Skip to main content

TIMAH AJAK RAKYAT MALAYSIA KEMBALI ‘CERIA’



 Ahli Termuda Rocketfuel Entertainment Muncul Dengan Single Sulung Yang Padat Dengan Mesej Positif


Penyanyi dan pelakon cilik berbakat besar, Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra dengan panggilan Timah, tampil buat pertama kalinya sebagai artis naungan Rocketfuel Entertainment dengan single pertama berjudul ‘Ceria’ ciptaan komposer terkenal, MFMF bersama  Asyraf Nasir

Timah yang baharu sahaja berumur 13 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan bidang nyanyian seawal umur 9 tahun lagi. “Ketika berusia 9 tahun, Timah banyak menyertai pertandingan nyanyian di sekolah. Selain itu, Timah juga pernah mewakili Malaysia sewaktu pertandingan nyanyian di China dan Taiwan selama 3 tahun berturut-turut sehinggalah pada tahun 2019 apabila mula terlibat dengan Ceria Megastar Ministar dan maju ke peringkat separuh akhir,” katanya.

Selain berkebolehan menyanyi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik, Timah juga mahir bertutur dan bernyanyi dalam Bahasa Mandarin. “Ibu Timah merupakan seorang guru Bahasa Mandarin dan banyak mengajar Timah mempelajari bahasa tersebut. “

Idea disebalik tercetusnya single Ceria sebenarnya timbul dari Encik Feros Sayna selaku Ketua Rockefuel Entertainment sendiri. Beliau mahukan sebuah lagu berentak ‘Ceria’ dengan mesej yang positif buat rakyat Malaysia yang sedang dirundung duka kerana masalah pandemik COVID-19.

Jelas Timah, “Terima kasih kepada Encik Feros kerana memberikan peluang emas ini buat Timah.

Ceria merupakan sebuah lagu yang dicipta khas bagi meningkatkan mood keceriaan buat semua orang. Liriknya menceritakan tentang harapan dan kesyukuran, manakala melodinya berentak pop rancak menimbulkan rasa gembira buat pendengar.

Timah rasa terpanggil untuk menceriakan suasana murung yang sedang melanda negara. Impian Timah adalah untuk menggembirakan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat menerusi nyanyian. Tak mungkin kita akan merasa suram selamanya kerana pasti ada pelangi yang bakal muncul apabila semuanya kembali normal.”

Single yang bergenre pop dansa ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlanjutan. Namun, ia berjaya disempurnakan tanpa sebarang masalah.

“Sewaktu proses rakaman sedang berlangsung, banyak perkara baru yang Timah pelajari. MFMF banyak memberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik nyanyian yang betul dan bagaimana memperbaiki mutu nyanyian agar mood yang cuba ditonjolkan ‘timbul’ ketika mendengarnya,” katanya.

Komen Encik Jipie, Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment mengenai Timah, “Walaupun usianya masih muda, Timah sudah mula menunjukkan komitmen yang tinggi dalam bidang seni. Ini terbukti dengan kesungguhan beliau dalam menyampaikan single Ceria. Timah juga seorang yang ingin mempelajari benda baru terutama dalam memahami selok belok dan cabaran dalam industri seni.”

“Semoga lagu ini mendapat sambutan dan memberi keceriaan buat semua yang mendengarnya.”

Timah yang meminati penyanyi lama, Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza berkata, “Harapan Timah adalah agar single Ceria dapat menghiburkan setiap lapisan masyarakat di Malaysia tak mengira umur, bangsa mahupun agama kerana mesej positif yang cuba disampaikan.”

“Timah juga berdoa agar Tuhan memelihara kita semua dan memberikan kekuatan buat mereka yang sedang bertarung  nyawa disebabkan COVID-19.”

Lagu ‘Ceria’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan dinikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam