Skip to main content

Tertipu dengan 'drama' peserta? Fauziah Latiff tetap tenang mencari kebenaran...



Diselubungi dengan kegagalan YonnyBoii mendapatkan penyanyi sebenar sebagai pasangan duetnya di episod 3, Ratu Lagu Cinta Fauziah Latiff yang menjadi artis jemputan di episod 4 turut berada di situasi yang sangat mendebarkan setelah menyingkirkan tiga penyanyi sebenar dalam pusingan pertama dan kedua!!!


Program hiburan nombor satu di Malaysia, I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan sedang bersiaran untuk musim terbaharunya di TV3, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam di TV3 dan juga strim live di www.tonton.com.my





I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) Episod 4 yang bersiaran pada hari Ahad yang lepas menyaksikan cabaran Fauziah Latiff atau lebih mesra dipanggil sebagai Kak Gee sebagai artis jemputan dalam mengenalpasti siapakah penyamar bersuara sumbang. Beliau dibantu oleh panel penyiasat tetap, Jihan Muse dan Fad Bocey serta Catriona Ross, Maryam You Narae dan Norman Hakim sebagai penyiasat jemputan. 



Para penonton dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh Fauziah Latiff menerusi lagu popular beliau, ‘Dia’. Di pusingan pertama dan kedua, Kak Gee membuat kejutan besar kerana silap dalam percaturan dengan menyingkirkan 3 penyanyi sebenar iaitu penyanyi misteri 2 (Nurul Aisyah Farisha), penyanyi misteri 1 (Aiman Shakimi) dan penyanyi misteri 5 (Yulia Kamelia). Walaupun menyesal dengan pilihannya, Kak Gee tidak lupa untuk memberikan nasihat dan tips kepada ketiga-tiga bakat muda ini yang masih jauh perjalanan dalam mengejar cita-cita mereka. 


Memasuki pusingan ketiga, Kak Gee tetap tenang dalam membuat penilaian beliau dan tidak terpengaruh dengan kata-kata manis daripada Norman Hakim, Jihan Muse dan Fad Bocey yang mempertahankan penyanyi misteri masing-masing. Penyanyi misteri 4 iaitu Muhammad Hazil Luqman menjadi pilihan Kak Gee untuk disingkirkan dan terbukti dia ialah seorang penyamar bersuara sumbang!  


Hanya tinggal dua orang penyanyi misteri untuk merebut peluang ke pusingan akhir. Antara seorang penjaga boling dan pembantu terapi kanak-kanak autisme, bukti manakah yang lebih menyakinkan Kak Gee bahawa dia ialah seorang penyanyi sebenar? Walaupun majoriti daripada panel penyiasat menyarankan Kak Gee untuk memilih penyanyi misteri 3 untuk menjadi pasangan duet tetapi Kak Gee tetap dengan pendiriannya. 


Penyanyi misteri 3, Muhammad Dzulqarnain, 22 tahun dari Kuantan yang memilih lagu Hazami ‘Kata’ untuk persembahannya akhirnya menepati ramalan Kak Gee bahawa dia ialah seorang penyamar bersuara sumbang. Muhammad Dzulqarnain ialah seorang pelajar pentabiran kesihatan yang ceria dan bersikap optimis! Kak Gee turut mengatakan yang penting ‘enjoy’ dan mendapat pengalaman.  


Sebelum memulakan persembahan, Kak Gee sempat berpesan kepada Mohamad Fadli supaya ‘nyanyi elok-elok tau’ kerana air muka penyanyi misteri ini yang bercerita menjadi faktor Kak Gee untuk memilihnya. Suasana studio terus bertukar menjadi ceria dengan nyanyian lagu ‘Suka-suka’ dengan paduan suara Kak Gee dan Mohamad Fadli yang hebat. Malahan Fadli juga berkongsi dia tidak akan tinggalkan kerja untuk membimbing kanak-kanak autisme sekiranya mendapat peluang untuk bergelar penyanyi kerana kerja itu membawa rezeki kepada keluarganya. Catriona Ross yang juga ibu kepada anak autisme juga memberikan penghargaan atas sumbangan Fadli kepada golongan istimewa ini. 


ICSYVMY4 dihoskan oleh Sean LJE dan Shuk Sahar menampilkan Digi Prepaid sebagai penaja utama, Lazada Malaysia sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial. 


Jangan ketinggalan untuk menonton I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) pada setiap hari Ahad, 9.00 malam di TV3. Episod seterusnya akan menampilkan Aina Abdul sebagai artis jemputan manakala Azlee, Wahid dan Mazlan yang popular dengan sitkom Senario sebagai penyiasat jemputan. 


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba