Skip to main content

MEER NASH BAWA SERIBU TAHUN KE TIKTOK ?



Lagu berhantu Seribu Tahun dendangan Imran Ajmain sudah berusia lebih sedekad. Malah hingga kini lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama Kerana Cintaku Saerah di TV3 itu boleh dianggap malar segar.Pendek kata irama lagu berkenaan boleh membuai rasa dan menyentuh jiwa. Jadi tidak pelik apabila lagu itu boleh sohor kini di aplikasi TikTok baru baru ini.Lantas   TikTok   bersama   Universal   Music   Malaysia   tampil   dengan   usaha   terus   mengembalikan kegemilangan karya berkenaan dengan memilih Meer Nash untuk menyanyikan semula lagu itu.Bagai  orang  mengantuk  disorongkan  bantal,  keputusan  berkenaan  mengujakan  Meer  atau  nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd. Nashrul."Apabila  pihak  TikTok berkata  lagu  itu  sedang  'trending'  semula  dalam  aplikasi  mereka  dan  ingin menerokai kemunculan semula, saya sendiri terkesima. Iyalah kerana dalam ramai ramai artis, diri ini yang terpilih."Tambah pula saya sendiri secara peribadi meminati lagu berkenaan. Saya percaya bukan diri ini saja yang meminatinya, malah ramai lagi orang di luar sana berasakan hal sama," katanya.Kata  penyanyi  yang  mendapat  jolokan  Oppa  Malay  ketika  menyertai  program  I  Can  See  Your  Voice Malaysia (ICSYVMY) tahun lalu, perancangan menjadikan usaha ini bermula sekitar 29 Mac lalu.

SIARAN MEDIA"Seterusnya  terjadi  perbincangan  antara  TikTok  dan  Universal  Music  hingga  wujudnya  kumpulan WhatsApp.  Malah  dengan  situasi  semasa  pandemik  COVID-19,  mesyuarat  dan  perbincangan  juga dibuat menerusi aplikasivideo Zoom."Saat  itu, perbincangan  juga dilanjutkan  dengan membabitkan  pemuzik untuk  susunan semula  lagu itu, tarikh rakaman dan pelancaran serta sebagainya.Akhirnya lagu itu dirakamkan pada 18 Mei lalu di RMP Production di Damansara Perdana," katanya.Tambah penyanyi lagu Saranghae itu lagi, proses rakaman berjalan lancar."Saya  berjaya  lunaskan  proses  rakaman  sekitar  tiga  keempat  jam.  Tak  saya  nafikan  lagu  itu  sangat meruntun  jiwa.  Perkara  yang  paling  mencabar  untuk  dilakukan  ketika  merakamkan  lagu  ini  ialah  di bahagian harmoni."Nak dijadikan cerita, emosi itu jadi terbawa bawa lagi sebab saya baru saja putus cinta. Jadi barangkali situasi itu memudahkan saya menyelami bait lirik lagu berkenaan," katanya yang enggan larut dengan perasaan kecewa putuscinta.Sempat ditanya apakah dia mengenai pelantun asal lagu berkenaan, Meer mengakui pernah berjumpa Imran beberapa tahun lalu."Saya tidak mengenalinya secara rapat. Tapi pernah berjumpanya dalam acara hiburan ketika lagu itu rancak dipromosikannya."Bayangkan kali pertama jumpa, saya ini bukanlah sesiapapun ketika itu, tapi Imran banyak berkongsi ilmu dan nasihat berkaitan seni. Sejak itu saya terus meminatinya," katanya.Sebagai  komposer,  Meer  juga  sehabis  baik  mendalami  maksud  dalam  lagu  berkenaansekali  gus memudahkan proses rakaman dilakukan.

