Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Bersama Duta, Rozita Che Wan
Tanpa diketahui bilakah wabak Covic-19
ini akan berakhir, kini masyarakat perlu ‘hidup’ bersamanya dengan mematahi Prosedur
Operasi Standard (SOP) iaitu penjarakan sosial
satu meter dan memakai pelitup muka.
Kepada wanita khususnya, pelitup
muka bukan saja dipakai bertujuan
memutuskan rantaian wabak itu tetapi mereka sekarang
menyuaipadankan warna pelitup
muka dengan warna baju.
Mahu bergaya serta menjaga keselamatan
diri, pengeluar pelitup muka terkenal, Himaya
Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya) menepati kedua-dua keperluan
itu, cantik, bergaya dan menjaga kesihatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana
Sdn Bhd, Datuk KK Chua berkata, pelitup muka
keluaran syarikatnya mendapat
sambutan hangat kerana berkualiti dan mempunyai pelbagai warna iaitu Love Latte (coklat
lembut), Soft Olive (hijau pastel), Apricot Dream, Blue Lagoon, Retro Slate, Aster Blue dan Philipsburg Blue.
Himaya juga mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan kelulusan
MDA (Medical Device Authority).
Pelitup muka itu juga dilengkapi
head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop
biasa serta diiktiraf
Asia Halal Brand Awards (AHBA).
Atas permintaan ramai, hari ini Himaya
melancarkan warna baru berasaskan merah samar
iaitu Blush Rose dan melantik
pelakon jelita, Rozita Che Wan, selaku dutanya.
Kata Datuk KK Chua, pelancaran warna baru ini dengan objektif
agar wanita berhijab
masih dapat gaya dan tampil yakin dengan koleksi fesyen pelitup muka terbaru dari Himaya.
“Syarikat mengeluarkan warna terbaru ini kerana terdapat banyak permintaan dan dari semasa
ke semasa kami akan terus mengeluarkan warna-warna baru,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya
juga mahu mendidik
pengguna untuk mendapatkan pelitup muka medikal yang diiktiraf
KKM.
Bagi wanita yang mementingkan gaya dan ketrampilan, tentunya Rozita Che Wan atau mesra di sapa Che Ta tidak mahu ‘mencacatkan’ gayanya dengan memakai
pelitup muka yang tidak sedondon dengan pakaiannya.
Pelitup muka Himaya yang menyasarkan wanita berhijab adalah pilihan terbaik
pelakon itu kerana ia menepati
ciri-ciri untuk wanita bergaya dan dapat menjaga keselamatan diri.
Che Ta berkata,
memakai pelitup muka sudah menjadi kewajiban kepada masyarakat bagi memutuskan rantaian wabak itu.
“Walaupun saya sudah mendapatkan suntikan
vaksin namun kita masih perlu berhati-hati kerana
tidak semestinya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin tidak akan dijangkiti.
“Saya amat mementingkan gaya dan pelitup
muka Himaya ini menetapi kehendak
saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai
pilihan warna, ia juga mendapat
pengiktirafan KKM dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka.
“Pemakaiannya juga amat mudah. Selepas siap sedia untuk keluar, anda boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum
memakai tudung) seperti
pelitup muka jenama lain,” katanya.
Jelas Che Ta, sekarang pelitup muka adalah sebahagian daripada aksesori, kena ‘matching’ dengan warna baju.
Warna baru pelitup
muka ini adalah pilihannya sendiri kerana warnanya
yang lembut senang disesuaikan dengan semua warna baju.
“ Himaya bukan saja menawarkan
pelbagai warna yang menarik, ia juga bergaya, simple, tidak leceh untuk memakainya juga selamat digunakan.
“Saya ada semua warna pelitup
muka Himaya. Pelitup
muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung,” katanya.
Pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta untuk warna baru Himaya melengkapkan barisan duta sedia ada iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali.
Himaya boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watson dan Caring Pharmacy
serta ejen yang berdaftar.
Sempena pelancaran warna baru, Himaya mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA.
Setiap tahun, Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mengadakan Kempen ‘Pink Ribbon’.
Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser
payudara dan keperluan
untuk mendapatkan rawatan awal.
Justeru, bagi menyatakan
sokongan terhadap pesakit barah payudara,
Himaya tampil mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA bermula 7 September hingga 31 Oktober 2021.
Datuk KK Chua berkata, kanser payudara adalah kanser paling lazim dideritai
wanita di negara
ini, khususnya yang berusia antara 45 hingga 64 tahun.
“Namun masih ada yang takut untuk melakukan
pemeriksaan awal bagi mengesan penyakit itu pada peringkat
terawal untuk mendapatkan rawatan.
“Peningkatan kesedaran membolehkan barah payudara dikesan lebih awal dan lebih mudah diubati sekali gus mengurangkan stigma yang berkaitan
penyakit ini,” katanya.
Beliau berkata, ini adalah kerjasama
kali pertama Himaya Dengan MAKNA dan ia akan diteruskan pada tahun berikutnya.
“Kerjasama ini amat bermakna sekali
bagi saya untuk membantu orang ramai mengenai
kesedaran penyakit barah payudara kerana ia menyerang tidak kira
peringkat usia, latar belakang dan bangsa.
“MAKNA dengan slogannya
"Mengingati Makna Kehidupan" (A Meaning to Life) sudah cukup untuk kita mengerti agar sentiasa
menghargai setiap detik berharga dalam kehidupan kita,” katanya.
Sementara itu, Pengurus
Besar MAKNA, Puan Farahida Mohd Farid berkata,
kami amat berbesar
hati kerana dapat berkolaborasi dengan Himaya untuk melakukan kebajikan
ini apabila dengan setiap pembelian
Himaya berwarna Blush Rose dan Apricot Dream, sebanyak RM2 akan disumbang
ke tabung MAKNA.
“Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang,”.
Untuk setiap pembelian
pelitup muka Himaya, RM2 akan disumbangkan kepada tabung MAKNA.
Bagaimanapun, pembelian itu hanya sah dilakukan di laman Shopee: himayamy dan website: himaya.international sahaja.
Pembelian itu juga hanya untuk Himaya warna Blush Rose dan
Apricot Dream kerana asas kedua-dua pelitup muka itu adalah berwarna merah samar bertepatan dengan Kempen ‘Pink Ribbon’ .
Comments
Post a Comment