NADEERA ZAINI BERGABUNG HASILKAN LIRIK “PANAH” BERSAMA FEDTRI YAHYA


 

Nadeera Zaini, juara program realiti Lagu Cinta Kita Musim Ke 2 kini lahir dengan single terbaharu berjudul “Panah” dan akan dilancarkan pada 1 Oktober 2021. Ini merupakan single keempat buat Nadeera dan gubahan lirik adalah daripada Fedtri Yahya dan dirinya sendiri serta sentuhan komposer terkenal tanah air iaitu Sharon Paul. 


Nadeera Zaini memulakan langkah pertama beliau dalam industri muzik dan hiburan ini melalui rancangan realiti TV Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim ke 2 (2012) dan menyertai Mentor Legend pada tahun 2014, beliau merupakan protégé kepada Datuk Zainal Abidin. Atas usaha keras dan semangat yang tidak pernah berputus asa, nasib kian menyebelahi beliau apabila berjaya mara ke final dan menang dalam rancangan realiti TV Lagu Cinta Kita Musim ke 2 dengan pasangan duet beliau, Khareez Kasbullah. 


Seperti yang dikatakan oleh Colin Powell, “Tidak ada rahsia untuk berjaya. Ini adalah hasil dari usaha kerja keras dan belajar dari kegagalan.” Lagu Panah akhirnya terpilih menjadi salah satu OST untuk drama “Kisah Cinta Kita” hasil karya A.Aida Production untuk slot Akasia (TV3) menjelang bulan November 2021 ini.



Panah mengisahkan tentang seorang gadis dipermainkan oleh teman lelakinya dan membuatkannya patah hati! Bak kata pepatah, cinta sejati dilihat dalam tindakan bukan hanya melalui kata-kata. Oleh itu dalam korus tersebut menyatakan bahawa dia menyedari itu adalah cinta palsu dan tidak mahu terus hanyut dalam jerat percintaan lagi.



Panah edaran Werkit Records dan Alternate Records ini akan dilancarkan di semua platform digital secara serentak mulai 1 Oktober ini di Spotify, Apple Music, Itunes, KKBOX, Deezer, Joox dan Youtube Music. Lirik Video Rasmi Panah  juga boleh di tonton di laman Youtube Alternate Records & Talents. 


Turut disertakan lirik Panah.

Penyanyi        : Nadeera 

Komposer      : Sharon Paul 

Lirik           : Nadeera & Fedtri Yahya

Label              : Werkit Records & Alternate Records & Talents


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM