NISHMAN TAMPIL DENGAN ‘MAAFKAN’
Syarikat pengurusan bakat, MindOrder berbesar hati memperkenalkan artis terbaharu mereka, penyanyi remaja lelaki dikenali sebagai Nishman dengan lagu sulungnya berjudul ‘Maafkan’. Potensi Nishman mula dikesan sejak protégé kepada penyanyi, komposer dan pelakon popular, Naqiu ini menyertai program hiburan I Can See Your Voice Malaysia 3 (2020). Naqiu selaku panel jemputan dalam salah satu episod program itu tertarik pada personaliti dan kelincahan Nishman dan
mencadangkan kepada pengurusan MindOrder untuk ujibakat susulan. Nishman, 18, berjaya meyakinkan MindOrder dan Naqiu menerusi ton suara, personaliti dan paras rupa yang menarik pada sesi ujibakat tertutup yang diadakan. Tarikan yang dimiliki oleh Nishman menepati kriteria pencarian MindOrder untuk melahirkan bakat pelapis yang berpotensi dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. Sejak itu, Naqiu dan MindOrder mula membangunkan Nishman melalui pelbagai latihan dan persiapan rapi pada aspek vokal dan nyanyian, persembahan pentas, komunikasi dan personaliti diri sebelum bergelar penyanyi profesional. Akhirnya, selepas setahun proses pembelajaran, MindOrder
mengumumkan kemunculan Nishman dalam bidang muzik tanah air menerusi lagu pertamanya, ‘Maafkan’ ciptaan Naqiu dan lirik Wit & Mohsen. Lagu pop yang menonjolkan kemerduan suara Nishman itu mengisahkan tentang penyesalan seseorang yang mengharapkan kemaafan atas kesalahan dirinya yang berulang kali terjadi. ‘Maafkan’ kini berada di semua platform penstriman digital – Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, Spotify dan Tidal sejak 1 Oktober lalu. Video lirik ‘Maafkan’ juga boleh ditonton di saluran YouTube MindOrder bermula tarikh yang sama. MindOrder dan Naqiu berharap agar media dan penggemar muzik tempatan menyambut kemunculan Nishman dengan hati terbuka dan dapat memberikan sokongan pada kerjaya nyanyiannya yang baru bermula. T
😍😍😍
ReplyDelete