DRAMA ADAPTASI NOVEL ‘SUARA HATI’ ANGKAT GENRE KEKELUARGAAN
Gandingan pertama Syafiq Kyle, Hanna Aqeela selaku pasangan
hero dan heroin menerusi slot Tiara di Astro Prima mulai 19 Julai ini
FORMAT
DAN INFO SIARAN DRAMA ‘DERITA UNTUK BAHAGIA’ |
|
Drama
bersiri ‘Suara Hati’ merupakan
sebuah lagi naskah adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan novelis Anis Ayuni yang mengangkat genre kekeluargaan terbitan Astro Prima dan syarikat produksi Global Film Station Sdn. Bhd.
Drama 13
episod arahan sutradara Emy Suffian atau lebih dikenali dengan nama panggilan Pyan Screw ini turut menampilkan Zetty Alia Dato’ Ramly
sebagai penerbit eksekutif, Dato’ Zaiton
Muhd Jiwa selaku penerbit serta Farah Alya As'ari sebagai penulis skrip.
Kisah ‘Suara Hati’ dibintangi oleh Hanna Aqeela, Syafiq Kyle dan Aidil
Aziz selaku teraju utama serta turut dijayakan oleh barisan pelakon seperti
Zeera Hariz, Afzan A Rahman, Qistina
Khaled, Syahir Shafein, Liza Rafar, Fazlina Ahmad Daud dan YM Dato’ Sri Rezza Shah.
‘Suara Hati’
bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara
eksklusif pada setiap hari Isnin hingga
Jumaat, jam 6.00 petang mulai 19 Julai 2021 di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih
fleksibel.
PETIKAN
KENYATAAN RASMI
Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima
“Melalui pengalaman kami, kekuatan
sesebuah drama dinilai berdasarkan kualiti keseluruhan produksi, naratif
penceritaan dan skrip yang mantap serta lakonan yang bermutu. Kesemua elemen tersebut
perlu seimbang untuk memikat hati audiens.
Selain itu, jika dilihat berdasarkan
kejayaan drama-drama terbitan Astro sebelum ini, format adaptasi sering
mendapat perhatian dan diterima baik sehingga mencetuskan fenomena tersendiri
di kalangan peminat drama Melayu.
Menyuntik strategi yang sama, kami
dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi naskhah adaptasi novel menerusi
drama bersiri ‘Suara Hati’. Pemilihan karya novelis terkenal Anis Ayuni terbitan
Alaf 21 ini untuk diangkat ke dalam bentuk drama adalah berasaskan jalan
ceritanya yang unik dan tersendiri serta dilihat dekat dengan masyarakat kita.
Syabas kami ucapkan kepada semua yang
terlibat dengan pembikinan drama ini terutamanya kepada produksi Global Film
Station kerana berjaya menterjemahkan karya tersebut dalam bentuk visual dengan
baik sekali.
Kami berharap gabungan kesemua
elemen-elemen ini mampu meletakkan ‘Suara Hati’ sebagai sebuah drama yang
paling ditunggu oleh para penonton sekaligus mengumpul kelompok peminatnya yang
tersendiri. Selamat menonton.”
Zetty Alia
Dato Ramly, Penerbit Eksekutif ‘Suara Hati’
“Buat pertama kalinya, saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada FINAS dan
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di atas bantuan yang ditawarkan
kepada syarikat produksi dan pemain industri kreatif menerusi inisiatif PELAKSANA
Dana Kandungan Digital (DKD). Tidak lupa juga kepada Astro di atas kepercayaan
yang diberikan kepada kami untuk menerbitkan karya menarik bagi mengisi slot Tiara
di saluran Astro Prima.
Besar harapan saya agar para penonton
dapat memberikan sokongan padu dan menerima hasil karya terbaharu terbitan
Global Film Station pada kali ini berjudul ‘Suara Hati’ yang akan bersiaran
selama 13 buah episod sahaja. Mesej utama yang ingin disampaikan menerusi drama
ini ialah tentang kebangkitan wanita setelah kehilangan seseorang yang dikasihi.
Ia juga turut berkisarkan pengorbanan seorang abang, suami dan kekasih. Semoga
terhibur!”
TRIVIA
MENARIK DRAMA ‘SUARA HATI’ |
|
1. Keseluruhan
penggambaran drama ‘Suara Hati’ mengambil masa lebih kurang sebulan di sekitar Kuala
Lumpur.
2. Ini
merupakan penglibatan pertama pelakon Syafiq Kyle dalam projek drama bersiri
untuk slot Tiara di Astro Prima.
3. Drama
‘Suara Hati’ menyaksikan pelakon Hanna Aqeela kembali bekerjasama dengan Syafiq
Kyle buat kali kedua. Hanna juga turut dikenali sebagai antara pelakon wanita
yang aktif bermain bola sepak dan futsal. Oleh itu, kesemua babak futsal yang
ditampilkan dalam drama ini dilakonkan sendiri oleh Hanna.
4. Buat
pertama kalinya juga, Syafiq dan Hanna diketengahkan sebagai pasangan hero dan
heroin menerusi drama ‘Suara Hati’. Mereka memegang watak sebagai Harris dan
Hani.
5. Pengarah
Emi Suffian berpendapat gandingan Syafiq dan Hanna mudah mencipta keserasian
sebagai teraju utama dalam drama ini kerana kedua-dua mereka mempunyai minat
yang sama iaitu aktif bersukan serta turut mempunyai jarak usia yang tidak jauh
berbeza. Mereka juga saling mengambil berat dan memahami satu sama lain sebagai
pelakon sekaligus memudahkan lagi proses penggambaran di set.
6. Selain
itu, pelbagai babak menarik juga dapat dijayakan dengan penuh bersahaja kerana
keharmonian yang terjalin di antara Syafiq dan Hanna.
7. Antara
momen menarik yang bakal meninggalkan impak mendalam kepada penonton adalah adegan
ketika pertembungan watak Harris, Hani dan Naim (lakonan Aidil Aziz) di sebuah
kedai kek. Ketiga-tiga pelakon tersebut saling memberi reaksi yang berbeza
perasaan sehingga membuatkan pengarah berasa terkesan dengan babak itu.
8. Antara
babak mencabar dalam drama ini adalah sewaktu penggambaran di set lokasi gelanggang
futsal. Situasi agak sukar dikawal pada ketika itu kerana ramai pengunjung yang
berada di premis futsal tersebut. Namun cabaran tersebut dapat diatasi kerana
Syafiq dan Hanna memang mahir bermain futsal lantas penggambaran menjadi mudah
dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
9. Single
‘Biar Aku Simpan’ nyanyian Bimasakti featuring Oktovia Manrose diangkat
sebagai lagu tema untuk drama bersiri ini.
PECAHAN
WATAK DRAMA ‘SUARA HATI’ |
Syafiq
Kyle sebagai HARRIS
Hanna
Aqeela sebagai HANI
Aidil
Aziz sebagai NAIM
Zeera
Hariz sebagai SURAYA
Afzan
A Rahman sebagai AMIR
Qistina
Khaled sebagai SARAH
Syahir
Shafein sebagai RAMZI
Liza
Rafar sebagai SHA
Fazlina
Ahmad Daud sebagai
KHATY
YM
Dato’ Sri Rezza Shah sebagai
JO
SINOPSIS DRAMA ‘SUARA HATI’ |
Mengisahkan
Hani, seorang pelajar universiti bercinta dengan Harris yang juga aktif dalam
aktiviti sukan. Hani kemudian diperkenalkan ibu bapanya dengan Naim, seorang
pensyarah sambilan di universitinya. Hani dan Naim mula mesra apabila Naim mula
menolong Hani untuk projek universiti Hani. Tetapi Hani hanya menganggap Amirul
Naim hanyalah kawan biasa kerana Hani tahu, Naim dalam ada cita-cita untuk
melamar teman wanitanya sebagai isteri.
Kebahagian
Hani dengan Harris tidak berpanjangan apabila Harris dengan tiba-tiba
menghilangkan diri tanpa khabar berita, dan terus membuatkan Hani kecewa. Hani
yang kesedihan kerana kecewa dengan Harris, kemudian mula membuka pintu hatinya
kepada Naim, yang juga baru gagal dalam percintaan.
Harris muncul
semula, tetapi sudah terlewat kerana Hani sudah pun menerima cinta Naim.
Perkahwinan Hani dan Naim bahagia untuk beberapa ketika, namun tragedi yang
menimpa perkahwinan Hani dan Naim telah mula mematahkan semangat Hani untuk
terus hidup. Di saat itu, Harris tiba-tiba muncul semula di dalam hidup Hani.
Comments
Post a Comment