Skip to main content

SUKE TV umum rangkaian siaran buatan Malaysia untuk semua rakyat Malaysia di mana sahaja, sepanjang masa



 Industri media dan hiburan (M&E) mengharungi pandemik dengan sokongan tidak putus-putus komunitinya dan peningkatan dalam penggunaan media televisyen dan penstriman digital. Dengan pengguna di seluruh negara terpaksa berkurung disebabkan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat peningkatan mendadak pada angka harian penontonan televisyen.

Neilsen Media Malaysia mendedahkan pada 2020, Semenanjung Malaysia terus mencatat angka penontonan televisyen yang membanggakan meskipun di tengah-tengah pandemik ini. Kajian pasaran firma ini mendapati kenaikan 9% pada populariti dan masa tayang televisyen di Malaysia dalam tiga bukan pertama 2020 manakal MCMC  dalam laporan Communications and Multimedia Pocket Book of Statistics merekodkan peningkatan 2.7% (89.0%) pada 2020 berbanding 2019 (86.3%) pada langganan televisyen berbayar dan penembusan per 100 isi rumah. Dalam tahun 2020 sahaja, kadar penembusan langganan televisyen per 100 isi rumah naik dari 87.3% pada suku pertama ke 89% pada suku terakhir. Dalam penerbitan MCMC Facts and Figures, laporan Suku Pertama 2021, penembusan langganan televisyen meningkat sebanyak 2.2% pada 2021 (91.2%) dari 2020 (89.0%). Hasil suku terbaharu Media Prima meningkat sebanyak 23.77% berbanding 2020, sebahagian besarnya dibantu pengiklanan televisyen. 

Peningkatan penggunaan dan penontonan televisyen ini telah membawa kepada anjakan dalam industri dan potensi peningkatan hasil M&E menerusi platform pendigitalan dan dalam talian. Mengambil peluang ini, Dato AC Mizal telah mengumumkan dan melancarkan stesen rangkaian siaran milik beliau iaitu SUKE TV. 

“Sebagai seorang penggiat industri selama hampir tiga dekad yang telah lama mengikuti perubahan industri, saya ingin memainkan peranan dalam membuat perubahan yang boleh memberi impak positif kepada semua. Kami memutuskan untuk menerima segala ketidaktentuan yang dibawa oleh pandemik kepada industri ini dan memanfaatkan peluang baik yang terhasil. Pihak Malaysia Debt Ventures (MDV) telah menyediakan pembiayaan fleksibel untuk menyokong dan membangun pelbagai sektor ekonomi yang dikenal pasti dan diutamakan oleh Kerajaan sebagai pendorong pertumbuhan masa depan. MDV menyediakan sokongan di setiap peringkat proses termasuk permulaan, fasa pertumbuhan dan fasa perluasan. Dengan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SKMM atas kelulusan pelesenan dan kepada MDV, Ahli Lembaga dan Pengurusannya kerana menyokong dan membiayai SUKE TV sepanjang proses pembangunan rangkaian kami,” kata Dato AC Mizal, pengasas dan pengerusi SUKE TV.

“SUKE TV melihat suatu trajektori positif dan ingin menyediakan satu pengalaman televisyen Malaysia yang benar-benar moden yang menawarkan nilai dengan mengalihkan medium ini dari tradisional dan teater ke pilihan digital secara on-demand dan perkhidmatan 24 jam sehari. Dengan bangganya SUKE TV dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. SUKE TV merupakan rangakaian siaran 24 jam sedia untuk ke udara yang menawarkan pengalaman hiburan dan pembelian. Matlamat kami untuk menyumbang kepada dan membantu selebriti, penggiat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan penonton tempatan. Matlamat akhir kami supaya SUKE TV menjadi bukan sahaja satu rangkaian siaran malah sebahagian daripada ekosistem industri,” tambah beliau. 

Beliau menekankan kualiti unik pada SUKE TV yang membezakannya dari pemain industri lain seperti segmen hiburan yang akan ke udara sepanjang hari untuk menarik audiens dan menaikkan jualan, usahasama dengan selebriti dan kandungan yang didorong tarikan selebriti, dan strategi platform berkembar yang menggabungkan e-dagang dan hiburan, yang membolehkan penonton turut mengambil bahagian. SUKE Shop sebagai sebuah platform e-dagang berkonsepkan pembelian dari rumah memperkenalkan pengalaman membeli yang eksklusif terus dari rumah. 

Jelas beliau lagi, “penggunaan digital seharusnya menghasilkan pengalaman yang bermakna. Penting bagi kita mencipta dan mempersembahkan semula kualiti perkhidmatan dan penawaran. Maka kami percaya bahawa pembelian menerusi televisyen dalam talian atau shoppertainment ini merupakan gelombang masa depan”.

Dato AC Mizal turut yakin dengan kebolehan SUKE TV membantu PKS dan selebriti dengan cara yang belum pernah dilihat dalam industri. Matlamatnya untuk mengiklan, mempromosi dan menyiarkan iklan untuk mempromosi PKS. “SUKE TV bukan sekadar mudah dihubungi tetapi juga didekati. Kami ingin membantu warga tempatan dengan menyediakan asas untuk peniaga kecil-kecilan dan PKS. Komuniti tempatan boleh menjangka penyertaan selebriti kesayangan, pempengaruh dan usahawan tempatan dalam pelan SUKE TV yang akan datang,” tegas beliau. 

Dato AC Mizal mengakhiri dengan merakamkan harapan mengenai imej yang ingin beliau bawa untuk SUKE TV. “Untuk rakyat Malaysia, apabila mereka inginkan sesuatu yang membuatkan mereka gembira, supaya mereka memikirkan SUKE TV; dan itulah yang kami inginkan. Ia juga sebab mengapa kami memilih motto kami iaitu “Kami mengembalikan kegembiraan!” Sebagai sebuah syarikat, SUKE TV berwawasan untuk meninggalkan legasi memenuhi isi rumah Malaysia dengan kegembiraan yang didorong oleh bakat dan kandungan dari industri media dan hiburan tempatan”.



Mengenai SUKETV

SUKE TV, sebuah rangaian siaran buatan tempatan yang dilancarkan oleh Dato’ AC Mizal yang membawa harapan, hati dan nilai kepada rakyat, isi rumah dan perusahaan menerusi hiburan dan ganjaran bertaraf dunia. Dengan infrastruktur, pengalaman dan usahasama industri akan datang yang luas, SUKE TV bermatlamat membangun dan menyampaikan kandungan original semua genre untuk televisyen dan medium digital on-the-go Malaysia. Dari pengalaman pembelian inovatif, drama yang menyentuh perasaan, ke komedi yang mencuit hati serta aksi sukan yang mendebarkan, SUKE TV berhasrat menghubungkan lebih 30 juta rakyat Malaysia menerusi perspektif uniknya me genai hiburan.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.suketv.com/ 


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam