Skip to main content

FILEM, ‘HUTANG 2D’ FILEM PERTAMA KUMPULAN FLOOR 88



 “Apabila Lukisan Webtoon Jadi Realiti”

Lagu popular Hutang nyanyian kumpulan Floor 88 melakar

kejayaan tersendiri dengan mendominasi carta radio dan televisyen tempatan pada tahun 2019

serta liriknya telah menjadi siulan oleh golongan kanak-kanak hingga orang dewasa. Bait-bait lirik

lagu Hutang juga membawa maksud yang cukup mendalam. Terbaharu, lagu tersebut diangkat

dan dipersembahkan menerusi filem HUTANG 2D. Istimewa buat penonton, Astro Shaw bakal

membawakan filem terbitan Arie Zaharie Production bersama Knack Knack Studios tersebut terus

ke Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 5 Ogos 2021. Menariknya, filem ini

mempertaruhkan bakat lakonan oleh kesemua ahli kumpulan Floor 88, Ayie Elham, Akram K,

Falique Ghazali, Zai Hamzah, Amirul Afeeq dan Eric Fuzi sebagai teraju utama.


HUTANG 2D adalah kemunculan pertama kumpulan Floor 88 menerusi filem dan ia bakal

hiburkan penonton dengan gelagat, aksi dan komedi yang mencuit hati. Terdahulu, Floor 88

pernah pamerkan bakat lakonan menerusi telefilem Kau Roadblock Hatiku (2018) dan Tok Moh

Talent Agency (2019) yang ditayangkan di Astro Citra. Buat watak Ayie yang dijayakan oleh Ayie

Elham, ia memberi cabaran baru buatnya apabila dia perlu melakukan aksi ‘fight’. Namun begitu,

pengalamannya dalam teater serta tunjuk ajar daripada pengarah dan kru sedikit sebanyak

membantu dia menjayakan watak Ayie. Bukan itu sahaja, malah anggota lain Floor 88 iaitu Eric

Fuzi turut melebarkan bakatnya dalam pengarahan filem. Beliau bersama pengarah Irwan Rauf

merupakan pengarah untuk HUTANG 2D.


Selain itu, filem ini juga turut menampilkan gabungan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air serta

pelakon hebat dalam menggerakkan setiap watak. Antaranya, Baby Shima, Black Hanafiah,

Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ropie, Altimet, Wafiy Ilhan dan Coki. Pelakon Ropie sebelum ini

tampil dalam muzik video lagu Hutang dengan watak seorang yang banyak hutang, dan

menariknya watak tersebut telah dikembangkan ke dalam filem dan menjadi salah satu konflik di

dalam penceritaan HUTANG 2D.


FilemHUTANG 2D mengangkat genre komedi, aksi dan fantasi. Ia mengisahkan tentang Ayie (Ayie

Elham), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan bersifat pengecut. Hubungan Ayie dan

ayahnya, Pak Jie (Ropie) tidak mesra, bahkan bakat melukisnya juga sering dipandang rendah

oleh Pak Jie. Itu membuatkan Ayie rasa sedih dan kurang keyakinan, termasuklah memendam

rasa terhadap jirannya, Shima (Baby Shima). Sementara itu, Pak Jie banyak berhutang dan sering

diganggu oleh dua orang gangster, Han (Black) dan Kit (Wafiy Ilhan). Apabila Pak Jie diserang di

rumahnya, Ayie terus menyembunyikan diri. Segalanya berubah apabila Ayie bertemu dengan

Gua Mambang (Altimet) dan telah menghadiahkan sebuah ‘tablet’ ajaib. Ayie mendapati setiap

lukisannya di tablet itu akan menjadi kenyataan. Kemudian, Ayie mencipta rakan-rakan baru

dengan mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa agar dapat membantunya menyelesaikan

masalah hidupnya.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam