Skip to main content

"Single Baru Simfoni bersama Ezad Lazim berjudul TERUS Sentuh Isu Ujian Ketika Pandemik Covid-19"



Demi meneruskan langkah dalam industri muzik dan dakwah tanah air, kumpulan Nasyid Simfoni kini mempertaruhkan single terbaru berjudul TERUS hasil ciptaan Fadzli Far East sebagai pencipta lagu dan Ito Lara sebagai penulis lirik. 


Menurut ketua kumpulan Simfoni iaitu Imtiaz, susunan muzik bagi lagu ini disusun oleh Amybong manakala penerbit oleh Fadzli Far East dan Wan Sallehuddin. 


"Untuk Single kali ini, kami turut berkolaborasi dengan penyanyi legenda dari band popular 90-an iaitu Ezad Lazim dari kumpulan Exists" tambah Imtiaz lagi. 


"Kami memilih Ezad sebagai rakan duet kerana lontaran vokal dan aura dimiliki Ezad dilihat mampu memberi rasa dan variasi vokal yang menarik dalam penyampaian lagu yang bergenre pop seperti Ini" Jawab Anas pula apabila ditanya kenapa Ezad Lazim menjadi pilihan duet bersama Simfoni. 


"Lagu TERUS  juga sebenarnya merupakan hadiah dari Fadzli Far East kepada saya atas kemenangan saya menerusi pertandingan nyanyian semula lagu Fadzli Far East berjudul  " Carilah Aku di Neraka" pada tahun 2019 dan saya memilih untuk menyanyikan lagu ini bersama kumpulan saya iaitu Simfoni" tambah Ifham. 


"TERUS sebuah lagu yang munyuntik  semangat kepada pendengar supaya bangkit dan tidak mudah mengalah dalam apa jua situasi sukar yang dilalui dalam hidup. Setiap cabaran yang dilalui harus dijadikan penguat untuk bangkit dan tidak berhenti dalam usaha memperbaiki diri dari segala aspek samaada kerjaya, pembangunan diri ,keluarga,pendidikan dan sebagainya" Ujar Firdaus menjelaskan maksud di sebalik lagu ini. 


Penggambaran video muzik lagu TERUS  dijalankan di sekitar negeri Kedah Darul Aman. Antara tempat menarik yang menjadi pilihan adalah Cafe The Place by DECO Alor Setar, Dewan Besar Ukir Mall Alor Setar, dan Masjid Sharifah Fatimah Jitra yang baru dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Standard Penarafan Masjid Malaysia 2020. 


Ditanya mengenai harapan kumpulan Simfoni terhadap lagu ini, Hazran menjawab "Kami mengharapkan lagu ini akan diterima ramai peminat, khususnya peminat kami sendiri serta peminat irama nasyid dan lagu-lagu ketuhanan, serta dapat mengambil iktibar dari mesej yang kami cuba sampaikan" 


Video Muzik Lagu TERUS boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Records pada 16 April 2021 dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer, Kkbox  atau  menerusi  permintaan lagu di stesen-stesen radio yang ada. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam