Skip to main content

“ANGKARA #PUKAUDANCECHALLENGE, NETIZEN MENGAMUK JIKA BUDAK BAJU KUNING DITERIMA SEBAGAI PEMENANG”



 Taruhan kedua Naufa untuk berkongsi bakatnya ke dalam industri muzik tanah air. Naufa atau nama penuh beliau Nor Fatihah binti Taib, merupakan pemenang tempat ketiga rancangan TV3 Malaysia iaitu Lagu Cinta Kita 1 yang berjaya melahirkan sebuah keluarga melalui program tersebut. Tampil dengan genre pop dangdut, lagu dan lirik daripada El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd) ini mengisahkan tentang unsur nasihat kepada gelaran suami di luar sana. Perwatakan Naufa sebagai seorang gadis yang menarik perhatian. Bahasa kasarnya seseorang yang boleh membuat orang tergoda dengan kecantikannya. Disini, menggambarkan mana-mana lelaki yang “mata keranjang” pantang melihat wanita cantik diluar sana walaupun sudah berumahtangga. Beliau berharap lagu ini diterima pendengar dan menyokong permulaan beliau untuk mengembangkan bakat di persada seni. Pelbagai usaha dijalankan bagi mempromosikan single ini, bukan mudah bagi beliau untuk memenangi hati orang ramai. Dengan mencuba nasib untuk menjadikan single ini diketahui ramai, beliau menghasilkan satu content money contest video dari aplikasi Tiktok iaitu #pukaudancechallenge. Mengejutkan, salah seorang peserta merupakan seorang remaja perempuan yang pernah tular dengan satu video daripadanya yang dikenali sebagai “Budak Baju Kuning”. Remaja tersebut telah menghasilkan sebuah video tarian di laman aplikasi Instagram milik beliau lalu video tersebut telah tular ke aplikasi Tiktok milik @idunnolahhh sehingga meraih 1.4 juta jumlah tontonan. Oleh kerana itu, timbulnya kontrovesi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati daripada netizen seandainya pihak penganjur memilih beliau sebagai pemenang. Netizen menunjuk perasaan tidak puas hati dengan menyerang serta ugut di ruang komen Instagram milik sebuah syarikat rakaman yang merupakan penganjur pertandingan tersebut. Selain itu, syarikat rakaman juga telah menerima pesanan melalui Direct Message daripada netizen agar tidak memilih remaja perempuan tersebut. Kejadian ini agak membimbangan pihak penganjur dan juga pihak penyanyi, namun pihak penganjur mengharapkan sokongan yang positif dan berharap netizen tidak melakukan perkara yang merbahaya dan memberi kesan negatif kepada orang lain. Pihak penganjur juga berterima kasih kepada mereka yang sudi menyokong dan menyertai pertandingan ini. Kenali Naufa :

1. Tempat kedua dalam Pertandingan Nyanyian Solo Jalan-jalan Sepahtu Sinar Johor tahun 2016 

2. Juara Kategori Duet “Jalan-jalan Sepahtu Sinar Ipoh Perak tahun 2017 

3. Finalist Top 5 RTM Bintang P Ramlee dan Saloma tahun 2014

4. Tempat ketiga Rancangan TV3 Duet Lagu Cinta Kita tahun 2019 

5. Pernah berlakon dalam Cerita Hantu Malam Raya

 Follow Naufa Instagram: - naufatieha.co - naufaoffical Facebook : Naufa Tieha Youtube : Naufa Tieha Tik Tok : naufatieha.co








Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam