Skip to main content

‘Ceria Xtra #DudukRumah’ Janji Pengisian Xtra Segalanya Buat Penonton; Xtra Lawak, Xtra Kecoh, Semua Pun Xtra!



 Dato’ AC Mizal, Nabila Huda, Mark Adam, Sean Lee, Meerqeen dan Zulin Aziz di antara 16 selebriti popular tanah air sahut cabaran menyertai ‘Ceria Xtra #DudukRumah

Dalam pada negara masih lagi berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19, saluran kanak-kanak nombor satu tanah air, Astro Ceria terus berusaha menampilkan sajian kandungan yang bersifat inovatif bagi mewarnai dunia adik-adik seisi keluarga. Terbaharu, dengan kerjasama rumah produksi, Red Communications Sdn Bhd yang sebelum ini turut menerbitkan siri popular ‘Oh My English’ dan ‘SMK’, Astro Ceria tampil dengan Ceria Xtra #DudukRumah, sebuah rancangan permainan atau ‘game show’ yang melibatkan seramai 16 orang selebriti sensasi tanah air seperti Dato’ AC Mizal, Nabila Huda, Mark Adam, Ajak Shiro, Shahrol Shiro, Sean Lee, Sarah Suhairi, Atu Zero, Zulin Aziz, Meerqeen, Norreen Iman, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Bibi Qairina, Coki dan Aisar Khaled. Program berformat ‘family variety’ atau variasi famili ini akan menemui penonton pada setiap hari Jumaat, mulai 10 September 2021, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan dihoskan oleh pelakon / pengacara yang kian meningkat naik, Wafiy Ilhan. Untuk pilihan alternatif, program ini juga boleh ditonton di platform On Demand dan Astro GO pada bila-bila masa, di mana jua anda berada. Dalam setiap episod, dua selebriti popular akan diangkat sebagai Kapten dan mereka akan membentuk kumpulan masing-masing, berlawan / bermain beberapa ‘game’ / permainan, yang dijalankan secara maya, dari kediaman masing-masing. Setiap Kapten akan disertai dengan tiga (3) orang pemain yang 2 dibarisi oleh ahli keluarga masing-masing, kawan dan juga peminat. Terdahulu, pada bulan Julai barubaru ini, setiap Kapten telah membuka penyertaan di kalangan peminat mereka yang mana pemilihan kemudiannya telah dibuat dan peminat yang bertuah tersebut diserap masuk untuk menjadi sebahagian dari keluarga Ceria Xtra #DudukRumah. Memandangkan nama ‘Xtra’ dipilih sebagai tajuk utama program ini, peminat boleh membayangkan pelbagai elemen kejutan disuntik dari satu permainan ke permainan yang seterusnya, bertujuan untuk mencetuskan keterujaan di kalangan pemain mahupun penonton, secara tidak langsung turut menepati tagline yang diberi, ‘Xtra Lawak, Xtra Kecoh, Semua pun Xtra’! Peserta juga akan diuji dengan tugasan mengejutkan menerusi slot ‘Misi Xtra’ yang mana ia dijalankan secara rawak ketika sesi permainan sedang berlangsung dan tugasan ini perlu diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan markah kumpulan ditolak.

 Pengurus Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong, 

berkata, “Keadaan pandemik yang masih melanda negara mahupun dunia ini secara tidak langsung turut memberi tamparan hebat kepada kami, pemain industri kreatif tanah air. Kami perlu berfikiran luar dari kotak dan lari dari kebiasaan demi memastikan penonton dapat terus menikmati sajian kandungan yang segar dan penuh variasi dari masa ke masa. Justeru, cabaran disahut dan kami sekali lagi bergandingan dengan rumah produksi, Red Communications Sdn Bhd untuk menghasilkan sebuah lagi program baharu yang diyakini mampu menghiburkan hati adik-adik sekeluarga, di sebalik musim pandemik ini.

Ceria Xtra #DudukRumah merupakan sebuah program ‘game show’ keluarga yang bersifat interaktif dan boleh dimainkan semula bersama seisi keluarga bagi mengisi masa masing-masing di kala musim pandemik ini. Ia juga bertujuan untuk memberi semangat kepada kita semua untuk terus kuat menempuhi fasa ini. Oleh yang demikian, kami begitu berbesar hati apabila ramai selebriti tanah air menyatakan persetujuan untuk turut terlibat menjayakan program ini, dan peranan mereka sebagai idola di kalangan ramai rakyat Malaysia secara tidak langsung membantu mencetuskan semangat #KitaTeguhBersama di hati kita semua.” Menariknya lagi program ini, ia membenarkan penonton di rumah untuk turut terlibat merasai pengalaman bermain bersama selebriti kesayangan mereka. Dari masa ke masa, pengacara, Wafiy, akan memaparkan Kod QR di skrin televisyen ketika siaran Ceria Xtra #DudukRumah dan penonton hanya perlu mengimbas Kod QR tersebut untuk menyertai ‘Ceria Xtra After Party’ dan anda berpeluang untuk bertemu serta bermain ‘game’ secara maya dengan barisan selebriti. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.astroceria.com.my. Pendekatan unik ini menjadikan Ceria Xtra #DudukRumah sebagai program ‘game show’ variasi famili pertama di Malaysia yang memperlihatkan penglibatan langsung / interaktif penonton dari rumah masing-masing, secara maya. Pengurus Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong, berkata, “Keadaan pandemik yang masih melanda negara mahupun dunia ini secara tidak langsung turut memberi tamparan hebat kepada kami, pemain industri kreatif tanah air. Kami perlu berfikiran luar dari kotak dan lari dari kebiasaan demi memastikan penonton dapat terus menikmati sajian kandungan yang segar dan penuh variasi dari masa ke masa. Justeru, cabaran disahut dan kami sekali lagi bergandingan dengan rumah produksi, Red Communications Sdn Bhd untuk menghasilkan sebuah lagi program baharu yang diyakini mampu menghiburkan hati adik-adik sekeluarga, di sebalik musim pandemik ini. 3 Di antara ‘game’ atau permainan yang akan dimainkan peserta adalah ‘Siapa Lagi Xtra’, ‘Lukis Sarkis’, ‘Keluarga Mithali’, ‘Bisikan Manja’, ‘Lagu Apa Ini’, ‘Emojikan Hidupmu’, ‘Hujung-Hujung Nyawa’, ‘Pape Roger’ dan banyak lagi. Ceria Xtra #DudukRumah yang bakal bersiaran sebanyak lapan (8) episod dan berdurasi selama satu jam setiap episod ini diarahkan oleh Shamyl Othman manakala Lina Tan bertindak sebagai Penerbit Eksekutif. Jangan lupa, saksikan Ceria Xtra #DudukRumah, pada setiap hari Jumaat mulai 10 September 2021, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611) serta di platform On Demand dan Astro GO. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam