Skip to main content

“HAA AAH” ADA MAKNA TERSENDIRI



 Single terbaru dari Kidd Santhe dan DJ Biggie bertajuk “Haa Aah” kali ini tampil istimewa bersama Altimet sebagai rakan duet dan ini antara karya bersama Altimet sebelum mengumumkan kepada peminat dan penyokong beliau untuk berhenti menyanyi. Kidd Santhe yang terkenal dengan barisan rap “ Kidd Santhe A/L Sharukh Khan Haa! ” dan juga duo pertama yang berjaya memasuki finalist AJL-33 untuk produksi lagu Syamel – Kau Pun Sama bersama DJ Biggie adalah penyanyi rap yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air kerana boleh dikatakan semua lagu dan karya beliau sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan pendengar serta peminat-peminat lagu berkonsep urban rap ini



 bersama DJ Biggie. DJ Biggie adalah producer untuk lagu ini dan juga pengasas label Monster Sound yang telah menandatangani Kidd Santhe dan ini merupakan salah satu daripada banyak karya yang telah mereka hasilkan bersama. DJ Biggie juga terkenal dengan hasil karya (production) beliau bersama Joe Flizzow ( lagu : Aku Tak Kenal Mu & Air Mata dari album Havoc), Sonaone album Growing Up Sucks Lagu bertajuk Confirm Ah & Cold ditulis bersama DJ Biggie, dan beliau juga telah bekerja dengan ramai lagi artist Malaysia sejak tahun 2009. Lagu “Haa Aah” dari Kidd Santhe & DJ Biggie

 boleh mula didengarkan di semua digital platform mulai 16 Ogos 2021 dan juga muzik video di YouTube Rusa Music , malah kelainan di dalam muzik video “Haa Aah” kali ini menampilkan artis dibawah naungan Rusa Music yang membintangi Rusa After Class Season 2 iaitu Reedzwann , Aidilia Hilda , Erin Ctj , Haikal Farid dan Boy Azarra Band yang turut serta sebagai ‘cameo’ di dalam muzik video ini , yang berkonsepkan ‘Back To School’ sesuai dengan jalan cerita yang mereka tampikan pada kali ini. Muzik Video ini juga menampilkan sisi kelainan mereka bertiga disamping artis BBNU

 naungan Rusa Music. Ikuti juga perkembangan Kidd Santhe, DJ Biggie & Altimet melalui pautan media sosial Instagram @kiddsanthe @djbiggie @altimet . Akhir sekali pihak Rusa Music berharap lagu terbaru dari Kidd Santhe, Dj Biggie & Altimet “Haa Aah” akan sentiasa mendapat sokongan padu dari rakan-rakan media dan juga peminat muzik tempatan serta mendapat tempat dihati semua pendengar di luar sana seperti Singapura, Indonesia,Thailand & Brunei.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba