Skip to main content

12 FINALIS PENCARIAN ‘HERO REMAJA 2021’ DIPERKENAL

 


Dato’ Rosyam Nor, Scha Alyahya warnai edisi ke-11 selaku juri tetap. Dewi Remaja 2019, Shaza Bae & Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sahut cabaran galas tugas selaku hos

Pencarian Hero Remaja anjuran Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dengan kerjasama Astro Ria kembali untuk edisi kesebelasnya pada tahun ini dengan misi mencungkil pelapis bakat baharu industri seni di samping menjadi suara baharu kelompok remaja di Malaysia. Sejak dianjurkan bermula tahun 1990/1991, industri seni tanah air selama 31 tahun ini telah diwarnai dengan kehadiran finalis Hero Remaja daripada generasi berbeza. Legasi yang dipegang oleh pencarian ini justeru diteruskan menerusi Hero Remaja 2021. Bukan hanya pakej paras rupa dan fizikal positif yang dicari, ia juga kekal menjadi platform nombor satu bagi mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti berkaliber ke peringkat seterusnya. Ramai nama-nama besar yang telah dilahirkan daripada pencarian Hero Remaja rata-rata telah mengharumkan jenama ini di dunia luar. Antaranya termasuklah juara sulungnya, Esma Daniel (Hero Remaja 1990/1991) yang kekal relevan sebagai pelakon dihormati, Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (Hero Remaja 2001/2002) yang kini menaungi Persatuan Seniman Malaysia, Kamal Adli (Hero Remaja 2007/2008) dan Fattah Amin (Hero Remaja 2011/2012) yang pernah

 mengungguli gelaran bintang paling popular di Malaysia tidak lama dahulu. Tidak ketinggalan, naib juara bagi edisi terdahulu serta barisan finalis lain juga telah berjaya mengukuhkan nama dalam industri seni dan bidang karier lain. Ini termasuklah Ar. Azhar Sulaiman, Norman Hakim, Wan Shahlim, Zawen Anuar, Fizo Omar, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Ben Amir, Ben Ali sehinggalah ke hero generasi baharu seperti Alif Muhaimin, Farhan Asri, 2 Harris Annuar, Ikmal Amry, Nabil Aqil, Safwan Nazri, Adam Yusuf, Nadhir Nasar, Umar Hisham, Meerqeen, Jabir Meftah, Hazeeq Deen, Aniq Suhair, Imran Aqil, Hariz Hamdan dan ramai lagi. Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan

 Kandungan Hiburan Melayu Astro yang mewakili saluran Astro Ria selaku penganjur bersama dan penyiar rasmi program ‘Hero Remaja 2021’, “Selepas hampir dua tahun mendepani krisis Covid-19, umum pastinya jelas mengenai kekangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh seluruh sektor termasuklah industri penyiaran akibat penularan wabak tersebut. Melihat daripada sudut yang positif, kedatangan pandemik mendorong kami melipatgandakan usaha keras secara lebih kreatif, inovatif dan proaktif agar misi penting yang lebih mustahak iaitu membawakan kandungan hiburan berkualiti

 kepada audiens secara berterusan dapat dijayakan. Untuk mencapai sasaran tersebut, kami perlu lebih peka kepada perubahan dan transformasi yang berlaku bagi menyesuaikan diri dengan proses adaptasi norma baharu agar kekal relevan. Selain itu, menganjurkan pertandingan pencarian bakat berkonsepkan realiti seperti ‘Hero Remaja 2021’ pada era yang serba mencabar ini juga menuntut dedikasi dan komitmen tinggi daripada semua pihak, baik yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Syabas saya ucapkan kepada seluruh tenaga kerja terutamanya pasukan produksi kerana berjaya merealisasikan

 penganjuran edisi kesebelas dengan begitu baik sekali. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua finalis yang bertanding. Semoga pencarian edisi kali ini mampu meneruskan legasi penganjuran tahun-tahun sebelum ini.” Mengulas lanjut mengenai penganjuran ‘Hero Remaja 2021’, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Majalah Remaja berkata, “Hero Remaja merupakan sebuah jenama yang banyak melahirkan individu-individu berbakat dan terkenal tanah air sejak tahun 1990 lagi. Tidak kiralah jika sekarang mereka bergelar seorang pelakon, penyanyi, model, hos, DJ radio

 ataupun usahawan, pertandingan ini dilihat sebagai satu titik mula dalam merealisasikan impian mereka untuk melangkah lebih maju di dalam kehidupan terutamanya di dalam bidang seni menerusi populariti yang mereka kecapi. Untuk edisi kesebelas Hero Remaja ini, seramai 12 orang finalis telah dipilih dan mereka akan melalui cabaran yang telah ditetapkan saban minggu sebelum seorang daripada mereka akan diangkat sebagai juara. Sesi pengetahuan am masih lagi menjadi salah satu faktor utama dalam pemilihan finalis kali ini, selain itu mereka juga diuji dengan kebolehan untuk mengacara dan berlakon untuk melihat versatiliti mereka sebagai seorang peserta Hero Remaja. Menerusi setiap episod yang bakal disiarkan nanti, para finalis akan menempuhi cabaran yang menguji mental, fizikal dan juga kebijaksanaan mereka sebagai persediaan untuk bergelar seorang anak seni yang memiliki pakej

 lengkap untuk dipertaruhkan." Untuk pengetahuan, sesi uji bakat yang mula dianjurkan pada Disember 2020 telah dilakukan secara atas talian buat kali pertama dalam sejarah. Ini seiring dengan norma baharu yang 3 ditetapkan oleh pihak kerajaan pada musim pandemik COVID-19 di Malaysia. Sesi tersebut kemudiannya disambung semula menerusi uji bakat secara fizikal dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada April 2021. Di sinilah detik para juri jemputan seperti Dato’ Aaron Aziz, Datin Fouziah Ghous, Norman Hakim, Que Haidar dan Anzalna Nasir mampu melihat dengan lebih dekat kemampuan para peserta daripada aspek berbeza. Satu lagi perkara menarik

 berkenaan penganjuran ‘Hero Remaja 2021’ adalah program pengenalan ‘Prelude Hero Remaja 2021’ menerusi paparan lapan episod di saluran Astro Ria. Sejak ditayangkan pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 13 Julai lalu, penonton telah dapat mengikuti persediaan 12 orang jejaka muda yang telahpun terpilih untuk memenuhi slot finalis. 12 finalis Pencarian Hero Remaja 2021 tersebut ialah AFIQ HAMIDON (20, Selangor), ALIF HAIQAL (21, Kuala Lumpur), AMIR AHNAF (21,

 Terengganu), ARYAN NAIM (24, Negeri Sembilan), AQIL TAQEE (22, Kuala Lumpur), FARHAN NORDIN (23, Johor), FAZZIQ MUQRIS (21, Selangor), IDEEN AZMAN (21, Melaka), MIERUL AIMAN (23, Putrajaya), SYAZANI ZAINAL (19, Selangor), ZAID ERAKAD (23, Selangor) dan ZAIM YAZID (22, Selangor). Manakala program pencarian ‘Hero Remaja 2021’ pula bakal

 menyaksikan pelbagai cabaran utama yang perlu diharungi oleh kesemua 12 finalis bagi melihat potensi dan kelebihan masingmasing sebelum seorang juara dinobatkan sebagai juara pada pusingan final kelak. Program pencarian ‘Hero Remaja 2021’ akan menemui penonton selama lapan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 11 September 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand. Program ‘Hero Remaja 2021’ menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero

 Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos yang akan menceriakan hujung minggu anda. Selain itu, juara Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha Alyahya juga akan kembali ke kerusi Juri Tetap. Sebelum ini, beliau pernah menggalas tanggungjawab itu semasa program pencarian Hero Remaja 2020. Kali ini, Scha akan bergandingan dengan pelakon, pengacara, penerbit, pengarah dan usahawan terkenal, Dato’ Rosyam Nor. Pemilihan Dato’ Rosyam dibuat selepas mengambil kira pengalaman beliau dalam pelbagai cabang bidang seni dan kebolehan beliau menggilap bakat baharu selama beliau bertapak dalam industri seni. Pengalaman bersama-sama 12 finalis ‘Hero Remaja 2021’ ini turut boleh disaksikan menerusi laman digital dan media sosial Majalah Remaja. Mulai 22 September 2021, 8 buah ‘webepisode’ baharu akan disiarkan menerusi saluran YouTube Majalah Remaja sebagai hiburan

 tambahan para peminat yang ingin menyaksikan keletah dan gelagat setiap finalis secara upclose & personal. 4 Untuk pengetahuan, bukan hanya gelaran juara Hero Remaja 2021 yang akan menjadi rebutan. Malah, dua lagi kategori berasingan iaitu Hero Inspirasi dan Hero Favourite juga boleh dibawa pulang oleh mana-mana finalis semasa acara final. Untuk mengundi Hero Favourite bagi edisi ini, anda boleh melayari laman web www.remaja.my/hero pada setiap hari dan menekan butang ‘vote’ pada profil hero kegemaran anda. Undian akan terus dibuka sehingga acara finale. Pencarian Hero Remaja turut meraikan kehadiran penaja, NIVEA Men yang akan mempersiapkan para finalis dan mewarnai lagi intipati program sepanjang musim ini. Bagi mengikuti info terbaru mengenai pencarian Hero Remaja 2021, kunjungi laman web www.remaja.my/hero, Facebook [majalahremaja] dan Instagram [majalahremaja].

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam