Skip to main content

SERLAHKAN BAKAT, REALISASIKAN IMPIAN



Sebut saja Idola Kecil, nama-nama seperti Haqiem Rusli, Azzam Sham, Dayana Amerda, Harris Alif, Wan Azlyn ataupun lebih mesra dikenali sebagai Darling pasti menjadi perbualan orang ramai. Ternyata pentas Idola Kecil berjaya mencungkil dan mengasah bakat - bakat di usia muda. Setelah 7 tahun, Idola Kecil kembali dengan konsep dan format yang baharu di TV3 dengan ‘Idola Kecil Di Rumah’. 


Bersesuaian dengan norma baharu yang sedang dialami oleh golongan kanak-kanak iaitu sesi pembelajaran dari rumah, Idola Kecil Di Rumah membuka peluang kepada 6 orang kanak-kanak untuk mengikuti pelbagai pengisian program ilmiah dan rekreasi yang bermanfaat. 


Menampilkan Scott’s sebagai penaja eksklusif, Idola Kecil Di Rumah bakal bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad, pukul 3.00 petang bermula 10 Oktober 2021 untuk 8 episod. Program berdurasi satu jam itu menampilkan Sissy Imann sebagai hos dan 6 peserta yang berumur antara 8 hingga 12 tahun. Program ini akan meraikan pemenang mingguan dan seorang pemenang utama di penghujung program berdasarkan prestasi dan cabaran yang dilakukan masing-masing pada setiap minggu. 


Menurut Muhamad Sufian Che Isa, Pengurus Projek Idola Kecil Di Rumah, “Pembelajaran di rumah sudah menjadi norma baharu untuk kanak-kanak sejak pandemik Covid-19. Selain pendidikan teras, mereka juga perlu didedahkan dengan kemahiran hidup dan diberikan peluang untuk menyerlahkan bakat. Jadi, Idola Kecil Di Rumah mengambil pendekatan melakukan sesi rakaman secara atas talian dengan 6 peserta terpilih ini. Selain melakukan persembahan secara maya dari rumah, para peserta juga diberikan cabaran - cabaran yang berbeza seperti Sembang IK dan Genius IK untuk menguji kebolehan komunikasi, IQ dan kecerdasan otak. Kami juga akan memaparkan selebriti jemputan dalam setiap episod untuk berinteraksi dengan peserta-peserta ini supaya pengisian program tetap menarik walaupun ia dirakam secara maya.” 


Idola Kecil Di Rumah menampilkan Scott’s sebagai penaja eksklusif. “Kanak-kanak sentiasa aktif dan mempunyai sifat ingin tahu seperti mana yang digambarkan dalam siri permainan baharu ini yang mencabar minda, stamina dan kemahiran mereka melalui aktiviti dalaman dan luaran. Aktiviti-aktiviti ini adalah pengalaman pembelajaran yang positif, di mana mereka perlu mengenal pasti dan menerapkan strategi yang berbeza untuk menyelesaikan masalah. Scott’s Gummies dengan DHA mempertingkatkan sifat ingin tahu di kalangan kanak-kanak dan ia mengandungi DHA. DHA adalah blok utama yang membina perkembangan otak dan fungsi mata. Kolaborasi kami bersama Media Prima bertujuan untuk mendorong kanak-kanak mencabar minda dan melibatkan diri mereka dalam penyelesaian masalah melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dan mencabar,” kata Bryan Wong, Pengurus Besar, GSK Consumer Healthcare Malaysia. 


Idola Kecil Di Rumah menampilkan 6 kanak-kanak yang berbakat besar. Mereka ialah Adaputra Iskandar Danial bin Asdahrizam (Ada, 11 tahun, Selangor), Nur Zulaikha binti Mohamad Riduan (Ikha, 12 tahun, Selangor), NurAdyena Hanim binti Abdul Hamid (Dyna, 11 tahun, Negeri Sembilan), Razfazreyza Fenge bin Mat Rafengi (Reyza, 12 tahun, Selangor), Nur Marsha Auni Zahira (Asha, 12 tahun, Kuala Lumpur) dan Nur Qaireen Izyan Damia binti Jukiri (Qyen, 11 tahun, Sabah). 


Selain itu, Sissy Imann juga akan bergandingan dengan hos yang berlainan pada setiap episod. Lebih istimewa, mereka ialah ahli keluarga Idola Kecil iaitu Haqiem Rusli, Afiq Syazwan, Didi Astilah, Syada Amzah, Azzam Sham, Irfan Haris dan Harris Alif! 


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Idola Kecil Di Rumah yang menampilkan Scott’s sebagai penaja eksklusif di TV3 pada setiap hari Ahad, pukul 3.00 petang bermula 10 Oktober 2021. Gunakan #IdolaKecilDiRumah #IdolaKecil2021  #scottsrainbow #scottsdhagummies #scottsvitcpastille untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba