Skip to main content

Didi & Friends dan WWF-Malaysia, bekerjasama dalam usaha memberi pendidikan kepada kanak-kanak akan kepentingan menyelamatkan orang-utan

 


Syarikat yang bertanggungjawab mengangkat lagu-lagu popular dan animasi pra-sekolah, Digital Durian dengan sukacitanya melancarkan sebuah lagu baharu berjudul “What Would You Do” bersempena dengan sambutan Hari Orang-utan Antarabangsa pada 19 Ogos, 2021.

Ketua Pegawai Operasi Digital Durian, Hairulfaizalizwan bin Ahmad Sofian menjelaskan bahawa lagu baharu tersebut merupakan kolaborasi istimewa bersama WWF-Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar. “Sebelum ini pada tahun 2020, Didi & Friends buat julung kalinya melancarkan sebuah lagu berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar yang berjudul, “Even I Know That”, bersama dengan “Takkan Tak Tahu”, yang mana kedua-dua lagu tersebut telah menyaksikan penerimaan menggalakkan dan ditonton ramai rakyat Malaysia khususnya, dengan merekodkan jumlah tontonan sebanyak 14 juta di saluran YouTube Didi & Friends.

Mengulangi formula kejayaan dan misi yang sama, Hairul menjelaskan bahawa untuk kali ini, besar harapan kami agar menerusi lagu “What Would You Do”, ia dapat mendidik dan mendorong kanak-kanak untuk turut sama menyedari akan hakikat ‘rumah’ kita ini turut merupakan ‘rumah’ kepada hidupan liar indah yang lain, seperti orang-utan, haiwan yang berasal dari hutan hujan di Malaysia dan Indonesia. Kanak-kanak perlu diberikan pendidikan awal untuk sama-sama bergandingan memelihara haiwan-haiwan yang hampir pupus dan kita tidak boleh memusnahkan habitat sedia ada mereka. Lagu ini turut didatangkan dalam Bahasa Melayu, “Buatlah Sesuatu”, dengan objektif utama untuk menyeru peminat-peminat Didi & Friends khususnya, turut sama membantu memelihara orang-utan. Kami akan menggunakan watak animasi kami, Pak Atan sebagai duta untuk mendidik peminat-peminat cilik kami mengenai kempen ini.”



Muzik video ini akan menceritakan kisah orang-utan cuba menyelamatkan diri masing-masing dari hutan yang didiami mereka, dengan latar dramatik memperlihatkan jentolak dan kenderaan pengorek menghancurkan ‘rumah’ sedia ada mereka, dan memusnahkan pokok-pokok di sekelilingnya. Walaupun orang-utan diancam oleh kemusnahan dan pemecah-belahan habitat, WWF-Malaysia tetap teruja untuk memaklumkan di sini bahawa, dengan kerjasama dan sokongan rakan-rakan strategik dan mereka yang berkaitan, jumlah keseluruhan orang-utan di Malaysia kini adalah stabil. Terima kasih diucapkan kepada anda semua. Kejayaan ini dicetuskan oleh usaha pemuliharaan yang dilaksanakan oleh banyak pihak, penjagaan hutan oleh pihak badan pengurusan berkaitan, dan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan untuk memupuk kesedaran ramai akan kepentingan memelihara hidupan liar. Demi memastikan jumlah orang-utan yang diselamatkan ini kekal berada pada paras stabil, kita perlu pastikan usaha murni ini diteruskan dari masa ke masa.

Dalam pada itu, Pengarah Kreatif Didi & Friends, Khairul Ammar, berkata, “Kami menggunakan latar lagu yang ‘catchy’, senang untuk diingati, disertakan dengan lirik yang ringkas dan animasi yang penuh dengan warna-warni agar ia dapat menepati citarasa kanak-kanak yang menontonnya. Kami menggunakan karakter seekor anak orang-utan, agar ia mampu memudahkan penonton kanak-kanak memahami dengan lebih jelas isu yang dihadapi orang-utan, dari kaca mata haiwan ini sendiri. Lagu ini menyeru kanak-kanak untuk berfikir dan bertindak sama membantu memulihara haiwan liar ini. Menerusi kolaborasi bersama WWF-Malaysia ini, kami berharap agar dapat menyasarkan lebih banyak pihak, dan mudah-mudahan di masa hadapan, kita akan memiliki persekitaran yang lebih hijau, segar, dan mampu menyelamatkan lebih banyak haiwan untuk tatapan generasi akan datang.”

“Kami ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada Digital Durian di atas usaha mereka membantu memupuk kesedaran dan sokongan di kalangan orang awam akan kepentingan memulihara haiwan seperti orang-utan dengan cara pendekatan yang lebih menyeronokkan menerusi sebuah lagu istimewa dengan pembabitan watak-watak animasi Didi & Friends. Kita semua perlu bergandingan bahu dan bekerjasama untuk melindungi hidupan liar terutamanya yang makin pupus seperti orang- utan Borneo ini, kerana haiwan ini mempunyai keutamaan penting dalam rantaian ekosistem perhutanan. Untuk makluman, orang-utan bertindak sebagai penyebar biji benih. Kita memerlukan hutan yang bersih dan sihat, demi memastikan kita semua mendapat pengudaraan yang nyaman, air yang segar, mitigasi perubahan iklim dan bagi tujuan rekreasi,” jelas Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Sophia Lim.



Ketahui lebih lanjut lagi mengenai cara-cara anda boleh membantu dengan pemuliharaan orang-utan dan inisiatif penghutanan semula di wwf.org.my/orangutan

Lagu “Buatlah Sesuatu” akan dilancarkan secara rasminya pada 16 Ogos 2021 di saluran Astro Ceria (CH611). Manakala pelancaran di platform YouTube untuk kedua-dua versi akan diadakan pada 19 Ogos, di saluran YouTube Didi & Friends.

Untuk menggalakkan peminat turut sama bertindak dalam usaha menyelamatkan ‘rumah-rumah’ orang-utan, bersempena dengan pelancaran lagu terbaharu ini, Didi & Friends dengan ini menjemput peminatnya untuk menyertai pertandingan #PokokPakAtan. Peminat cilik dijemput untuk menanam sebatang pokok untuk diri masing-masing atau untuk Pak Atan dan tag penganjur ketika dalam durasi pertandingan. Anda kemudiannya berpeluang untuk memenangi hadiah barangan cenderahati menarik dari Didi & Friends dan WWF-Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan #PokokPakAtan, nantikan pengumuman seterusnya di laman-laman rasmi media sosial Didi & Friends.

 

 

 

 

About Digital Durian

Digital Durian adalah sebuah syarikat animasi Malaysia yang terkemuka, berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam penciptaan kandungan ‘edutainment’ yang menyeronokkan dan bermanfaat kepada kanak-kanak pra-sekolah di seluruh dunia. Dengan jenama ‘Didi & Friends’ dan ‘Omar & Hana’ yang telah menunjukkan perkembangan positif, Digital Durian bersedia untuk mencapai tahap baharu, meluaskan jangkauan dan mendalamkan lagi impak mereka. Kedua-dua jenama ini telah menembusi Asia, Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan juga Afrika.

About WWF-Malaysia

Established in 1972, WWF-Malaysia is part of WWF, the international conservation organisation. Working to sustain the natural world for the benefit of people and wildlife, WWF-Malaysia’s efforts to conserve nature focus on six major goals - forests, oceans, wildlife, food, climate and energy, as well as freshwater – and three key drivers of environmental problems – markets, finance and governance. Our mission is to stop the degradation of the earth’s natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature. For more information: wwf.org.my

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam