Eun-ha tanpa mengetahui jika Eun-ha adalah orang lain. Eun-ha berhasil memikat hati Min-woo.

Penyamaran Ji-sook sebagai Eun-ha tidak selamanya bertahan. Walaupun mempunyai wajah yang seiras dengan Eun-ha, tapi sifatnya yang bertentangan dengan Eun-ha pun mulai menimbulkan kecurigaan. Ji-sook pun harus bertahan dengan berbagai tekanan demi membawa perubahan dalam keluarganya. Bagaimana kisah selanjutnya? Adakah identiti sebenar Ji-sook akan terbongkar?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba