IBARATNYA TIADA YANG BAHARU JIKA TIADA YANG LAMA.
SISO KOPRATASA SAMPAI MESEJ MENERUSI LAGU BARU PUISI ‘ALIF’ BAGI TATAPAN DAN HALWA TELINGA ANAK MUDA MASA KINI DI BULAN KEMERDEKAAN
Lagu ini
adalah lagu hasil ciptaan lirik oleh Alim Gutrah dan pencipta lagu nya oleh
Siso Kopratasa. Lagu Alif dimulakan dengan 10 baris puisi yang penuh inti dan
makna. Memaparkan ketinggian seni budaya yang masih memagarkan bacaan
puisi di dalam lagu. Penulis mengambil masa selama 5 minit untuk membina
ruang jejak keseluruhan pengisian lirik setelah membaca kitab tafsir Al-Azhar
tulisan Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali Buya Hamka. Penulis
terinspirasi dengan kehebatan Buya Hamka dalam melayarkan kedalaman tafsiran
ayat 1-5 surah al- Baqarah lalu datang ilham untuk menulis lirik lagu Alif.
Pada Julai 2020 penulis bertemu tanpa
sengaja dengan Siso Kopratasa ketika menghadiri konsert mini amal untuk
mengutip dana kepada Pertubuhan Kebajikan Pondok Motivasi akibat tiga bulan
tidak boleh beroperasi ketika PKP 1.0 .
Perkenalan di situ, Siso Kopratasa
menerima hajat untuk diberikan nafas melodi dan gubahan muzik yang segar dan
menyanyikan lagu ini memandangkan sudah lama beliau tidak mempunyai lagu solo.
Gubahan muzik lagu Alif mendapat sentuhan
En. Hamzan Hj. Hassan dari syarikat Dominant Studio Sdn.Bhd. Seterusnya rakaman
lagu dan video oleh Kashfy Empire Sdn. Bhd.
Menurut penulis - pada dasar awalnya, lagu
ini berikan nama Khalifah Insani. Datangya ilham secara tiba-tiba melihat
perkataan Alif di ruangan tengah perkataan Khalifah. Lalu penulis terdetik
secara ilham, inilah rahsia jati diri orang Melayu terletak pada kekuatan dalam
pengangan kepada ilmu tauhid. Ibarat Alif yang satu, tegaknya berdiri tidak
sesekali condong ke kanan atau kiri. Sifat yang wajib ada dalam diri seorang
pemimpin berjiwa Melayu dan Islam. Jangan sesekali rebah dengan 3 ta iaitu
tahta, harta dan wanita.
Di atas minat pada lirik-lirik lagu
bersifat ketuhanan yang dibawa oleh Sifu M. Nasir, penulis berhasrat agar lirik
lagu ini dapat didendangkan menjadi lagu dan seterusnya berada di bawah rakaman
syarikat Luncai Emas Sdn. Bhd.
Siso telah menulis lagu hampir 500 buah
lagu dan pernah diberikan perlantikan sebagai Pakar Industri Muzik oleh Jabatan
Kemahiran Negara Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Beliau juga merupakan seorang penulis
lirik lagu-lagu patriotik yang aktif. Bermula dengan lagu Keranamu Malaysia,
Jalur Gemilang, Bunga Raya, Satu Malaysia, Malaysia tercinta, Untukmu Malaysia,
dan terbaru Sehati Sejiwa menjadikan Siso seorang penulis lirik yang banyak
menyumbang idea untuk lagu-lagu sempena hari Merdeka. Terbaru ialah lagu rasmi
Wilayah Persekutuan.
Selain itu juga beliau pernah menulis
lirik lagu tema filem Rozanna Cinta 87, lagu-lagu Allahyarhamah Datok Sharifah
Aini dan penyanyi berkumpulan antaranya Bumiputera Rockers, Ilusi, Wings,
Scarecrow hinggalah di era Dato’ Siti Nurhaliza. Lagu terkini Siso
bersama Sani Sudin & Usop (Kopratasa) adalah berjudul ‘Selamat Hari Raya’
(rakaman semula lagu yang dipercayai lagu pertama Hari Raya Aidilfitri Tahun
1936) yang telah lancar Mei 2021 lalu di bawah youtube Luncai Emas .
Ibaratnya tiada yang baharu jika tiada
yang lama. Kita warnai kembali lagu-lagu puisi menjadi tatapan dan halwa
telinga anak muda masa kini.
Dalam video klip lagu Alif mempunyai
banyak falsafah yang boleh dirungkaikan. Memaparkan seorang sang guru dan anak
murid sedang mengaji al- Quran. Kitab al-Quran dijunjung tinggi dan panduan di
dalam kehidupan seharian. , penampilan khas Azmie Zanal Abdeen yang merupakan
bekas pelajar seni tarian ASWARA sebagai penari silat dalam video klip itu.
Disebut tentang pelancaran lagu Alif ini ,
Luncai Emas selaku penerbit mengambil peluang sempena bulan ogos bulan
kemerdekaan selari dengan pengertian & mesej dalam lagu Alif ini untuk
melancarkan video klip di saluran youtube Luncai Emas bermula 13 Ogos, audio
rasmi Alif pula akan dimuat naik ke semua saluran digital mulai 20 Ogos .
Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di
platform streaming, Youtube dan iTunes. Harap mesej dapat disampaikan menerusi
lagu baru puisi ‘alif’ nyanyian Siso Kopratasa ini bagi tatapan dan halwa
telinga anak muda masa kini.
Comments
Post a Comment