DRAMA ‘SIAPA JAGA MAK’ PAPAR INSPIRASI KISAH BENAR DARI SINGAPURA
Sebuah lagi kisah kekeluargaan yang sarat dengan emosi dan penuh iktibar
di Slot Tiara Astro Prima mulai 5 Ogos ini
Drama bersiri ‘Siapa Jaga Mak’ merupakan sebuah naskhah kekeluargaan yang diinspirasikan
daripada kisah benar yang berlaku kepada masyarakat di Singapura. Drama 13 episod yang
sarat dengan emosi dan iktibar ini berkisarkan tentang tanggungjawab dan konflik yang
dihadapi oleh empat buah keluarga dengan latar belakang yang berbeza dalam memberikan
penjagaan yang sempurna untuk ibu tercinta.
Drama ‘Siapa Jaga Mak’ terbitan syarikat produksi yang berpangkalan di Singapura, DV
Studio Pte Ltd ini turut menampilkan dua pengarah handalan dari negara seberang Tambak.
Episod 1 hingga 6 diarahkan oleh Vishali Panch. Manakala episod 7 hingga 13 pula diarahkan
oleh Zulanan Ahmad.
Ia turut dibintangi oleh Aishah Ahmad, Fauziah Zie, Suhaillah Salam dan Fadilah Samsudin
selaku teraju utama di samping barisan pelakon seperti Hasif Nasir, Den Sabari, Fauzah
Mohd Noor, Freda Mel, Iskandar Ismail, Johan Jaafar, Julia Tari, Khairudin Samsudin serta
ramai lagi.
Drama ‘Siapa Jaga Mak’ bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari
Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 5 Ogos 2021 di saluran Astro Prima (105) serta
turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih
fleksibel.
Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima
“Selaras dengan usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan
Astro sebagai destinasi utama kandungan drama Melayu di
Malaysia, kami amat terbuka dan mengalu-alukan naskhah
berkualiti dari dalam dan luar negara khususnya negara
serumpun asalkan pengisian tersebut cukup ramuan penting
untuk disajikan kepada audiens.
Tema dan garapan jalan cerita merupakan antara percaturan
utama yang menentukan kejayaan sesebuah naskhah. Untuk
menyentuh emosi sekaligus memikat cita rasa ramai, kedua-
dua daya tarikan tersebut perlu berkait rapat dan dekat
dengan kehidupan harian masyarakat yang menonton.
Menerusi taruhan terbaharu ‘Siapa Jaga Mak’, kami bawakan sebuah lagi drama
kekeluargaan yang diilhamkan daripada kisah benar di kalangan masyarakat. Mesej utama
yang dapat dijadikan iktibar penonton ialah betapa setiap keluarga menghadapi rintangan
dan konflik yang berbeza apabila menggalas tanggungjawab untuk menjaga seorang ahli
keluarga yang sudah berumur atau uzur.
Kami berharap kelainan penceritaan kisah kali ini yang dibawakan istimewa dari negara jiran
di seberang Tambak dapat memberikan impak yang mendalam kepada emosi para peminat
drama Melayu di slot Tiara. Semoga terhibur.”
SINOPSIS DRAMA ‘SIAPA JAGA MAK’
Menceritakan tentang empat keluarga yang menghadapi pelbagai emosi dalam penjagaan
orang tua. Dapatkah konflik keluarga, masalah kewangan dan peranan berbeza dapat
dileraikan dan menyatukan keluarga ini atau sebaliknya?
Norliza – seorang anak yang terpaksa menjaga ibunya kerana adik-beradik yang lain sibuk.
Dia terpaksa berhenti kerja walaupun baru dinaikkan pangkat. Anaknya yang baru saja
bersalin juga tidak diberi perhatian. Manakala ibunya pula tidak berapa sukakannya.
Mariam – seorang pensyarah yang ingin menjaga ibunya kerana ingin mengelak perkara
buruk daripada berlaku. Tersepit dalam pergaduhan/hubungan di antara kedua-dua ibu
bapanya. Pada masa yang sama, anak-anaknya tidak serasi dengan suami barunya.
Hasanah – seorang wanita bekerjaya yang sibuk menjaga kedua ibu bapa sehingga
melupakan kehidupan sendiri. Dia juga tidak ada menjalinkan hubungan cinta dengan
sesiapa dalam hidupnya dan lebih rela menjaga orang tuanya kerana mahu kejarkan pahala.
Danial – seorang belia yang sibuk dengan kerja sekolah dan masih menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang cucu untuk menjaga neneknya kerana kedua-dua ibu
bapanya sudah bercerai.
Comments
Post a Comment