Skip to main content

MEGAT RAHIM TAMPIL DENGAN KUASA DUA

 


Penyanyi remaja berusia 19 tahun ini pernah muncul dengan dua single berjudul Sinar dan Sudahlah.

Malah, kerjasama dengan rapper dan komposer muda, Chubb-E tahun lalu sedikit sebanyak memperkenalkan lagi nama Megat Rahim dalam industri muzik tempatan.

Biarpun kehadirannya masih belum disedari ramai, tapi Megat Rahim atau nama sebenarnya

Megat Abdul Rahim Abdul Razak sudah berjaya mengumpul peminat tersendiri.

Berbekalkan pakej lengkap sebagai penyanyi, genre muzik yang diketengahkan Megat Rahim juga menarik perhatian pencinta muzik tanah air.

Terbaharu, Megat Rahim melancarkan single ketiga, Kuasa Dua hasil ciptaan sepenuhnya oleh Shazee Ishak serentak di semua platform digital bermula hari ini (Jumaat, 4 Jun).

“Lagu kali ini bergenre R&B dan pop. Kenapa genre ini, sebab sebelum ini saya ada keluarkan lagu bergenre Jazz. Jadi, untuk single terbaharu ini saya nak mencuba untuk lagu yang bergenre ‘up beat’ sikit.

“Lagu ini dirakam pada Februari lalu. Ia tidak ambil masa lama sebab saya sudah buat latihan sebelumnya. Kiranya, sebelum masuk studio saya sudah ada persediaan dan  segalanya berjalan lancar,” katanya.

Mengenai lagu itu, Megat berkata, ia mengisahkan bagaimana perasaan cinta dan kasih sayang yang luar biasa ditunjukkan seseorang pada pasangan.

“Lagu ini mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang mencintai seorang wanita dengan kuasa dua yang mana ia dizahirkan secara luar biasa. Itu sebab saya pilih tajuk ini. Lagi pula cinta yang ditunjukkan itu sangat luar biasa.

“Saya yakin dengan lagu ini ia mampu memberikan semangat kepada sesiapa saja untuk mencintai dan menyanyangi seseorang itu dengan sepenuh hati. Dalam masa sama nak mendidik mereka bahawa cinta dan kasih sayang itu tidak boleh dipermainkan,” katanya.

Menyentuh soal populariti yang dilihat masih jauh jika dibandingkan dengan beberapa penyanyi remaja lain, Megat lebih memilih soal kualiti dan bakat.

“Saya percaya populariti seseorang penyanyi boleh menjadikan lagu nyanyiannya diterima. Sebab apabila sudah popular kita menjadi milik khalayak. Dari situ semua penyokong akan suka dengan apa saja kita buat.

“Sejujurnya, saya lebih memilih bakat daripada populariti. Dalam perkara ini mungkin orang lain berpendapat sebaliknya. Cuma, secara peribadi saya berpendapat dan melihat soal bakat perlu diketengahkan kerana ia yang akan membuatkan kita kekal dalam bidang diceburi.

“Populariti itu akan datang dengan sendiri. Malah, ia juga boleh hilang sekelip mata. Apa pun, semua ini adalah rezeki Allah SWT. Saya percaya itu,” katanya.

Ditanya apabila dua single sebelum ini kurang mendapat sambutan, Megat mengakui ada terbit rasa kecewa, namun dia tetap berusaha memperbaiki diri dan tidak mahu berputus asa.

“Sejujurnya, saya agak kecewa kalau orang tak boleh terima lagu kita yang mana kita sudah berusaha sehabis baik untuk lagu itu. Sebab proses rakaman bukan mudah. Kena duduk dan ambil masa lama dalam studio dan nak menghayati lagi lagu berkenaan.

“Tapi, saya sentiasa berfikiran positif. Saya percaya dan yakin masa saya akan tiba juga. Dalam erti kata lain, jangan cepat mengalah dan putus asa. Kena sentiasa positif dalam apa jua perkara. Selain itu, kita kena sentiasa mencuba sesuatu yang baharu untuk menonjolkan lagi bakat yang ada,” katanya.

Menurut Megat, apa yang penting ketika ini adalah strategi dan cara bagaimana dia perlu lakukan untuk memperkenalkan lagu Kuasa Dua itu.

“Perancangan untuk lagu baharu ini, saya akan terus promosikan di media sosial dan kena promo sedaya upaya apatah lagi dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan banyak aktiviti. Saya percaya dengan kuasa media sosial hari ini sedikut sebanyak dapat membantu,” katanya yang ingin berduet dengan Hael Husaini.

Jangan lupa dengarkan dan strim lagu Kuasa Dua di semua platform digital muzik bermula hari ini.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam