Skip to main content

YUKA KHARISMA ‘MELIHATMU BAHAGIA’




 Artis Baharu Rocketfuel Entertainment Asal Indonesia Lebarkan Sayap Garudanya Dengan Kelahiran Single Sulung

Yuka Kharisma, pemenang bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) ke-15 merupakan penyanyi wanita kelahiran Acheh, Indonesia, kini melebarkan sayap Garudanya ke Malaysia dengan kelahiran single sulung yang berjudul ‘Melihatmu Bahagia.’ Lagu yang bergenre balada sinematik ini adalah nukilan Yuka sendiri bersama pemuzik dan komposer Ahmad Jeffny yang merupakan suaminya.

“Akhirnya impian saya tercapai juga untuk melancarkan single pertama di bawah naungan Rocketfuel Entertainment. Setinggi-tinggi terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak label terhadap karya saya,” katanya.

Peserta separuh akhir Indonesian Idol musim ke-5 ini sebenarnya sudah lama berkelana di Malaysia dan memilih jejaka tempatan sebagai teman hidupnya.

“Perjalanan seni saya agak panjang sebenarnya, ia bermula pada tahun 2008 lagi dengan menyertai pertandingan Indonesian Idol, kemudian menjadi artis di negara asal, Indonesia, sehingga pada suatu hari saya mendapat jemputan melakukan persembahan di Malaysia dan bermulalah segalanya.

“Anugerah yang diraih di APM telah membuka mata ramai tentang kewujudan saya, namun masih banyak yang perlu saya tempuhi. Konsert bersama Anuar Zain dan Bunga Citra Lestari pada tahun 2018 merupakan di antara kenangan terindah sepanjang kerjaya saya,” katanya.

Proses rakaman single Melihatmu Bahagia yang mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan telah dilakukan di kediaman Yuka sendiri.

“Demi mematuhi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), saya bersama suami mengambil keputusan untuk melakukan kesemuanya di rumah. 

Melihatmu Bahagia adalah dedikasi serta penghargaan saya terhadap ibu, ia menceritakan tentang betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anaknya. Mesej yang saya cuba sampaikan adalah supaya kita sentiasa mengingati jasa ibu kerana tak mungkin kita dapat membalasnya, dan hargailah setiap saat yang diberikan bersama.

“Selain itu, saya dan suami mahukan kelainan dari segi komposisi muzik dengan memasukkan elemen sinematik agar lebih terkesan apabila pendengar mendengarnya. Hampir setiap kali rakaman dijalankan pasti saya akan menangis kerana ia terlalu sedih untuk dinyanyikan.

“Bagi menghidupkan lagu ini, muzik videonya (MV) bakal memaparkan kisah hidup seorang ibu yang bersusah payah dalam membesarkan anaknya walaupun dimamah usia dengan penuh keterbatasan,” jelasnya.

Mengagumi penyanyi antarabangsa seperti David Foster, Whitney Houston dan Michael Jackson, serta penyanyi Asia Tenggara seperti Chrisye dan Dato’ Sheila Majid, Yuka mahu nyanyiannya mempunyai kekuatan tersendiri dan mendapat tempat di hati para pendengar.

“Orang tua saya yang banyak mendorong kerjaya saya malah pernah satu ketika saya hampir berputus asa, namun suami banyak memberikan semangat dan motivasi sehingga ke saat ini untuk terus mempejuangkan muzik saya,” tambahnya.

Menurut En. Jipie, selaku Ketua Label & Penerbitan, Rocketfuel Entertainment yang baharu, “Yuka merupakan penyanyi yang berpengalaman dan berbakat besar, dedikasi yang ditunjukkan wajar dijadikan contoh. Mungkin ramai yang tak sedar dengan bakat yang beliau ada, namun saya percaya single Melihatmu Bahagia mampu melonjakkan lagi nama Yuka Kharisma sekaligus membuka mata penggemar muzik tempatan. Kekuatan lagu ini terletak pada vokal Yuka yang turut diselami penghayatan perasaan pada bait lirik lagu tersebut.”

Akhiri Yuka, “Saya harap semoga semua pendengar dapat menerima single Melihatmu Bahagia

dengan hati yang terbuka melalui mesej yang cuba saya sampaikan. 

“Selain itu, saya juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia serta Indonesia agar sentiasa jaga keselamatan, patuhi SOP, dapatkan vaksin dengan segera, dan rajin-rajinlah bertanya khabar sesama keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja.”

Lagu ‘Melihatmu Bahagia’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Rocketfuel Network.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba