Skip to main content

ALYPH MUNCUL DENGAN EP SOLO YANG LAMA DINANTI-NANTI, ‘III/III’



 Selepas memasuki fasa baru dalam kerjaya muziknya lewat lagu-lagu hit seperti ‘Adakah Kau Mendengar’, ALYPH kini tampil dengan sebuah EP baru berjudul, ‘III/III’. Bunyian yang dipaparkan dalam projek ini merupakan hasil kerja kerasnya mempertajamkan kemahiran serta tidak menghiraukan ekspektasi orang lain terhadap dirinya — sebagai seorang bintang rap, penyanyi dan pencipta rentak serta lagu. Ketiga-tiga kualiti ini terserlah dalam EP luar biasa ini, yang bakal menjadi pencetus kepada banyak lagi projek-projek ALYPH di masa hadapan.


Tahun-tahun sebelum ini telah membuktikan kehebatan ALYPH, sebagai seorang artis solo dan penerbit, yang telah bekerja dengan Joe Flizzow, K-Clique, Kaka Azraff, Zizan Razak, De Fam, Adira, serta sebuah album kolaborasi penuh bersama SonaOne. Lagu hit kumpulan K-Clique yang berjudul Mimpi terbitan ALYPH sendiri pada tahun 2019 turut menampilkan dirinya dan kini telah mencecah 45 juta tontonan di YouTube. Hasil kerjanya pada karya Joe Flizzow yang berjudul “CIAO”, dengan penampilan MK dari K-Clique serta bintang rap Korea Jay Park, juga berjaya meraih lebih dua juta penstriman dengan lebih enam juta tontonan di YouTube dalam tempoh setahun sahaja sejak ia dilancarkan. Kesemua kejayaan ini yang tidak termasuk dalam tahun-tahunnya bersama kumpulan SleeQ dahulu, yang telah mencetus cinta mendalamnya buat hip-hop dan R&B telah berjaya merentas sempadan sekitar penghujung tahun 2000-an, sewaktu artis Singapura masih belum terlalu berani bereksperimentasi dengan lebih jauh.




Dalam EPnya ‘III/III’, yang disebut ‘three-of-three’ (tiga pertiga), pencipta lagu berpengalaman ini memberi peluang para peminatnya ‘melihat’ sendiri cara mindanya berfikir, dengan single terdahulu ‘Adakah Kau Mendengar?’ berserta nukilan lewat 'Skali Lagi’ dan juga lagu penutup bertajuk ‘Show Me Colours’. Biarpun ALYPH telah membuktikan kehebatannya dengan berkolaborasi bersama artis tempatan dan serantau, ‘III/III’ merupakan sebuah karya kreatif yang senantiasa mencetuskan idea baru dan mengatasi ekspetasi lama.


“Motivasi saya kala mencipta muzik adalah ia tidak boleh kedengaran seperti apa yang sedang saya dengari sekarang,” kata ALYPH tentang ‘III/III’. Apa gunanya saya berasa seperti ini jika saya terus menghasilkan bahan yang sama?” ‘Adakah Kau Mendengar?’ merupakan satu intaian ringkas tentang apa yang bakal muncul: iaitu satu gabungan R&B murni dengan rentak licik irama trap yang semakin mendalam dan menggoda, seperti mana dalam lagu ‘Skali Lagi’ (‘One More Time’ dalam Bahasa Inggeris). Ia begitu dalam maksudnya dan agak jauh dari bayangan single pertamanya serta lebih berdikari: di mana ia mampu membuat pendengar meruntun dan merasa kesakitan sehingga memberi kesan kepada orang sekeliling.


Dalam ‘Skali Lagi’, ALYPH menggambarkan kepayahan mencari jalan keluar dari kegelapan — bagaimana mudahnya berada dalam keadaan yang membahayakan diri, walaupun ia hanya seketika untuk melupakan duka dan lara.


Video muzik 'Skali Lagi’, akan ditayangkan pada 2 September, 9PM (SGT – waktu Singapura dan Malaysia) di laman Youtube ALYPH. Ia memberi satu bayangan keadaan yang diceritakan tadi di layar tontonan dan menunjukkan gambaran intim sebuah hubungan arahan fidz.bare. Mereka yang sudah terbiasa dengan kegelapan, kemusnahan dan kebergantungan pasti boleh menjiwai karya ini. “Mereka benar-benar saling menyukai, tetapi ada sesuatu yang menyukarkan keadaan,” jelas ALYPH. “Anda boleh rasai ketegangan yang dipapar" . Anda rasa seperti mereka berdua mengetahui yang ia tidak akan terjadi.” 


Dalam alur rangkaian projek ini ‘Show Me Colours’ merupakan cahaya di penghujung terowong. Karya ini seolah memberikan harapan dan penyelesaian, di mana ALYPH berjaya menemukan secebis kemenangan di sebalik kekalutan tadi. Ia juga karya Bahasa Inggeris tunggal ALYPH dalam projek ini. Tentang keputusan untuk menulis di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu, ALYPH berserah kepada naluri dan perasaan. “Saya mula membuat muzik di dalam Bahasa Inggeris,” katanya. “Tapi saya ingin membuat apa sahaja yang terasa betul.”







Inilah pegangan yang membentuk arah seni ALYPH. Malah dia sudahpun sibuk berada di dalam studio untuk merangka bahan baru. “Saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya, tetapi ia bakal menjadi sesuatu yang sangat dekat dengan saya dan apa yang saya lakukan,” usiknya. Yang pasti, ia tidak akan mengecewakan, seperti yang telah ditunjukkan dengan baik dalam ‘III/III’. Era ini merupakan metamorfosis sebenar buat ALYPH sebagai seorang seniman: melupakan masa lalu dan mara jauh ke masa hadapan yang lebih meyakinkan.


‘III/III’ boleh didapati di semua platform digital pada 3 September 2021 dan video muzik rasmi ‘Skali Lagi’ akan ditayangkan secara perdana di laman YouTube ALYPH pada 2 September, 9 malam (waktu Singapura dan Malaysia). 







Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam