ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’
Program realiti ‘ATNMY’ rai semangat
muhibah dan kebersamaan rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun Astro ke-25
Bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun ke-25
dan tanda penghargaan buat para pelanggan yang setia, Astro dengan berbesar
hati membawakan tayangan ‘All Together Now Malaysia’ atau ‘ATNMY’ secara
eksklusif di saluran Astro Ria dan platform digital.
Menepati tagline ‘Bersatu Dengan Lagu’ dan konsep program realiti yang mengangkat semangat muhibah
dan kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia, pentas ‘ATNMY’ bakal dibuka dengan
sebuah episod istimewa Astro ke-25 yang dijadualkan untuk bersiaran secara
eksklusif pada hari Sabtu, 11 September 2021, jam
10.00 malam di saluran Astro
Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro
GO
dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Manakala konsert mingguan selama 10 minggu pula
akan mengisi slot hari Ahad, jam 9.00 malam bermula dengan tayangan konsert minggu pertama
pada 12 September 2021.
Menurut Raqim
Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu
Astro yang
mewakili saluran Astro Ria, “Alhamdulillah, kini segalanya telah selesai dan
kami ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh
semua pihak yang terlibat. Justeru, fokus penting yang menjadi keutamaan
kami adalah untuk bergerak ke hadapan demi memastikan variasi kandungan terbaik
dapat terus disajikan khusus buat pelanggan kami.
Para
penonton bakal disajikan dengan tayangan episod istimewa ‘ATNMY’ secara
eksklusif yang menampilkan bintang-bintang kelahiran program hiburan popular
terbitan Astro seperti Akademi Fantasia, Big Stage, Maharaja Lawak Superstar,
The Masked Singer Malaysia, Gegar Vaganza, Ceria Popstar, Kilauan Emas, Golden
Melodies dan sebagainya. Ini diikuti dengan tayangan musim pertama bermula Ahad
ini selama 10 minggu yang pastinya sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga.”
Untuk makluman, program
realiti ‘ATNMY’ ialah sebuah pertandingan
nyanyian adaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal
dari United Kingdom terbitan BBC One. Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia
dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.
Selebriti
popular, Sherry Al Hadad menggalas tanggungjawab
selaku hos pentas utama. Manakala program kapsul ‘Di Sebalik
All Together Now Malaysia’ pula dikendalikan oleh gandingan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.
Pengacara, Aswad Jalil
dan personaliti media sosial yang ini bergelar pelakon, Norreen Iman pula digandingkan sebagai ‘Hos’ program ‘All Together
Now Malaysia Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu
berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Seramai 50 juri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah
air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon,
pelawak, penyampai radio, pengacara dan personaliti media sosial telah
dilantik untuk mengadili program ini yang diketuai oleh selebriti popular Dato’ AC
Mizal selaku ‘Kapten
Juri’.
Nasib para peserta akan diadili
oleh barisan 50 juri profesional berdasarkan sistem penjurian kalah
mati. Setiap juri mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi
pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY Final’ untuk merebut
gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.
Penerbitan ‘ATNMY’ turut disokong oleh Gempak dan Ria X yang turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA, HITZ dan RAAGA pula hadir sebagai Rakan Radio Rasmi.
SENARAI PENUH BARISAN 50 JURI ‘ATNMY’ |
1.
Dato’ AC Mizal
2.
Syamel
3.
Ernie Zakri
4.
Mark Adam
5.
Noryn Aziz
6.
Erra Fazira
7.
Tuju [K-Clique]
8.
Siti Nordiana
9.
Zizan Razak
10.
Tabby [Dolla]
11.
Khai Bahar
12.
Zizi Kirana
13.
Jaclyn Victor
14.
Linda Nanuwil
15.
Andi Bernadee
16.
Bob Yusof
17.
Nana Mahazan
18.
Shiha Zikir
19.
Sissy Imann
20.
Chubb-e
21.
Mimi Fly
22.
Aina Abdul
23.
Ifa Raziah
24.
Sarah Suhairi
25.
Catriona Ross
26.
Azzam Sham
27.
Dafi Ismail
28.
Ara Johari
29.
Azira Syafinaz [DeFam]
30.
Liza Hanim
31.
Yusuf Bahrin
32.
Angel [Dolla]
33.
Joey Daud
34.
Acong
35.
AzfarHeri
36.
Yaya Zahir
37.
Kelly Azman
38.
Jad Lobo
39.
Harith Zazman
40.
Kaka Azraff
41.
Haniff Hamzah [ERA]
42.
Falyq Hikyle [SINAR]
43.
Ean [HITZ]
44.
Suresh [RAAGA]
45.
Alvin Chong
46.
Daniel Cheang
47.
Vanessa Reynauld
48.
Neeta Manisha
49.
Thanuja
50.
Kidd Santhe
Comments
Post a Comment