Skip to main content

TikTok Malaysia Melancarkan Lagu Original Pertama, Perihal Dirimu


 

“Lagu yang membangkitkan semangat ini merupakan kolaborasi kreatif antara penyanyi Malaysia dan Indonesia, serta ditulis oleh pencipta lagu yang juga pemenang anugerah, Aubrey Suwito”



TikTok, destinasi utama untuk video pendek mudah alih telah mengorak langkah yang mengujakan dalam seleksi muziknya  dengan melancarkan Perihal Dirimu, lagu originalnya yang pertama di Malaysia dan Indonesia. Lagu pop nyanyian pencipta muzik Haikal Farid dan Weswey serta hasil nukilan pencipta lagu terkemuka Malaysia,  Aubrey Suwito dan penulis lirik hebat Ad Samad, merupakan lagu yang menyentuh hati berkisar mengenai menyayangi diri sendiri dan mencintai diri sebenar pasangan seseorang.


Perihal Dirimu adalah penulisan lagu yang pertama buat Suwito untuk platform ini dan karya beliau sarat dengan penjiwaaan serta perasaan seperti mana yang beliau kenali sepanjang kariernya. Terkenal dengan penulisannya dalam pelbagai lagu tempatan seperti ‘Gemilang’ dan ‘Menuju Puncak’, beliau menghasilkan Perihal Dirimu sebagai sebuah lagu yang ringan melodinya namun membangkitkan semangat dalam penerimaan diri sendiri untuk meniupkan kekuatan kepada pendengar yang terkesan akibat pandemik.


Lagu ini adalah kolaborasi antara TikTok dan label rakaman Rusa Music, yang menampilkan gaya muzik penuh perasaan daripada bakat baharu, Haikal Farid dan Weswey. Pendengar bakal dibuai dengan alunan harmoni oleh pasangan duo ini sambil diiringi petikan gitar akustik yang ceria, satu gabungan yang mengimbau muzik pop era 2000. Pelancaran ini menandakan kolaborasi pertama dua bakat muzik ini yang juga permulaan untuk lebih banyak lagi kerjasama dalam muzik serantau.


Sheau Mei Cheah, Ketua Pemasaran Muzik TikTok Asia Tenggara berkata, “TikTok telah mempelopori platform pencarian muzik, dengan membuka peluang terhadap penemuan ramai artis dan genre baharu. Daripada bakat tempatan seperti Faithlyn, sehingga ke antarabangsa seperti Doja Cat, TikTok terkenal sebagai lubuk bagi bakat muzik dan pelancaran lagu ini bakal mengukuhkan lagi perihal tersebut. Kami sangat teruja untuk Haikal dan Weswey, apabila melihat usaha keras ini bakal mengangkat kerjaya mereka ke tahap yang lebih tinggi. Kami sentiasa berpegang pada misi membawa kegembiraan kepada komuniti melalui kreativiti serta ekspresi tanpa had, dan melaksanakannya dengan melibatkan dua pasaran utama adalah satu usaha yang menakjubkan bagi kami.”


Haikal Farid, penyanyi dari Malaysia berkata, “Usaha sama ini adalah satu peluang yang besar dan saya amat terharu untuk menjadi sebahagian daripada projek yang luar biasa ini. Saya terus jatuh cinta dengan lagu Perihal Dirimu ciptaan Aubrey sejurus mendengarnya buat kali pertama dan saya berbesar hati dapat merakamkan lagu yang menghidupkan semangat positif ini bersama beliau. Bukan itu sahaja, peluang ini juga membawa kepada kolaborasi hebat dengan King Weswey, dan kami berdua berharap lagu ini dapat menaikkan semangat mereka yang terkesan akibat pandemik agar kita dapat terus menjalani hari-hari mendatang dengan lebih baik.”


Weswey menambah, “Bagi saya, projek ini adalah pengalaman yang sangat berharga kerana dapat berkolaborasi dengan pemuzik dari luar Indonesia, seperti Haikal. Menyanyikan Perihal Dirimu bersama beliau adalah sesuatu yang menyeronokkan, dan saya harap kami berpeluang untuk bersama-sama menghasilkan lebih banyak lagi muzik pada masa hadapan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada produser dan pencipta lagu, Aubrey, yang menjadikan proses kreatif penuh dengan keceriaan sehinggakan kami semua senang untuk bekerjasama.”


Pra-pelancaran Perihal Dirimu secara eksklusifnya telah disiarkan di TikTok pada 3 September, dan akan disiarkan di semua platform penstriman digital pada 10 September. Video lirik lagu tersebut juga akan disiarkan pada masa yang sama. Sempena meraikan pelancaran Perihal Dirimu, TikTok Malaysia dan TikTok Indonesia telah melancarkan cabaran tanda pagar #DuhaiGadisku pada 4 September 2021. Peminat dialu-alukan untuk berkongsi mesej positif bersama yang tersayang sambil diiringi alunan indah lagu Haikal Farid dan Weswey.


Muat turun atau layari aplikasi TikTok sekarang untuk mendengar Perihal Dirimu. TikTok boleh dimuat turun secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.


Berasal dari Shah Alam, Selangor, Haikal Farid telah membina nama di persada muzik Malaysia sejak membuat debut di program muzik Immortal Songs pada tahun lalu. Diinspirasikan oleh penyanyi seperti Ed Sheeran, anak seni ini baru sahaja melancarkan lagu terbaharu berjudul Tak Terganti pada Januari lalu dan mendapat sambutan hangat. Beliau dikenali dalam kalangan pengikut TikToknya seramai 141.1 ribu dengan lagu-lagu yang membuai perasaan dan senyuman manisnya, menjadikan beliau salah satu bakat Rusa Music yang paling menyerlah.

Sementara itu, Viki Andriawan (juga dikenali sebagai “Weswey”) adalah pencipta kandungan TikTok dari Bandung, Indonesia. Memiliki personaliti yang menawan, penyanyi ini telah meraih perhatian pengikut di TikTok menerusi perkongsian video nyanyian semula lagu-lagu popular di Indonesia. Dengan suaranya yang unik dan persona yang menyenangkan, beliau mempunyai 620K pengikut di TikTok dan jumlah tersebut meningkat saban hari. Baru-baru ini, beliau tampil di #Brownis iaitu sebuah program muzik Indonesia yang popular bersama idolanya, Babe Ahmad.

Tentang TikTok

TikTok adalah destinasi utama untuk video pendek mudah alih. Misi kami adalah untuk menginspirasi kreativiti dan membawa keseronokan. TikTok mempunyai pejabat global termasuk Los Angeles, New York, London, Paris, Berlin, Dubai, Mumbai, Singapura, Jakarta, Seoul, dan Tokyo. www.tiktok.com 


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam