‘AURA BAHARU, LAWAK TERPADU’; Tema Latari Maharaja Lawak Mega 2021 Beri Gambaran Persembahan Lawak 11 Kumpulan Lebih Berapi-api dan Terunggul!
Selepas lebih dari setahun ‘berehat’ kerana memberi laluan kepada sebuah lagi program komedi terbitan Astro Warna, ‘The Masked Singer Malaysia’ bersiaran, bahang “Maharaja Lawak Mega 2021” (MLM 2021) kini mula dirasai! Sebelas (11) kumpulan yang terdiri daripada gandingan duo dan trio pemain komedi tanah air bakal berentap, menggegarkan pentas keramat MLM tahun ini, demi merebut hadiah kemenangan lumayan berbentuk wang tunai RM500,000! Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, program realiti pertandingan komedi yang dinantikan ramai ini menjanjikan persembahan lawak yang berapi-api, sarat dengan ‘punchline’ yang cukup padu selama sepuluh (10) minggu ia bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) mulai 15 Oktober, setiap Jumaat, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
Mengekalkan susuk figura yang cukup versatil dalam industri seni tanah air, Dato’ AC Mizal kekal selesa berada di posisi pengacara. Ini merupakan penampilan kesembilan beliau bertindak sebagai pengemudi utama, seiring dengan usia program MLM yang pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2011. Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM, manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).
Untuk produksi tahun ini, beberapa kelainan ditampilkan bagi memberi nafas baharu dan suntikan yang lebih segar kepada keseluruhan latar persembahan MLM 2021. Di antaranya dengan memperkenalkan karakter juri misteri atau Naga Juri, yang juga merupakan salah seorang dari empat (4) orang lagi Juri Tetap. Simboliknya Naga diangkat sebagai karakter pilihan oleh kerana ia merupakan elemen atau watak yang melatari program Maharaja Lawak Mega sejak dari hari pertama diperkenalkan.
Meneruskan tradisi pengenalan barisan juri MLM seperti musim-musim terdahulunya, keempat-empat Juri Tetap hanya akan diumumkan secara eksklusif pada siaran langsung minggu pertama MLM 2021 kelak, yang mana tirai rasmi akan dibuka pada Jumaat, 15 Oktober 2021. Hebatnya lagi, 4 orang Juri Tetap ini hadir dari berlainan latar belakang profesional, berpengalaman luas dalam industri seni negara yang semestinya mampu menarik perhatian dan tampil dengan penuh kejutan! Manakala watak Naga Juri hanya akan didedahkan secara rasminya di pentas akhir MLM 2021 kelak. Figura di belakang karakter Naga Juri ini juga bukan calang-calang orangnya. Siapakah beliau? Sama-sama kita nantikan sehingga MLM 2021 melabuhkan tirainya pada 17 Disember 2021 nanti.
KENYATAAN RASMI PENGURUS SALURAN ASTRO
WARNA, NORZEHA MOHD SALLEH
Dalam pada negara masih
lagi mengharungi pandemik COVID-19, Astro sebagai salah satu pemain industri
kreatif utama negara terus komited dalam membawakan sajian hiburan terhebat
buat penonton. Justeru, kami menyambut baik pengumuman terkini fasa Pelan
Pemulihan Negara (PPN) yang membenarkan lebih banyak sektor ekonomi kembali
beroperasi termasuklah dengan membenarkan industri kreatif kembali beraksi
berkuatkuasa 1 Oktober lalu.
Merupakan musimnya yang ke-9, MLM kali ini akan menampilkan sebelas (11) kumpulan yang mana gandingan setiap kumpulan sudah pasti akan memberikan anda satu kejutan yang sangat besar
Gabungan yang
amat tidak disangkakan sekali, cukup unik dan keserasian yang akan mereka
cetuskan sudah pasti membuatkan anda hilang kata-kata! Sebagai contoh boleh
kiranya saya kongsikan di sini di antara gandingan
yang saya maksudkan adalah seperti trio adik beradik, ZERO tidak lagi berada
bersama dalam sebuah kumpulan. Untuk mencetuskan kelainan dan mewujudkan elemen
‘chemistry’ dengan kumpulan lain, buat julung kalinya, Atu telah menyahut
cabaran untuk bersama dengan bekas Juara MLM 2016, kumpulan Bocey. Begitu juga
dengan kumpulan Puteh, mantan Juara MLM edisi 2019, di mana kini mereka
mengalu-alukan kehadiran Vicha.
Kami juga begitu
teruja apabila dua pemain komedi veteran yang dihormati ramai, khususnya di
kalangan pelawak baharu, Azlee dan Yassin dari kumpulan ‘legendary’ Senario
bersetuju untuk beraksi di pentas MLM musim ini. Namun begitu, mereka bersama
kumpulan yang berlainan; Azlee bersama Ieda Moin dan Acong (Kumpulan Otai)
manakala Yassin bersama Achok dan Abu Mamu dalam Kumpulan Orix. Sejujurnya,
kami begitu teruja dan merasakan kolaborasi ‘cross-group’ di antara para
peserta MLM ini adalah pendekatan yang cukup berani, dan mampu mencetuskan
semangat keharmonian, yang mana secara tidak langsung turut membantu
mengukuhkan ikatan setia kawan sesama mereka, serta memberi contoh ‘healthy competition’
yang baik.”
Kelainan lain
yang ditampilkan untuk musim ini adalah apabila
produksi MLM 2021 dengan sebulat suara bersetuju untuk menambah lebih banyak
persembahan mingguan bersama artis jemputan berbanding dengan musim-musim
terdahulu yang mana elemen istimewa ini ditampilkan hanya sekali pada setiap
musim. Melihat kepada sambutan yang diberikan penonton untuk episod persembahan
bersama artis jemputan, kini peserta boleh beraksi bersama artis jemputan
mereka yang terdiri daripada penyanyi / pelakon / pendakwah / pakar motivasi /
pempengaruh digital / atlet sukan atau figura profesional untuk tugasan yang
ditetapkan pada minggu-minggu berkenaan.
Untuk musim ini
juga, MLM 2021 memperkenalkan ‘Anugerah Lawak Pedas’, pengiktirafan
mingguan kepada kumpulan terbaik pada minggu tersebut. Kemenangan ini
ditentukan oleh kelima-lima Juri Tetap bersandarkan kepada persembahan setiap
kumpulan. Pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 dan hamper
barangan Adabi bernilai RM500.
Format pemarkahan
MLM 2021 kekal - 70% jumlah pemarkahan akan diberikan oleh barisan Juri Tetap
manakala 30% daripada undian penonton adalah menerusi platform digital, www.gempak.com/maharajalawakmega atau imbas kod QR di skrin televisyen
masing-masing sambil menerokai Dunia AR (Augmented Reality) MLM 2021.
Menerusi pengambaraan Dunia AR ini, anda dapat menonton video-video menarik MLM
2021 dan mendapatkan petunjuk atau ‘clue’ siapakah di sebalik karakter juri
misteri atau Naga Juri. Di minggu terakhir, penonton yang menjawab dengan betul
akan menerima hadiah istimewa MLM 2021.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan GEGAR
sebagai Rakan Radio bagi musim terbaharu MLM 2021 ini. Gempak, Zon Lawak dan
Ria X hadir sebagai Rakan Digital. Manakala, OPPO, jenama
peneraju peranti pintar global terkemuka dan KFC ‘Sedap Hingga Menjilat
Jari’ merupakan Penaja Utama bagi MLM 2021, serta Adabi dan Hotlink
hadir sebagai Penaja Bersama.
Hotlink berdedikasi membawakan hiburan tempatan
terhebat tanpa henti-henti buat warga maya dengan menguasakan Maharaja
Lawak Mega 2021 (MLM 2021) bersama Astro! Jom, sama-sama
layan Maharaja Lawak Mega: #BikinSampaiJadi Ngan’ Pak Pandit, sebuah
program istimewa yang bersiaran secara langsung sebelum tirai pentas utama
#MLM2021 dibuka. Kami menjanjikan anda hiburan terkini lagi mantap yang sudah
pasti membuatkan anda tidak kering gusi, eksklusif dibawakan oleh
Hotlink! Dapatkan analisis lawak padu, buletin gelak terawal dan temubual
bersama peserta MLM 2021 yang akan dikendalikan oleh gandingan hos sensasi
tanah air, Nabil Ahmad & Amir Raja Lawak. #BikinSampaiJadi,
impian dalam komedi! Jangan lepaskan peluang menontonnya pada setiap
hari Jumaat, mulai 5 November ini, jam 8.00 malam di platform Facebook Hotlink
dan Astro Gempak. Untuk maklumat lanjut dan kandungan eksklusif
#BikinSampaiJadi serta pelbagai sajian kejutan Maharaja Lawak Mega:
#BikinSampaiJadi Ngan’ Pak Pandit, layari laman sesawang rasmi Hotlink
di www.hotlink.com.my. #BikinSampaiJadi apa jua impian anda dengan Prabayar Hotlink. Internet
dan panggilan Tanpa Had atau 365 hari tempoh sah. Bikin sampai jadi, ikut cara
anda!
Comments
Post a Comment