SIARAN MEDIA"Malah  saya  pernah  merumuskan  lagu  ini  dalam  bentuk  sinopsis.  Daripada  perspektif  saya,  lagu  ini maksudnya  menceritakan  mengenai  kekesalan  dan  rasa  kehilangan  terhadap  insan  tersayang  sama ada ahli keluargaataupun kekasih."Disebabkan  kekesalan  itu  juga,  watak  dalam  lagu  berkenaan  sanggup  melakukan  apa  saja  untuk kembali menambat hati insan yang telah ditinggalkan."Tidak kira berapa lama jangka masa atau betapa jauhnya  perjalanan itu, dia sanggup bertahan. Tiada istilah putus harapan dalam dirinya hingga sanggup mempertaruhkan segala galanya," kata Meer.Dalam  perkembangan  lain,  Meer  masih  rancak  mempromosikan  lagu  Saranghae  yang  diciptanya sendiri."Lagu   itu   dilancarkan   sekitar   lebih   sebulan   lalu.   Buat   masa   sekarang,   saya   masih   terus mempromosikannya."Dalam masa sama, saya juga cuba mencuri ruang mencipta  lagu baru untuk single seterusnya.  Cuma biasalah   lama   terperuk   dalam   rumah,   ilham   itu   tenggelam   timbul.   Otak   pun   tepu,   kreativiti berkurangan."Pastinya saya sendiri tak sabar untuk menantikan reaksi peminat terhadap rendisi lagu Seribu Tahun," katanya.Sementara itu, Ketua Pemasaran, TikTok Malaysia, Cheah Sheau Mei berkata pemilihan  lagu itu dibuat berdasarkan impak tular yang dicatat sejak awal tahun ini.

SIARAN MEDIA"Lagu itu kembali tular di TikTok hingga menembusi carta lagu hit Malaysia di stesen radio ERA dan Hot FM.Setakat ini lagu itu sudah mencapai lebih daripada 41 juta paparan dan 20,000 video dimuat naik di aplikasi TikTok," katanya.Katanya lagi, lagu berkenaan juga masih relevan hingga kini." Lagu Seribu Tahun adalah antara karya hebat yang melonjakkan nama Imran Ajmain. Di tambah pula dengan  impak  drama popular  Kerana Cintaku  Saerah  arahan  Shahrulezad  Mohameddin disiarkan  di TV3 turut diminati ramai," katanya.Pemilihan Meer Nash memberi nafas lagu terbabit juga sejajar dengan pendirian TikTok yang sentiasa membuka ruang kepada bakat baru menyerlahkan potensi mereka."Sejak  dulu  lagi,  TikTok  berdiri  sebagai  platform  kepada  artis  baru untuk  menyerlahkan  kreativiti mereka.  TikTok  berfungsi  untuk  mencungkil  bakat  dalam  bidang  seni  dengan  menyediakan  tempat untuk  artis  baru  sama  kreator  membina  rangkaian  pengikut  dan  sekaligus  berhubung  dengan masyarakat."Meer Nash merupakan salah satu bakat yang kami ingin terus meneroka kebolehan yang dimilikinya. Bakat  dan  populariti  yang  diraihnya  di  TikTok  serta  arus  muzik  perdana  selayaknya  menjadi  isyarat untuk lagu penuh makna ini dihidupkan kembali dengan caranya tersendiri. Meer Nash mempunyai vokal yang cukup merdu dan sesuai memberi jiwa kepada lagu itu," katanya.Dalam  pada  itu,  beliau  melihat  kerjasama  erat  terjalin  antara  TikTok  dan  Universal  Music  Malaysia selama ini perlu diperluaskan tanpa sempadan."Universal  Music  antara  rakan  kongsi kami  sepanjang  tahun  ini.  Baru-baru  ini,  kami  bekerjasama merakamkan  lagu  Kecoh  Raya  buat  rakyat  Malaysia  dan  sama  sama  menemui  bakat  baru  dan berpotensi untuk menjadi sebahagian daripada projek berkenaan.

SIARAN MEDIA"Universal Music memiliki pasukan kerja berpengalaman dan profesional. Malah cadangan diberikan cukup  bernas  dan kreatif.  Jadi kami melihat  kerjasama  terbaru ini  akan  memberi impak  lebih besar kepada komuniti TikTok dan seluruh Malaysia," katanya.Lagu ini boleh didengarkan di kesemua pelantar pentsrimandigital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX,  Deezer  dan  YouTube  Music  mulai  13  Ogos  2021  jam  12  tengah  malam.  Manakala,  lirik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Meer Nash pada hari yang sama


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam