Astro Radio menyegarkan SYOK dengan 60 stesen radio baharu dalam talian dan banyak lagi



Astro Radio meraikan ulang tahun ke 25 dengan menyegarkan aplikasi

SYOK dan memacu perjalanan trasformasinya ke hadapan. Bermula 1 November 2021, rakyat Malaysia

boleh menantikan lebih 60 stesen baharu dalam talian, menawarkan pelbagai jenis dan kompilasi muzik,

dan saluran berita Bahasa Cina baharu ‘YOU-NEIRONG’, untuk berita terkini dan hal ehwal semasa. Stesen

baharu di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran mereka

merentasi bahasa termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-pop, hip-hop,

kegemaran di tahun 70an, 80an dan 90an, rock, Jiwang, Cintan, Nasyid, Arab, lagu-lagu Bollywood, Irama

Malaysia, Dangdut dan banyak lagi.

(Sila rujuk Lampiran untuk maklumat berkaitan stesen baharu dalam talian)

60 stesen baharu dalam talian ini akan tersedia tambahan kepada semua jenama Astro Radio di udara dan

di TV termasuk ERA, MY, HITZ, RAAGA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, MELODY, GOXUAN, MIX, LITE dan banyak

lagi; menjadikan Astro Radio dan SYOK pertama di Malaysia untuk melancarkan stesen radio baharu dalam

talian dengan jumlah yang tinggi secara serentak. Pengguna juga boleh menikmati banyak ciri baharu yang

menarik dan dinaik taraf seperti ‘mod gelap' (dark mode); ciri 'penggera' (alarm) yang membolehkan

pengguna menjadualkan stesen radio pilihan mereka untuk distrim secara automatik; saluran 'video

langsung' (live video), memberikan pengguna kelebihan untuk berinteraksi dengan orang lain semasa sesi

video langsung; manakala podcast – carian podcast yang dipertingkatkan berdasarkan kategori,

membolehkan pengguna meneruskan penstriman di tempat mereka berhenti, mengatur podcast yang

dimuat turun ke dalam simpanan, berkongsi di media sosial; dan banyak lagi.

Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, berkata, “Semasa kami memulakan perjalanan

transformasi kami untuk berkembang sebagai rangkaian hiburan audio dan infotainmen terbesar serta


paling berpengaruh di Malaysia, Astro Radio teruja untuk memperkenalkan pilihan penstriman audio yang

lebih relevan dengan kandungan yang disusun mengikut permintaan pendengar kami. Kepesatan

perubahan dalam ruang digital terus memacu evolusi kami untuk menawarkan lebih banyak aliran muzik

dalam talian yang memastikan jenama-jenama Astro Radio sentiasa relevan. Aplikasi baharu SYOK

menawarkan pengalaman yang lebih khusus dengan 60 stesen radio baharu dalam talian baharu kami

yang disesuaikan dengan lebih banyak gaya hidup dan pilihan. Kami berharap rakyat Malaysia menikmati

pengalaman hiburan baharu ini di SYOK melalui aplikasi dan laman web.”

Ong meneruskan, “Baru-baru ini, Astro Radio turut bekerjasama dengan TikTok untuk melancarkan tiga

rancangan hujung minggu baharu ke udara dan di aplikasi SYOK, untuk meluaskan jangkauan dan

mempromosikan silang pilihan (cross-promote) kandungan dan muzik yang lebih luas merentasi platform.

Selain itu, kami telah bekerjasama dengan ACO Tech, syarikat peneraju mobiliti pintar terkemuka di Asia

Tenggara, untuk menyepadukan aplikasi SYOK dalam sistem infotainmen kenderaan; dan dengan HUAWEI

untuk menyepadukan aplikasi SYOK pada HUAWEI WATCH 3 Series yang menawarkan pengalaman jam

pintar yang lebih tinggi kepada pengguna. Kami juga akan mengumumkan lebih banyak kerjasama, di

mana kami ingin terus berinovasi dan meningkatkan industri radio dan audio Malaysia.”

Rakyat Malaysia boleh terus strim podcast terkini dalam pelbagai bahasa yang tersedia secara eksklusif di

SYOK seperti Confession Bilik Gelap, TechniPod, Moon’s Parenting Tips, Pei Diary with Lingkesvaran dan

banyak lagi, dan mengikuti semua kandungan radio langsung (radio atas permintaan) pada bila-bila masa.

Aplikasi SYOK juga akan menawarkan rakyat Malaysia akses kepada SYOK Originals, video berbentuk

pendek yang memaparkan kisah-kisah menarik seperti Everyday Malaysians, SYOK Busybody, SYOK Food

Taster dan banyak lagi. Rakyat Malaysia juga boleh menikmati artikel semasa, berita dan info trafik serta

menyertai peraduan untuk peluang membawa pulang hadiah menarik termasuk peraduan SYOK 101 yang

tersedia di aplikasi dan ke udara mulai 8 November, untuk peluang memenangi hadiah wang tunai.

Muat turun aplikasi SYOK di Google Play, Apple App Store atau Huawei App Gallery, juga layari lawan web

SYOK.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Datin Alyah Duta TWOMEE