Skip to main content

SARANGHAE BUAT PEMINAT JATUH CINTA PADA MEER

 




Gelaran Oppa Malay yang diberikan kepada penyanyi berusia 26tahunini ketika menyertai program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) tahun lalumembuka lebih banyak ruangdan peluang dalamkerjaya nyanyiannya.Tidak hanya dari segi penampilan, Meer Nash turut memanfaatkan gelaran itu dengan mula berjinak-jinak   dalam   bidang   penciptaan   lagu    apabila   menghasilkan   single   berjudul SARANGHAEyang mengetengahkan muzik dan eleman K-Pop.Bagi   Meer   Nash   atau   nama   sebenarnya Muhamad   Shahmeer   Mohd   Nashrulsingle SARANGHAEyang  diterbitkan  oleh  Universal  Music  Malaysia (UM)  yangdilancarkan  secara rasmi pada 18 Jun ini adalah percubaan dan pertaruhan pertamanya bergelar komposer dan penulis liriksecara serius.Malah, pengalaman itu adalah sesuatu yang berharga buat diri dan kerjayanya kerana segala apa yang diminati dan diinginkan selama ini dapat diterjemahkan dalam lagu SARANGHAE.“Lagu SARANGHAEini adalah  hasil  karya saya  sendiri. Kalau  ikutkan  lagu  ini  bukan  lagu pertama saya. Sebelum ini saya pernah tulis beberapa lagu, tapi saya berasakan masih belum cukup bagus lagi untuk diketengahkan. Namun, apabila saya menulis lagu ini sayasuka dan ia boleh dikomersialkan.”“Alasan kenapa  nak  masukkn  elemen  dan  frasa  Korea  kerana  selepas  ICYVMY  orang  mula panggil  saya  Oppa  Malay.  Jadi  saya  nak  gunakan  identiti  yang  diberikan  itu.  Berdasarkan penampilan  saya,  jadi  keputusan  masukkan  eleman  K-Popdalam  lagu  ini  sedikit  sebanyak menjawab alasan ini.”

SIARAN MEDIA“Saya tulis melodi dulu yang memang ada bunyi muzik K-Pop, dari situ idea muncul untuk lirik dan keseluruhan lagu ini. Dari melodi pertama lagu ini, saya sudah tahu lirik apa yang sesuai. Saya  mahu  buat  lagu  ini  macam  lagu-lagu  lama  Justin  Bieber  yang  memuja  dan  memujuk wanita,” katanya.Walaupun muzik yang ingin dipersembahkan dalam lagu SARANGHAEsesuatu yang digemari, Meer Nash mengakui ia bukan semudah yang disangka apatah lagi ketika ingin menyiapkan lagu ini.“Selepas habiskan bahagian korus, saya sangat suka. Tapi bahagian ‘verse’ yang saya tulis tak berapa  suka.  Jadi,  saya  jumpa  seorang  rakan  juga pemuzik.  Cuma  dia  tak  pernah  tulis  lagu. Saya  ajak  dia  tulis  bahagian  ini  bersama-sama.  Tak  sampai  sejam,  kami  dapat  siapkan  lagu ini.”“Lirik lagu ini pada awalnya sayaberasakosong. Sebab ini pertama kali saya tulis lagu dan lirik. Saya  ada  bertanya  pada  kawan  juga.  Sebab  dia  pernah  menyertai  grup  K-Pop  jadi  dia  tahu cakap Korea. Saya tanya dan minta pendapat dia untuk muzik lagu ini. Dia ada idea tersendiri dan  dia  bantu  saya.  Selepas  siapkan  lagu  ini,  saya  ada  rujukan  idea  untuk  gubahan  muzik lagu.”“Saya bertanya pulapada rakan lain sama ada dia kenal mana-mana penggubah muzik yang boleh  realisasikan  perkara  ini.  Saya  jumpa  penggubah  muzik  dan  ada  tambah  elemen  lain supaya ia lebih menarik. Saya kalau boleh tak nak K-Pop semata-mata. Jadi, bahagian korus ada eleman reggaeton. Saya nak sesuatu yang segar. Banyak kali juga tukar gubahan muzik sebelum dirakamkan,” katanya.Dalam  masa  sama,  Meer  Nash  berkongsi  lagu SARANGHAEitu  dirakamkan  dua  kali  kerana tidak berpuas hati dengan hasil rakaman pertama.“Masa nak pilih lagu untuk single baharu, pihak UM hantar banyak demo lagu. Semua ok, tapi tak kena jiwa saya. Saya nak yang ala-ala K-Popsebab saya percaya dengan muzik ini. Itu sebab saya cuba hasilkan lagu SARANGHAEini dan memang mahu kedepankan elemen ini.”



SIARAN MEDIA“Pertama kali rakam, saya suka ‘vibes’ sebab mudah nak lontarkan vokal. Dengar di studio okay, tapi dengar di rumah macam‘plain’. Sedangkan ketika itu sudah siap ‘mastering’. Jadi, saya minta nak rakam semula dan janji akan lebih baik. Rakaman kedua barulah menjadi.”“Jurutera bunyi yang terbabit pun tahu yang mana kekuatan mereka adalah buat lagu rancak macam ini. Jadi, mereka tanya saya bahagian mana nak tambah harmoni dan lain-lain. Saya kalau  boleh  nak  orang  ingat  bahagian-bahagian  dalam  lagu  ini.  Dari  awal  saya  buat  melodi dan lirik, saya sudah dapat bayangkan susunan lagu ini macam mana. Saya sangat suka dan gembira  dengan  hasil  lagu  ini.  Semua  yang  terbabit  dalam  lagu  ini  berjaya  buat  bahagian mereka,” katanya.Selain tidak sabar menunggu reaksi daripada peminat menerusi lagu SARANGHAEitu, Meer Nash juga teruja untuk beraksi menari dalam video muzik.“Saya bukan penari  profesional,  tapi  perkara  ini  yang  buatkan  saya  nak  buat  dan  belajar. Apabila menyertai pertandingan Chinese Bridge ke-16 di Changsha, Chinapada 2017, di sana ada yang boleh ajar menari dengan cepat. Saya pula jenis yang cepat tangkap.”“Cuma selepas balik ke Malaysia, saya tak menari dah. Saya sudah lupa semua. Tapi apabila masuk kelas menari yang disediakan oleh pihak UM, awal-awal saya sangat letakkan usahauntuk ingat langkah. Dari situ boleh majukan diri dan tak nampak janggal.”“Diakui memang susah tapi lama-lama okay. Apabila buat penggambaran video muzik, saya berharap semuanya okay,” katanya.Mengenai single SARANGHAEitu, Meer Nash menyasarkan kelompok peminat muzik K-Pop kerana yakin lagu SARANGHAEitu mudah diterima selain mesra telinga.“Sasaran  saya  untuk  lagu  ini  adalah  peminat  K-Pop.  Sebab  dalam  negara  kita  ada  ramai peminat  K-Pop.  Jadi,  gelaran  yang  diberikan  ini  saya  nak  gunakan  sebaiknya.  Baik  dari  segi pakaian, mekap dan muzik itu sendiri. Jadi, itu hala tuju saya ketika ini.”



SIARAN MEDIA“Saya  juga  berharap  masyarakat  dan  peminat  muzik  di  Malaysia  suka.  Lagu  ini  sebenarnya mesra telinga apatah lagi melodi sangat mudah diingati. Ini lagu pertama yang saya tulis dan akhirnya dapat dilancarkan. Saya sangat teruja. Saya cabar diri untuk menghasilkan lagu ini.”“Sebelum ini saya tak percaya pada diri yang boleh hasilkan lagu, tapi untuk kali ini saya cuba keluar dari zon itu dan berjaya buat. Tentu saja nak melihat sejauh mana maklum balas orang ramai  terhadap  karya  ini.  Orang  suka  atau  tak.  Keduanya,  saya  tidak  pernah  menari.  Saya harap  peminat  suka  walaupun  akan  ada  kritikan.  Apa  pun  saya  harap  semuanya  berjalan lancar,” katanya.SARANGHAEkini sudah tersedia di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music,  Joox,  KKBOX,  Deezer  dan  YouTube  Music.  Manakala,  video  muziknya  pula  boleh ditonton di saluran YouTube Meer Nash mulai jam 9 MALAMhari yang sama

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam