PEMBUKAAN FRANCAIS PERTAMA DAN PELANCARAN PRODUK MKAJ DI MALAYSIA
MKAJ Salon & Academy adalah sebuah perniagaan berasaskan
penggayaan dan pendandanan rambut professional. MKAJ Salon & Academy telah
berada didalam industri hiburan selama lebih dari 18 tahun dengan penglibatan
langsung bersama acara-acara berprestij tanah air dan antarabangsa.
Pengasas MKAJ Salon & Academy, Sharizan Salleh, selaku
penggaya rambut selebriti professional telah melebarkan cabang perniagaannya dengan
pembukaan francais pertama dan pelancaran produk terbaru. Berbekalkan lebih 20
sijil didalam karier profesionalnya, Sharizan Salleh telah banyak terlibat
dengan artis-artis yang berprofil tinggi seperti Zizi Kirana, Zizan Razak,
Hefny Sahad dan pelbagai lagi.
Sharizan Salleh juga berpengalaman mengendalikan beberapa program
televisyen terkenal seperti program Akademi Fantasia Musim ke-5, Anugerah Juara
Lagu, Anugerah Bintang Popular dan sebagainya. Selain itu, beliau juga pernah
terlibat dengan pertunjukan kecantikan seperti Miss Malaysia dan Miss Universe.
Beliau juga pernah mewakili jenama Loreal untuk pertunjukan fesyen di KLCC
sebanyak 2 kali pada tahun 2016 dan 2018.
Beroperasi di pusat perniagaan Platinum Walk, Danau Kota,
MKAJ memulakan operasi perniagaan bermula 11 pagi sehingga 11 malam setiap
hari. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan termasuk konsultasi profesional,
penggayaan rambut, penjagaan rambut dan pewarnaan rambut.
Sehubungan dengan sekatan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (
PKP ) yang baru ditamatkan, MKAJ mengambil inisiatif dengan menawarkan
promosi servis pewarnaan rambut sehingga 29 Oktober 2021 untuk pelanggan-pelanggan
setia.
MKAJ turut memperkenalkan 4 produk baru iaitu shampoo (
Soothing ), perapi rambut ( PH Balance ), serum ( Essence ) dan pewangi rambut
( Volume ). Keempat-empat produk ini diformulasikan untuk menjaga dan merawat
kerosakan rambut. Produk-produk ini boleh didapati dipasaran melalui pesanan
tempahan dilaman sesawang, Instagram dan disalon yang terpilih.
Comments
Post a Comment